PART 6

851 30 2
                                    

Senyap sunyi. Aina menekur jemarinya di riba. Pagi tadi, Aina tiba-tiba mahu mengikut mama dan ayah menghantar Akil ke lapangan terbang. Akil yang mulanya terkejut, mengukir senyum dalam hati. Aina mahu hantar dia ke lapangan terbang! Dan lebih mengejutkan, Aina menegur Akil. Walaupun sedikit kekok namun tetap buat Akil gembira!

Akil kerling si gadis manis yang sudah mula mengukir nama di dalam hatinya. Senyap saja, bagai tidak kisah saja dia mahu pergi. Tanpa sedar, dia menghela nafas.

"Aina..."

Aina kalih memandang Akil, "Apa?"

Akil cuba sembunyi senyum bila Aina masih sudi memandang wajahnya, "Mesti kau suka kan aku nak pergi Dubai ni?"

"Suka!" Jawab, Aina laju namun hatinya cepat-cepat menafikan. Tak, aku tak sukalah mangkuk! Kau pergi, aku nak bergaduh dengan siapa?

Akil pula rasa macam kena tumbuk. Hailah Aina, kau tak boleh cover sikit ke?

"Kenapa kau pilih Dubai?" Aina pandang Akil yang seperti berkhayal.

Akil tersentak lalu dia jungkit bahu, "Entah! Sebab dulu lepas putus tunang dengan Naz, aku bercuti kat Dubai. Aku jatuh cinta dengan Dubai. Jadi aku pilih Dubai."

Aina mengangguk, "Kau putus dengan Naz, kau lari ke Dubai. Sekarang kau putus dengan siapa sampai kau lari ke Dubai sekali lagi?"

Akil mati kata. Aku lari dari hakikat kau nak bertunang dengan along, Aina...

"Aina... aku..." kata-kata Akil mati saat bahunya ditepuk oleh ayah.

"It's time, angah!"

Akil terus berdiri, menggalas beg sandangnya. Aina turut berdiri, sama. Beratnya hati, hanya Allah yang tahu,

Aina perhatikan saja Akil berpamitan bersama mama dan ayah. Bibir lelaki itu yang mengukir senyum, tanpa sedar membungakan rasa di dalam hati. Seketika kemudian, Akil berdiri di depannya, "Aku pergi dulu."

Aina mengangguk, "Hah, baguslah! Elok-eloklah kat negara orang. Jangan cari pasal dengan orang sana macam kau cari pasal dengan aku!"

Akil jungkit bahu lalu dia mengukir senyum, "Aku cuma cari pasal dengan kau je. By the way..." dia hela nafas, berat, "Tahniah Aina."

Tak sempat Aina tanya tahniah, Akil telah pun berlalu pergi. Aina rasa dadanya sebu tiba-tiba.Dia perlu beritahu sesuatu kepada Akil! Dia nak cakap, bukan dia yang bakal bertunang dengan along! Akil... serunya di dalam hati.

Akil yang terasa bagai ada yang memanggil, berpaling ke belakang. Dia nampak Aina pegun memandang dia dengan tangan gadis itu memegang dadanya. Sempat dia melambai pada ayah dan mama sebelum kembali berpaling ke depan semula. Tangan di bawa ke dada. Sebak yang ditahan tadi, luruh jua akhirnya. Ada air mata menitis dari kolam matanya, sakitnya rasa cinta bila kecundang kali keduanya. Selamat tinggal, Aina. Semoga kau bahagia...

Sejak Akil pergi, Aina yang dulu bukanlah Aina yang sekarang. Aina jadi tersangatlah pendiam dan banyak termenung. Mama pelik. Ayah pelik. Aiman? Dia tak pelik sebab dia tahu kenapa Aina jadi macam tu. Dia tahu, Aina rindu.

"Along, mama risau tengok kakak. Sejak angah tu pergi Dubai, kakak tu dah macam hilang arah."

Aiman mengangguk, tanda dia juga sedar dengan perubahan Aina sejak Akil bermastautin di Dubai, "Along risaukan si angah tu. Sejak dia sampai Dubai, last dia contact rumah bagitau dia dah sampai. Itu je. Lepas tu, dah tak ada apa-apa berita."

"Apa jadi dengan dia orang berdua tu?" Mama mengeluh.

Aiman senyum, "Bila dekat, bercakaran. Bila jauh, mula rindu-rinduan"

AKIL + AINA = CINTAWhere stories live. Discover now