Ini adalah kisah dunia berkaitan dengan peristiwa kuno.Semua makhluk berkongsi satu dunia.Dilahirkan sembilan dimensi. Bahagian kegelapan menaiktaraf,begitu juga bahagian cahaya.Di zaman pemerintahan kuno,ada kepercayaan benda mistik,ilmu sihir atau tepatnya ilmu hitam.
Di zaman itu juga lahirnya tanah air dijajah negara lain.Sehingga kini British meninggalkan semangat jahat.Lagenda mengatakan ada sekumpulan ahli kecil adalah bekas askar terbaik Holy Knights.Merekalah yang akan membawa pulang keamanan,yang jahat adalah baik dan baik adalah jahat...
━━━━━━━━━━━━━
FABEL
╔ʙᴇɢɪɴɴɪɴɢ ᴀʀᴄ╗__________________________
61 tahun kemudian, 10 Januari 2018..Di sebuah desa yang aman damai dan tenang terlihat ramai penduduk bergembira sambil melakukan rutin harian mereka. Ada terlihat di Bandar Mega mempunyai sebuah cafe yang kecil dan indah. Tergantung nama 'Outré Cafe' di hadapan kedai.
KLANGG!
"Selamat datang, cik!" Seorang remaja perempuan berambut ungu gelap serta irisnya yang berwarna biru salji menyambut kedatangan pelanggannya.
"Saya nak order Kek Red Velvet satu dan kopi Mocha, ya?" Kata wanita bersurai blonde di hadapannya.
"Okay! Silakan duduk, cik!" Wanita bersurai blonde itu tersenyum sebelum membayar dan mengambil tempat duduk. Remaja perempuan itu menjenguk ke dapur.
"Illka, kopi Mocha satu!"
"Ya, ya.." Sahut Illka lemah,dari dapur.
"Hm? Kau penat ke?" Tanya remaja berambut ungu gelap itu. Illka yang yang mempunyai rambut tujuh warna itu mengangguk lemah.
"Of course la, Shuvi. Penat ni..tak rehat dari tadi," Keluh Illka.
"Hei, dah nak masuk masa rehat kau lah..By the way, don't call me Shuvi. Tak pasal-pasal kantoi nanti.." Kata remaja berambut ungu gelap itu dengan nada menegur.
"Hnn..yelah, Quine.."
"That's more better. Nanti dah siap, tekan loceng ye?"
"Ya, ya.."
Quine kembali ke bahagian display food, lalu mengambil sebuah pinggan kecil comel molek cafe tersebut. Quine memotong kek Red Velvet dengan berhati-hati.Pembuat pastri ada stail jugak ann?
Loceng di dapur berbunyi. Menandakan kopi Mocha dah siap untuk dihantar.
Quine membawa kek dan kopi itu,dan menghantarkannya kepada wanita yang memesannya tadi. Keadaan di cafe sangatlah tenang.Namun..
KLANGG!
"Selamat da.." Iris Quine melebar, terkedu. Orang yang memasuki cafe tersebut berpakaian seperti seorang pahlawan. Dia kelihatannya lelah dan inginjan bantuan. Namun lambang di pakaian perisainya membuat ramai pelanggan di situ melarikan diri kerana takut.
YOU ARE READING
[H] A.K 2 | fabel
FantasíaSiri kedua dalam Antalogi Keajaiban ━━━━━━━━━━━━━━━ FABEL - Si raja rimba yang berkebolehan menyerupai manusia. Bagaimana ia wujud untuk menyesatkan manusia dengan memberi kuasa yang luar biasa? Senang. Manusia ada nafsu mereka. Sudah tentu ada m...