bab 05

22 4 19
                                    

"Eloklah tu. Lia dapat kahwin dengan anak CEO." Adelia rasa nak hantukkan kepala bila umminya juga bersetuju dengan niat jahat Nik. 

"Masalahnya, Lia tak suka dia! Tapi dia tu tak sedar diri nak jugak dapatkan cinta Lia. Ew, come onlah! Perangai dahlah tak semenggah." 

"Adelia Hayra, tak baik cakap macam tu. Buatnya satu hari nanti dia tolong Lia dalam kesusahan, Lia jilat balik ludah Lia tu." sempat lagi Encik Afiq menitipkan nasihat sewaktu dia membaca suratkhabar. Bukan dia tak dengar, suara Adelia tu dah macam tertelan mikrofon! 

"Tapi Lia tak nak. Kalau dia datang sini, nak pinang Lia, ummi dengan abah tolak eh?" Puan Haliza yang melipat kain segera memandang anak mata anak perempuan tunggalnya.

"Budak ni, yakin benar si Nik tu nak masuk minang dia. Cuba bawak beristighfar sikit." Adelia menngusutkan lagi rambutnya.

"Ya, Lia cakap aje. Persediaan awal-awal." 

"Apa masalah dengan budak laki tu? Ummi rasa dah eloklah tu. Berharta, sekurang-kurangnya dapat tanggung Lia nanti." Encik Afiq melipat suratkhabarnya. 

"Liza, cara awak cakap tu macam awak mata duitan pulak. Kalau dah budak Lia ni tak suka, kita mana boleh paksa. Kebahagiaan anak-anak itu yang penting. Cuma abah tak suka Lia buruk-burukkan dia. Kifarah tu wujud Lia, ingat." Adelia menunduk. Gerun melihat Encik Afiq yang tampak serius sahaja.

"Ya." 

"Kalau betul dia nak lamar Lia, Lia tanyalah dia elok-elok. Kalau betul, cakaplah Lia tak bersedia lagi. Jangan dimarahnya budak tu." tahu benar Puan Haliza dengan perangai panas baran dan cakap lepas si Adelia ini. Kalau dah amarah meletus, segala apa pun boleh keluar dari mulut laser Adelia. Banyak kali sudah dinasihatkan kawal rasa marah dan emosional, tak tahulah Puan Haliza. 

"Lia dengar cerita dari mulut Wiya aje." 

"Budak dua orang ni. Itulah dia budak-budak sekarang, senang terpengaruh dengan berita tak sahih." 

"Manalah Lia tahu. Memang selama ni si Nik tu asyik kejar Lia. Kadang-kadang sengaja nak balas dendam dengan Lia sebab tak layan dia." 

"Apa-apa pun, jangan nak beriya-iya dulu." pesan Puan Haliza lagi. 

_____________________________________________

Keesokannya, Adelia datang ke pejabat tanpa memikirkan soal semalam. Dia tekad, tak nak langsung bersemuka dengan Nik. Kalau terserempak, dia akan pura-pura sibukkan diri atau menegur pekerja lain. 

"Lia!" Adelia memandang sekeliling. Wiya yang memaut lengannya diabaikan seketika.

"Oi!" Wiya memandang apa yaang dipandang oleh Adelia.

"Alah, jejaka pujaan kau tu tak adalah. Dia tu selalu lambat. Mentang-mentang anak CEO." 

"Huh, jejaka pujaan kepala otak kau!" terkekek-kekek Wiya mengetawakan Adelia. 

"Macam mana? Dah fikir pasal semalam? Terima atau reject?" 

"Ya Allah, Wiya! Kalau aku terima, itu bukan Adelia Hayralah!" balasnya dalam nada berbisik agar pekerja lain tidak terganggu. 

"Hina sangat si Nik tu dimata kau." 

"Bukan hina, aku tak berkenan dengan sikap dia tu." 

"Oi!" kedua-duanya lantas menoleh. Terteguk airliur masing-masing. 

"Pagi-pagi dah kumpul dosa. Dah pergi buat kerja!" marah Nik. Ingat dia tak dengar ke perbualan si minachi dua orang ini? Sedap mengumpat dia. 

"Sorry, boss." ucap Wiya. 

"Kaulah ni! Awal pulak dia datang hari ni."

"Nak jumpa dengan buah hatilah tu." usik Wiya sambil mencucuk-cucuk lengan tembam Adelia. 

