PART 7

904 30 0
                                    

Aina tak tahu kenapa dia menerima pinangan keluarga ayah petang tadi. Mungkin kerana sudah ada rasa yang bercambah. Mungkin jua kerana dia sedar ada rindu yang berbunga. Cincin di jarinya diputar-putarkan. Cantik. Cincin bermata satu. Kata ayah, itu cincin tunang arwah ibu Akil.

"Seronok dah bertunang?" Aiman tiba-tiba duduk di sebelah Aina namun masih berjarak.

Aina mencebik, "Tak seronok."

"Yelah, nak seronok apa? Encik Tunang awak tu tak balik, kan?"

Aina buat muka, "Menyampah along, menyampah!"

Aiman ketawa lalu dia hela nafas, "I'm glad, kakak."

"Glad for what?"

Aiman senyum, "Sebab kakak yang bakal jadi adik ipar along. I have no worries on who my brother will be marrying to. Not anymore."

Aina tertunduk, malu. Alahai, along ni, "Along..."

"Hmm...?"

"Nak tanya boleh?"

"Tanya apa, kakak?"

"Angah..." Aina ketap bibir, "I mean Akil... dia tahu ke kakak ni tunang dia? Dia boleh terima ke? Mana tahu dia ada girlfriend kat sana."

Aiman rasa nak tercekik mendengar soalan Aina lantas dia maniskan wajah, "Dia tahu, kakak. Percayalah cakap along. Dia terima kakak, seadanya kakak walaupun kakak ni macam klon Naz. Dan, angah tu still single lagi. Along tahu. Along dah hidup dengan dia dah 27 tahun. Everything about him, along tahu..." ... except on his feeling for you je along tak tahu. Along pakai teka je. Sambung Aiman dalam hati.

Aina mengangguk. Betul juga kata along. Semua benda tentang Akil pasti along tahu. Suara yang hari tu... er... mungkin tu suara kawan dia kot. Dia orang sightseeing ramai-ramai, kot...

Air mata jatuh menitis. Gambar yang baru dimuatnaik ke dalam akaun Facebook Akil semalam dia tatap lagi. Hancur luluh hatinya. Baru dua hari lepas menjadi tunangan Akil, hari ini Aina dah patah hati.

Cincin di jarinya ditanggalkan, rasa tak layak pakai. Teringat balik jawapan along hari tu! Along tipu! Akil mesti tak dapat terima dia, maka dia muatnaik gambar entah-siapa-perempuan-ni supaya Aina tak letak harapan tinggi!

Aina pegang dada yang terasa sebu. Bertepuk sebelah tangan ni sakit rupanya...

Bencinya rasa ni! Ya Allah, bantulah aku...

Aiman hela nafas. Entah kenapa, wajah Aina yang muram membuahkan rasa tak sedap di dalam hatinya. Apa yang dah jadi sebenarnya?

Azim di sisinya disiku, "Kenapa dengan kakak?"

"Along, Azim rasa plan along tak menjadilah."

Aiman kerut dahi, "Hah?! Apa yang tak jadinya? Kan dia orang dah bertunang?"

"Then explain this to kakak, along," Sony Xperia J dihulur pada Aiman. Aiman nyata terbuntang matanya apabila melihat gambar gadis tinggi lampai yang berdiri di sisi Akil yang nyata tersenyum gembira. Alamak, dia dah silap percaturan ke?!

"Anim mana, Azim?"

"Tadi ada orang call. Anim pergi angkat."

Aiman hela nafas. Dia berlalu meninggalkan Azim yang masih lagi tenang seperti tadi. Dia pulak yang gelabah macam ayam.

"Assalamualaikum..." ceria saja suara Akil memberi salam sebaik saja panggilannya bersambut.

"Waalaikumussalam," lambat-lambat Anim menjawab. Ni macam suara angah? "Angah ke ni?"

"Anim ni, kenal aje suara angah, kan?"

Anim ketawa, "Haruslah."

"Anim..." Panggil Akil, meleret.

AKIL + AINA = CINTAWhere stories live. Discover now