15- "Kesampaian Hati,"

54 10 12
                                    

Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.

Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.

Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.

Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.

Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.

━━━━━━━━━━━━━

FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗

━━━━━━━━━━━━━

"Hiaahh!!" Saki dan Emily melibas serentak berpuluh-puluh tentera Holy Knights. Sihir elemen ais dan angin bergabung memerangkap dan mengalahkan tentera-tentera tersebut.

"Sakura Cleansing Arrow!" Sihir memanah Mafuyu yang dilepaskan pada sebatang anak panah kini bertambah bilangannya. Apabila mengena tentera-tentera tersebut, kelopak bunga sakura berterbangan dengan cantik sekali.

Heh, kelopak-kelopak cintaku chantiks ..seperti mana orangnya.. Ujar Mafuyu, bangga sendiri dalam hati.

"Akari, ayuh buat double fist Sun Collapse!" Seru Christ yang baru sahaja melibas beberapa tentera Holy Knights. Akari juga baru sahaja membunuh(?) beberapa tentera Holy Knights menggunakan dagger kecilnya.

Mereka berdua berlari beriringan dan meluru pada sekelompok tentera Holy Knights. "Double fist!"

"Sun Collapse!!" Dengan hanya menggunakan sebelah tangan yang digenggam, sihir Chris dan Akari bersatu lalu membelah para tentera yang menyerang mereka secara kelompok.

"Haa!" Membelah sehingga tidak menyisakan pihak lawan, sihir Chris dan Akari menghasilkan kerosakkan yang banyak terhadap taman kerajaan Sorbete. Saki memandang mereka berdua tajam.

"Sanggup kau musnahkan taman kesayangan aku?!!" Marah Saki yang sudah memegang kolar perisai mereka berdua.

"Ampun Kak Saki! Ampun!!" Seru Chris dan Saki bersamaan dengan wajah pucat. Emily dan Mafuyu tergelak kecil melihat telatah mereka bertiga. Ken daripada jauh tersenyum kecil, lalu dia menyambung menyerang sisa-sisa tentera Holy Knights. Walaupun bilangan tentera itu sudah sedikit, tetapi muncul beberapa lagi sihir bulatan yang mengeluarkan tentera. Kini terdapat ramai antara mereka. Saki dan lain-lain diperangkap, begitu juga Eiji yang tercegat di suatu tempat.

"Alamak, banyak sangat!" Omel Akari tatkala banyak senjata ditujukan kepada mereka.

━━━━━━━━━━━━━━

ZZAP! ZZAP! Pedang Quine dan Ryzel beradu tidak berhenti. Tidak seminit pun berhenti, kelajuan mereka dapat dilihat dengan cahaya yang dihasilkan daripada sihir yang digunakan.

TRANG! TRANG!

"Justice Cross Neather!"

"Sloth Geyser Hack!"

Kedua-dua mereka saling berpedang dan berpedang. Luka terhasil tiap kali hujung pedang mengena tubuh anggota mereka.

Kini mereka berhenti seketika daripada beradu pedang, mengambil nafas. Termengah-mengah Quine dan Ryzel. Keringat perlahan-lahan kelihatan.

[H] A.K 2 | fabel Where stories live. Discover now