Ini adalah kisah yang berkaitan dengan peristiwa kuno. Semua makhluk berkongsi satu dunia yang sama. Dilahirkan pelbagai alam serta dimensi.
Jika ada pihak pemerintah, ada wujudnya pihak pemberontak.
Jika ada pihak cahaya, maka disitu juga ada pihak yang diselubungi kegelapan. Kedua-duanya saling berkait.
Lahirnya tanah air dijajah oleh negara lain. Sehingga kini, British yang mempunyai kuasa besar ketika itu telah meninggalkan semangat jahat dan secara tak langsung melahirkan kewujudan bala.
Bagaimana pula kewujudan cahaya? Benarkah cahaya memang dipandang sebagai pembawa serta pendokong kebaikan? Manakala kegelapan pula dipandang sebagai sebuah bala serta dianggap kurang waras.
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ᴀʟᴛᴇʀ-ᴇᴀʀᴛʜ ᴀʀᴄ╗━━━━━━━━━━━━━
Layar skrin menunjukkan gambar-gambar dimensi. Pelbagai dimensi yang dapat dilihat oleh para raja Dimensi Alter-Earth itu. "Seperti yang kita tahu, banyak lagi dimensi yang pupus hasil daripada Dimensions World War III, dan menyisakan beberapa sahaja dimensi lagi," Terang Danny.
"Apa kaitannya pula?" Soal Akari.
"Puak yang berasal dari dimensi-dimensi pupus dikumpulkan oleh mereka ini, untuk tujuan membina pemberontak, " Danny menukar gambar lain, dan menampilkan sebuah logo yang cukup legenda.
"Holy Knights?"
"Ya. Macam yang tuanku-tuanku tahu, mereka telah berikat kontrak bersama Fabel, dan melahirkan generasi Holy Knights baru bersertakan Seven Human Souls, " Beberapa pasang mata raja-raja tersebut terbelalak mendengarnya.
"Tunggu, bukan ke haiwan terkutuk tu sekadar mitos dan lagenda? Bagaimana pula--"
"Fabel bukan calang-calang haiwan mitos, Raja Emily. Tetapi ia juga merupakan sumber manusia bernafsu untuk mendapatkan kuasa," Sampuk Quine. Emily tampaknya mahu berkata lagi, namun pertanyaan daripada Chris menundakan niatnya.
"Jadi, apa tugas kami?" Soalnya. Riak dari wajahnya cukup membuat Quine mengetahui bahawa Raja Kerajaan Royale cepat menangkap kata-katanya.
"Hanya 10 dimensi yang selamat daripada Dimensions World War III, dan Alter-Earth salah satu daripada dimensi tersebut. Patik mahu tuanku-tuanku semua mempertimbangkan. Bahawa tidak lama lagi perang akan tercetus daripada puak cahaya.. dan kami perlukan bantuan tentera untuk perang yang bakal meragut kuasa dunia serta dimensi," Ujar Quine panjang lebar. Cukup membuatkan raja-raja di hadapannya itu menunjukkan reaksi yang berbeda.
".. Apa dimensi yang tersisa lagi?" Soal Eiji setelah lama berdiam diri.
Danny menukar media pada layar skrin lagi. "Fallen Galactus, Ghost Rule, Death-Live Tribunal, WitchCraft, Atanti-ql-Paneu, Lanterns, Civitas, First Firmament, Reverse dan dimensi ini, Alter-Earth,"
"..Dan yang pupus?"
"Dalam purata 32 dimensi," Jawab Danny, singkat. Saki membuat wajah 'biar betik korang ni.. ' dan dibalas Quine dengan wajah 'itulah kenyataan'.
YOU ARE READING
[H] A.K 2 | fabel
FantasySiri kedua dalam Antalogi Keajaiban ━━━━━━━━━━━━━━━ FABEL - Si raja rimba yang berkebolehan menyerupai manusia. Bagaimana ia wujud untuk menyesatkan manusia dengan memberi kuasa yang luar biasa? Senang. Manusia ada nafsu mereka. Sudah tentu ada m...