bab 01

30 7 34
                                    


Guruh dan petir saling sabung-menyabung seperti soundtrack bagi pergaduhan diantara mereka. Ditambah pula dengan kegelapan di dalam kamar ini, buatkan Adelia dan Karl terdiam. Dada kedua-duanya turun naik menahan sebuah amarah.

"Kenapa kita macam ni?" tanya Karl dalam keadaan berbisik.

Adelia hanya diam. Beberapa saat kemudian, kelihatan air jernih mula mengalir di pipi gebunya. Membuatkan Karl lebih rasa bersalah.

"I don't know. I don't know. I don't know!" Adelia terduduk di birai katil. Dia menekup wajahnya. Sungguh, segala perasaan sedih, marah, geram serta kecewa bercampur baur bersama tangisannya.

Karl terasa seperti jantungnya terhenti. Dia tidak pernah sesekali pun menyakiti hati wanita di hadapannya ini. Dia menapak perlahan-perlahan ke arah Adelia. Jari-jemari itu segera disentuh.

"Adㅡ" tangannya terus ditepis. Adelia bangun. Dia sudah membuat satu keputusan.

"Divorce. That's the right way." katanya lalu terus keluar dari dalam kamar mereka. Tidak sanggup lagi asyik bertikam lidah dengan Karl, suaminya sendiri. Daripada dia mengumpul dosa, lebih baik dia berundur diri.

Karl terpana. Perkataan keramat itu. Apa? Cerai? Semudah itu? Selepas hampir setahun mereka membina mahligai ini?

"Tak."

"Aku takkan lepaskan kau, Adelia Hayra." ucapnya. Diri dan maruahnya terasa dicabar.

Tak semudah itu, Adelia.

Love Lie Where stories live. Discover now