"Adelia, sayang! Nak makan dekat mana lunch ni?""Erm, ada orang tu dah masyuk, apa kata kita makan western hari ni? Tapi, orang tulah kena belanja."
"Aku ke?"
"Eh, taklah, Kak Lisa. Kan, Kak Lisa? Orang tengah masyuk, belanjalah. Apa lagikan?"
"Iyalah. Dah masuk gaji, belanjalah." jawab Kak Lisa, tahu sudah perangai dua gadis ini.
"Eh, asal aku pulak? Kau pun sama!"
"Ehem, Cik Awiya! Bulan lepas aku dah belanja, bulan ni kaulah pulak!" pantas Adelia membalas. Amboi, amboi! Sedap aje minah ni lupa jasa aku!
"Alah, berkira!" segera Wiya paut tangan Adelia kemudian mereka keluar dari dalam bangunan tiga tingkat itu untuk makan tengah hari.
"Mana kau bawak aku ni, Wiya?"
"Nak aku belanja, diam."
"Hisy!" Adelia memuncung.
"Kau kalau tak memuncung, tak boleh eh? Mesti nak mengada-ngadakan?"
"Suka hati akulah! Kau panas kenapa?"
"Macam manalah bakal suami kau, kan?"
"Macam tulah."
"Oh lupa, Nik dah biasa dengan perangai kau. Senanglah dia nak hadap kau lepas kahwin nanti." segera lengan Wiya dicubit Adelia.
"Kau mention nama dia lagi, aku sumbat mulut kau dengan kaki aku."
"Ampun, tuanku. Beribu-ribu ampun." ucap Wiya kemudian ketawa terkekek-kekek.
_____________________________________________
"Faiq, sampai bila kau nak berharap daripada kita orang?" tanya Karl. Dia yang hubungi Faiq agar berjumpa di restoran ini. Agak tersembunyi sikit daripada kehadiran pekerja lain.
Faiq masih diam. Langsung tidak memandang adiknya. Orang lain yang mengenali mereka berdua, pasti akan tertanya-tanya, siapa yang adik, siapa yang abang?
"Beginilah, Faiq. Aku sebagai adik kau, aku pun banyak terhutang budi dengan kau. Kau selalu tolong aku waktu aku dekat asrama dulu. Jadi, apa salahnya aku tolong kau balikkan? Cumanya, aku tak nak kau persalahkan pertolongan aku. Aku mintak sangat kau jauhkanlah diri kau daripada semua benda tu. Rosak akhlak dan keluarga kita, Faiq." Karl cuba berlembut kata. Tak tahulah kalau Faiq masih mahu melawan. Kalau tak, Karl tidak dapat buat apalah sementelah dia hanyalah adik dan Faiq boleh sahaja menggunakan kuasanya sebagai abang.
"Terima kasih sebab ingat jasa aku." balas Faiq, sebaris ayat.
"Faiq, aku ajak kau kerja dengan aku, kau tak nak. Bila kau macam ni, kau salahkan diri kau."
"Karl! Kau cakap senanglah. Kau kerja dekat mana? Aku ni siapa aje? Kelulusan apa aje aku ada untuk bekerja dengan kau?" amarah Faiq meletus. Berang bila dibangkitkan soal kerja.
"Faiq, untuk pengetahuan kau, kau bijak. Kelulusan yang kau ada, masih ada harapan untuk kau bekerja bagus. Bukan tak ada harapan langsung! Cukup-cukuplah kau bagi alasan macam tu." ternyata hubungan Karl dan Faiq semakin renggang. Bila mood lelaki itu baik sahaja, baru mereka dapat berbual bersama.
Karl malas lagi nak bercakap soal kerja dengan Faiq selepas ini. Terpulanglah pada Faiq. Namun, bila tahap kesabarannya kian menipis seperti kulit bawang, dia akan 'basuh' Faiq cukup-cukup. Biarlah kali itu ada abang sulung mereka sekali iaitu Aidan.
"Itu kata kau."
"Duit repair motor, aku dah transfer dalam akaun kau. Jangan salah gunakan duit tu." Faiq terus bangun.
YOU ARE READING
Love Lie
RomanceTatkala kasih dan cinta mula bertaut, sebuah penipuan terurai. Kepercayaan yang kekal, musnah dek kekecewaan yang tidak terhingga. Aku hairan. Benar atau tidak apa yang aku lakukan? Adakah aku mementingkan diri? Dan bagaimana mahu mendapatkan keper...