Sedutan episod lepas, sejarah tentang Meja Bulat dalam bab King Arthur telah dibualkan Akram, The Determination dan Alan, ahli Holy Knights yang berteraskan merah. Kumpulan Ryzen terlepas jejak Quine and the gang yang diteleport Danny ke Malaysia. Penjara Besar Pahang. Khabarnya di sini ada salah seorang daripada ahli The Seven Deadly Sins dikurung di penjara ini. The Snake of Envy sin, Kumiko Meliodas.
Sementara mencari bilik penjara tersebut, mereka terserempak dengan seorang perempuan yang berambut panjang menutup hadapan wajahnya dan memakai baju yang compang-camping.
"Ha...Hantuuuuu!!!!"
"Woi!! Aku manusia la! "
━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan telah menaiktaraf, begitu juga bahagian cahaya.
Di zaman pemerintahan kuno, ada kepercayaan kepada benda mistik--ilmu sihir atau lebih tepatnya adalah ilmu hitam.
Di zaman itu juga ada lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat. Mengikut lagenda, akan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights. Merekalah yang akan mengubah nasib dunia. Yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗━━━━━━━━━━━━━
"Heh, kacang je tugas kali ni! "
"W-Wei, kau nak buat apa?! "
Seorang lelaki berkloak hitam merah dan bersenjata katana dan memakai topeng berwarna yang sama dengan pakaiannya kini berdiri tegap di hadapan penjara besar Pahang tersebut. Dia bersama rakan perempuannya yang bersurai biru terang dan baju serba biru laut bercampur putih. Mereka dikenali sebagai ahli PK, iaitu Pendorong Kebaikan. Dengan bantuan awal mereka, mereka sempat memberi amaran kepada polis bahawa ada ahli PB yang mencerobohi penjara tersebut. Kini mereka telah menolong polis mengalihkan banduan-banduan yang ada. Mereka hanya tinggal menangkap sahaja ahli PB yang ada.
"Buat apa? Kita kan nak tangkap ahli PB yang ada kat dalam. Kau dah kenapa? Lupa eh? " Tanya lelaki itu dengan nada memerli.
"Ya, aku tahu.. Tapi, kau keluarkan batu mistik Holy Knights tu nak buat apa? "
"Tangkap setan-setan tulah. Apa lagi? " Lelaki itu menggengam batu merah bersimbol yang dikatakan mistik oleh rakan perempuannya.
"Haih.. Good luck, Mirza, "
"Roger that, Putri.. " Lelaki yang bernama Mirza itu mengambil posisi untuk melempar. Dengan sepenuh tenaganya, batu itu dilempar tepat pada bumbung penjara. Batu merah itu hancur seperti debu apabila menghentam bumbung. Debu-debu merah itu kelihatannya menjilat seluruh bangunan penjara itu. Seperti api, tetapi tidak.
"Sekarang, diorang takkan dapat keluar daripada bangunan tu! Sekaligus, batu mistik ni dapat lemahkan jasad diorang! " Kata Mirza sebelum ketawa besar. Putri di belakangnya hanya mendengus dan mengurut dahinya yang terasa pening.
━━━━━━━━━━━━━
"Manusia? Shuvi, aku rasa dia ni banduan terlepaslah.. " Kata King dengan nada berbisik.
YOU ARE READING
[H] A.K 2 | fabel
FantasySiri kedua dalam Antalogi Keajaiban ━━━━━━━━━━━━━━━ FABEL - Si raja rimba yang berkebolehan menyerupai manusia. Bagaimana ia wujud untuk menyesatkan manusia dengan memberi kuasa yang luar biasa? Senang. Manusia ada nafsu mereka. Sudah tentu ada m...