PART 5

800 29 0
                                    

Akil melangkah masuk ke dapur untuk makan malam namun langkah kakinya terhenti bila ternampak Aina yang sedang membasuh sesuatu di sinki.

Aina yang terderap kaki berjalan menuju ke dapur kalih ke belakang dan dia tergamam sesaat sebelum kembali mengadap pinggan mangkuk kotor yang masih berbaki di dalam sinki.

Akil hela nafa, panjang. Dia perlu tahu sesuatu, "Aina..."

Aina buat pekak. Tangannya semakin laju membasuh pinggan mangkuk. Cepat selesai, cepat dia masuk bilik. Tak payah mengadap mamat bajet kat belakang dia ni.

"Kenapa terima peminangan tu?" Akil terus bertanya meskipun Aina tidak peduli langsung dengan kehadirannya.

Aina kerutkan dahi. Peminangan apa? Alah, bolayan jelah! Heh, kau kata aku perempuan murah, kan? Memang taklah aku nak murahkan diri aku jawab soalan kau.

"Aina..." Akil berdiri di sisi Aina, masih berjarak.

Aina tetap terus membasuh pinggan yang terakhir, langsung tidak dipeduli langsung pada Akil. Sejak kejadian hari tu, memang dia tak bersuara langsung pada Akil. Biarkan dia. Sesuka hati kata orang murah. Macam dia tu mahal sangat. Entah-entah jual kat pasar malam pun, orang tak pandang!

"Kenapa terima peminangan along?"

Peminangan along? Bila along masuk meminang aku? Biarlah, layankan jelah. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Air yang mengalir dari paip itu dia tutup lantas dia berpaling kepada Akil di sisinya, "Suka hati akulah. Dah along masuk meminang, terima jelah. At least, lepas ni kalau aku nak bergedik dengan along pun, tak adalah orang geli, ye dak?"

Akil ketap bibir. Panas telinganya disindir Aina, "Kenapa along? Dia abang kau, tau tak?"

"So? Abang yang bukan mahram, yang boleh dinikahi. Lagipun apa masalah kau? Tak suka aku jadi kak long kau? Heh, aku pun tak suka ada adik ipar macam kau, tahu?" Aina segera berlalu. Malas nak melayan dah namun lengannya ditarik.

"Jangan terima along!" Akil keraskan suaranya.

Aina pandang lengannya yang dipegang oleh Akil. Berlapik tapi tetap dia mahu menyindir, "Seronok ke pegang lengan orang bukan mahram?!"

Akil tersentak namun langsung dia tak melepaskan lengan Aina dari genggamannya, "Berlapik."

"Lepaslah, mangkuk! Aku mengadu dekat along, nanti!"

Akil tersentap lalu dia lepaskan tangan Aina! Mengadu dekat along? Kenapa dia tak suka dengar Aina cakap macam tu? Kenapa dia tak sedap hati bila Aina cakap seperti itu? Kenapa?!

"Akil..."

Akil pandang mata Aina yang merenung tajam kepadanya.

"Aku terima along sebab hanya dia yang mampu membayar mahar aku yang kau pandang murah. Murah pada mata kau, mahal pada mata along," Aina terus berlalu usai berkata-kata. Dia tersenyum, puas! Along nak bayar mahar aku? Choi, along nak bertunang dengan orang lainlah. Bukan aku! Akil tertipu. Padan muka!

Emel yang dia cetak semalam dia baca berkali-kali. Bagaikan memahami rasa hatinya, hari ini dia terima email dari pihak Etihad Airlines. Permohonannya untuk bekerja dengan syarikat penerbangan itu telah diterima. Dia mengeluh. Matanya dipejam. Tidak disangka, ketika dia punya masalah hati seperti ini, dia diterima bekerja di negara orang.

Akil mengeluh lagi sekali. Jiwanya kacau. Dia keluar dari rumah pagi tadi dan terus menuju ke coffee house ini, hanya untuk menenangkan jiwanya yang sedang galau. Ah, serabut!

Tiba-tibanya menerawang ke sebuah peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas, di coffee house yang sama. Dia terjumpa dengan Naz, bekas tunangnya!

AKIL + AINA = CINTAWhere stories live. Discover now