bab 03

25 6 23
                                    

Adelia cebik sendiri. Dia bukan ambil berat pun, cuma bila Faiq tak habis-habis meluahkan rasa risau tentang adik kembarnya, Adelia ambil keputusan untuk bertanya sendiri pada Karl. Adelia bukanlah nak kata apa, walaupun Faiq dan Karl merupakan kembar tidak seiras dan berasal dari rahim yang sama, Adelia rasa Karl dan Faiq bagai langit dan bumi. 

Daripada segi fizikal, kulit Faiq lebih gelap berbanding Karl yang dah macam orang Cina itu. Pulak tu, Faiq macam tak ada otot sahaja. Tidak macam Karl yang berbadan tegap. Barangkali gen ayah Faiq lebih banyak pada Faiq. 

Dan yang lebih membuatkan Adelia mind blowing, dia kenal Faiq sejak di bangku sekolah dan masih boleh dikira dengan jari berapa kali dia berjumpa dengan mama Faiq. Namun, dia tidak pernah tahu akan kewujudan Karl. 

Cerita Faiq lagi, Karl itu bijak orangnya, tak macam dia yang biasa-biasa sahaja. Jadinya, selepas tamat sekolah rendah, Karl terus dihantar ke sekolah berasrama penuh dan dia hanya bersekolah di sekolah biasa. 

"Dah, kau tak payah risau dah. Kejap lagi Karl tu sampailah rumah. Abang mithali betul kau ni." kata Adelia kemudian ketawa kecil.

"Mana aku tak risau, Lia oi! Karl tu mana kuat sangat. Masa dia dekat asrama dulu, asyik balik rumah aje sebab demam panas. Antibodi dia tak kuat. Karl dulu masa kecil, asyik keluar masuk hospital. Hospital tu dah macam rumah kedua dia." cerita Faiq lagi membuatkan Adelia berasa simpati. Tak menyangka sehingga begitu sekali nasib yang menimpa Karl. Patutlah muka macam mayat hidup aje. 

Adelia membaringkan kepalanya ke atas bantal. Dekat beberapa minit sudah dia bergayat di telefon dengan Faiq. Bagi Adelia, Faiq memang lelaki namun bila masuk bab-bab mengumpat atau luah perasaan, Faiq macam makcik-makcik di kampung nenek Adelia. 

"Sekarang dia macam tu jugak ke?" Faiq mengeluh.

"Berat nak cakap. Alhamdulillah, tak macam dia kecil dulu tapi bila dia demam, dia suka sorok daripada pengetahuan kami sekeluarga. Itu yang buatkan mama aku risau. Cukuplah dua minggu lepas dia pengsan depan pintu rumah." naik berbuih sudah mulut Faiq menasihati adik kembarnya agar tidak kerap pulang lewat ke rumah. Kerja, kerja juga. Kesihatan mesti diutamakan.

Adelia diam. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. 

"Tak apalah, Faiq. Doakan ajelah Karl okey. Dia mungkin tak nak mama kau risau."

"Dia sorok hal ni lagilah kami risau!" Adelia ketawa perlahan. Marah benar si Faiq ni. 

"Okeylah, aku hang up dulu. Bye, Faiq." 

"Okey, bye." Adelia mencampak handphonennya ke tepi. Dia mencapai buku notanya lalu dia mula merangka beberapa soalan untuk ditanyakan pada Karl lusa ini. 

_____________________________________________

Karl mengelap rambutnya yang basah. Sudah dipesan banyak kali dengan Puan Khairina, jangan mandi malam nanti paru-paru berair. Karl bukan nak menyangkal kata-kata orang tua yang lebih banyak makan garam, namun setahu dia, itu semua hanya mitos semata-mata. 

Karl mencapai handphonennya. Mesej terakhirnya dengan Adelia hanya dibalas dengan bluetick sahaja. Memang ais kutub utaralah minah ni. Omelnya. 

Adelia yang mulakan perbualan mereka di aplikasi ini. Karl tak gemar betul orang luar memanggil dia dengan panggilan encik. Bukan apa, ketika diluar pejabat, dia hanyalah orang biasa. Jadi dia lebih selesa menggunakan I-you dengan sesiapa pun. 

Dia buka aplikasi galeri. Satu album yang dibuat sendiri dibuka. Menatap gambar-gambar di dalam album itu buatkan hati Karl tersentuh. 

