Akil meraup muka. Ayah, kenapa buat benda tak bagitahu angah? Sekurang-kurangnya tunggulah Aiman kahwin dengan Aina dulu... sebab kalau waktu Aina dan Aiman dah kahwin, dia mesti dah dapat lupakan Aina...
Perbualan telefon antara ayah dan dia tadi dah membuktikan segala kata-kata Aiman. Dia dah bertunang! Tak sampai seminggu pun. Kata ayah, gadis yang telah menjadi tunangnya itu juga menerima pinangan ayah dengan redha. Dia terima segala-galanya tentang Akil.
Akil mengeluh. Tapi dia... macam mana dia nak terima segala-galanya tentang Nurul? Ya, Nurul. Tunangnya. Nurul apa dia tak tahu. Satu-satunya Nurul yang dia kenal adalah Nurul Aina. Hanya dia...
Aina menarik keluar cincin di jari manisnya sebelum kembali menyarung cincin itu. Dia mengeluh. Dia nak putuskan pertunangan ini tapi... apa kata mama, ayah dan along? Dia tak nak jadi perampas ataupun orang ketiga dalam sebuah hubungan.
Bunyi derap kaki menuju ke arah dapur tidak dia pedulikan. Dia malas nak mengambil pusing siapa yang masuk ke dapur tika itu.
"Kakak..."
"Hmm...?" Aina menyahut tanpa berpaling pada Aiman yang tersengih memandangnya.
"Ada orang jauh kirim salam."
"Siapa?"
"Orang Dubai, kakak..."
Gerakan jarinya yang baru nak menarik keluar cincin di jari tangan kanan, terhenti terus. Dia berpaling pada Aiman yang bersandar bahu pada pintu dapur. Bibir Aiman mengukir sengih lantas dia kembali berpaling ke depan, "Waalaikumussalam."
"Ai, tak nak tanya benda lain ke?"
"Tanya apa?"
Aiman ketawa, "Tanya... erm ... pasal perempuan yang tangkap gambar dengan angah tu ke."
Aina diam. Malas nak tanya dan malas nak percaya.
"Perempuan tu nama Hazlin. She is married to angah's friend in flying academy. Luke Dzulkarnain nama suaminya. The picture was taken by Luke. Angah cuma ada sorang aje tunang, Aina and that is you..."
Aina tersentak. Dah kahwih? Aina rasa darah dah menyerbu ke muka. Sia-sia jelah aku merajuk dan sakit hati dua hari lepas?
"Aik, senyap je? Tak nak cakap apa-apa dekat along ke?"
"Er... nak cakap apa?"
Aiman geleng kepala sambil tersengih. Ego tinggi langit, "Makanya, jangan cemburu-cemburu dah ya, kakak? Kesian angah, nak cakap dengan tunang dia, tunang dia merajuk pulak."
Dush! Sebiji bantal dibaling kepada Aiman yang tersengih-sengih itu, "Malas layan along!"
Aiman ketawa, "Lain kali, jangan buat spekulasi sendiri, kakak. Don't assume, ask."
Aina buat tak tahu saja namun bibirnya tetap menguntum senyum. Si mulut longkang, bila nak call rumah ni? Orang tak sabar nak angkat call awak, tahu?!
Akil raup wajah. Hari ini hari bersejarah antara along dan Aina. Mereka akhirnya bakal diijabkabulkan. 1 Mei, kenapalah mesti tarikh tu yang dia orang pilih? Hari ni hari jadi dia tahu?
Sejak bulan lepas, mama dan ayah asyik memintanya pulang sempena majlis perkahwinan along dan serentak, mahu memperkenalkan dia dengan tunang 'kesayangannya', Nurul. Namun dia menolak atas alasan dia harus bertugas pada 1 Mei. Yeah, right!
Akaun Facebook dibuka. Nafasnya dihela. Bahagian Setting ditekan sebelum menekan butang Deactivate. Kenapa dia deactivate? Sebab dia rasa dia masih belum bersedia nak tengok muka Aiman dan Aina sebagai pengantin baru.

YOU ARE READING
AKIL + AINA = CINTA
Romantik"Along dengan angah memang adik beradik ke?" Soal Aina pada Aiman yang masih bersandar di sofa, kepenatan. "Maksud kakak?" Aiman pandang Aina, sekilas. Aina angkat bahu, "Tak adalah. Kakak tanya macam tu sebab along baik gilaaaa tapi,angah tu jahat...