"Hisy, kembang tekak aku dengar." Adelia menggosok lehernya.

_____________________________________________

Karl meraup wajahnya. Tak tahu apa nak jadi dengan abangnya, Faiq. Sebenarnya, Karl banyak juga menyumbang pada Faiq. Dengan syarat duit itu mesti digunakan untuk tujuan yang baik. Tapi, Faiqkan? Entah Puan Khairina silap langkah yang mana, Faiq lebih terpesong ke arah gejala negatif.

"Motor aku rosaklah, Karl. Tolonglah aku." rayu Faiq. Karl meletakkan pennya dia atas meja. Faiq datang ke pejabatnya, semata-mata nak meminta duit bagi membaiki motorsikal berkuasa tingginya.

"Macam mana boleh rosak? Hari tu aku tengok okey aje." Faiq diam.

"Dah rosak, nak buat macam mana?"

"Kau pergi race lagi ke, Yiq?" diam. Diam itu tandanya iyalah bagi Karl.

"Apa nak jadi dengan kau? Mujur motor kau rosak, kalau kau? Tak ke mama, aku dengan Aidan yang risau?" Faiq berdecit.

"Alah kau, kalau berkira, cakap ajelah! Aku boleh cari duit sendirilah!" Faiq bangkit. Dia mengambil helmetnya dan terus keluar meghempas pintu pejabat Karl. Hampir semua pekerja memandang dan ada mulut-mulut sumbang mula mengumpat kedua-dua beradik itu.

"Apalah masalah abang aku ni." Karl mempersoalkan pada dirinya. Puan Khairina dan arwah Encik Fakhrul tidak pernah pun mengajar anak-anak mereka perkara yang tidak elok. Semuanya cukup akidah dan akhlak yang disematkan dalam diri. Tapi, apa sudah jadi dengan Faiq?

Handphone Karl berbunyi tanda ada panggilan masuk.

"Karl, Faiq ada jumpa kau ke?" tanya Aidan sejurus sahaja Karl menjawab panggilan.

"Baru aje ni. Kenapa?"

"Susah nak cakap. Semalam mama mengadu dia balik pukul 3 pagi. Muka dia ada lebam-lebam." Karl mengerutkan dahi. Pandai jugak abang aku makeover sampai segala luka boleh disembunyikan.

"Mama cakap apa lagi?"

"Mama tanyalah dia, tapi dia tak endahkan. Tahu-tahu pagi-pagi subuh dia dah lesap." Karl raup wajahnya lagi.

"Apa masalah abang kau tu?"

"Entahlah, Dan. Aku penat dah suruh dia kerja elok sikit. Sekurang-kurangnya tak bergantung harap pada aku, kau dengan mama. Aku pun tak tahu apa yang dia buat belakang aku."

"Kau masih bagi dia duit?"

"Aku kasihan dekat dia, Dan. Tujuan aku kasi duit tu, supaya dia boleh cari kerja, makan sendiri. Bukan membazir. Kau tahukan lepas papa belikan dia motorbike tu, makin menjadi-jadi pulak dia." Aidan diam.

"Maksud kau?"

"Dia pergi racelah! Sebab tu dia datang sini cari aku, nak mintak repair motor dia." kedengaran Aidan beristighfar.

"Aku dapat dia, memang aku ajar dia cukup-cukup."

"Dan, tak payahlah. Biar aku sendiri nasihat dia. Dia kembar aku."

"Ha itulah kau! Cakap dengan dia tak ada gunalah! Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kau pun jangan cepat mengalah walaupun Faiq tu abang kau. Kita kena brainwash dia." marah Aidan lagi.

"Insya-Allah. Aku cuma takut dia pergi lagi jauh. Maksud aku, lagi teruk."

"Bukan kau aje, aku dengan mama pun. Tak faham aku. Mama dengan papa dah didik kita elok-elok, entah macam mana si Faiq tu boleh jadi macam ni."

"Kejutan budaya, Dan."

Selepas panggilan ditamatkan, Karl mengeluh lagi. Bila teringat Faiq, dia asyik mengeluh. Seketika dia teringat Adelia. Bukankah Adelia dan Faiq sudah berkawan sejak di bangku sekolah?

'Patut ke aku tanya dia?' tanya hatinya sendiri.

Love Lie Where stories live. Discover now