Seketika dia berfikir, betul ke keputusan yang dia lakukan selama ini? Namun bila fikirkan semula, tiada guna lagi dia mengubah apa-apa keputusan kerana hal ini melibatkan beberapa hati dan perasaan termasuklah dirinya. 

Kadang-kadang Karl rasa, kenapalah dia harus lalui semua ini? Segera Karl tepiskan rasa itu kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

_____________________________________________

Khamis, dimana hari yang Adelia jadi emosional sebab Wiya tidak dapat turut serta dengan dia untuk menemubual Karl. Ni semua pasal Nik tak semenggah itulah! Nak balas dendam dekat Adelia sebab dia tak balas cintanya, habis diheretnya Wiya untuk sesi temu bual ahli perniagaan lain. Menyirap benar Adelia jadinya. Suka-suka hati mak bapak dia aje nak buat keputusan terburu-buru. Mentang-mentang CEOnya si bapak Nik tak semenggah itu. 

"Lia, sorrylah. Kau tahulah Nik tu gila kuasa. Aku tak dapat nak buat apa, nanti dipotongnya gaji aku." Wiya memaut lengan Adelia tanda memujuk. 

"Huh, si Nik tu memang nak makan pelempang aku. Aku ni sudahlah perempuan, nak temuramah lelaki. Buatnya Karl tu ada niat buruk ke?" Wiya rasa nak sumbat cili dalam mulut Adelia sahaja. Ada ke patut berprasangka buruk pada jejaka yang bernama Karl itu? 

"Tak baiklah, Lia. Fikir baik-baik ajelah. Bukannya Amir tak ada." 

"Aku cakap aje. Dahlah, aku pergi dulu. Kang bising lagi si Nik tak semenggah tu. Bye!" 

"Bye, Lia! Sampaikan salam sayang aku dekat Karl!"

"Gatal miang keladi!" 

Dalam kereta syarikat, Adelia tidak banyak bercakap dengan Amir, si photographer baru di BZ Times serta Tirah, si makeup artist. Dia rasa janggal. Memang si Amir ni anti-social betullah. 

"Sinikan location dia?" 

"Kalau ikut Waze, betullah." balas Amir, mata meneliti peta di aplikasi Waze. 

"Macam tak aje. Nik kata bukan sini. Dia ada pantai." Amir mula mendongak memandang keluar tingkap. Pantai pun tidak nampak, yang ada cumalah hutan di kanan dan kiri. 

"Aduh, dahlah lambat ni!" risau pulak jikalau Karl sudah sampai. Habislah reputasinya sebagai wartawan berjaya di BZ Times. 

"Cuba awak call Encik Karl tu." cadang Amir. Sesat teruk mereka ni. Nik punya pasallah, konon-kononnya nak background lawa. Bukannya dia yang tanggung semua ini. Tup-tup Adelia juga! 

Adelia kalau boleh tak nak hubungi Karl. Nampak sangat teruknya dia. Tapi, dalam keadaan terdesak begini, nak tak nak kenalah juga guna cara ini. Handphone diambil dari dalam sling bag lalu nombor Karl dicari. Butang hijau ditekan.

Karl duduk di bangku yang disediakan. Rambutnya terbuai sama dengan alunan angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai ini. Indah benar pemandangan di sini. Ajaibnya, segala kekusutan Karl lesap dengan begitu sahaja! 

Poketnya bergetar dek panggilan di handphone. Nama Adelia terpampang di skrin.

"Ya, Adelia?" 

"Err, Karl. You dah sampai ke?" 

"Dah. Kenapa?" kalau boleh Karl nak lebih masa lagi untuk meluang masa seorang diri di sini. Namun bila terfikirkan tujuannya ke sini adalah atas komitmen bekerja, dia kuburkan sahaja niatnya.

"I maybe lambat sebab I dah sesat ni." 

"Sesat? You dekat mana?" Karl sedia untuk membantu. Kasihan pula Adelia. 

"I tak tahu. Tapi ada hutan dekat sini." 

"Oh, kalau macam tu. Send I your nombor plat. Nanti I datang."

"Err, tak menyusahkan ke?" 

"Taklah." jawab Karl sambil tersenyum walaupun tahu Adelia tidak akan nampak senyumannya. Karl segera ke keretanya. 

Love Lie Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang