bab 02

25 6 83
                                    


Karl melonggarkan ikatan tali lehernya. Dia sandar pada kerusi empuk buatan negara Itali itu. Kaca mata diletakkan di atas mejanya. Hari ini, dia lambat lagi. Puan Khairina tidak habis-habis menghubunginya. Karl rasa bersalah kerana dia tidak langsung menjawab setiap panggilan tersebut. Bukan apa, dia sibuk. Ditambah pula dengan kekusutan kepalanya.

Karl menutup matanya. Namun hanya beberapa minit sebelum ada sebuah lagi panggilan masuk. Dia hela nafas. Sampai masanya dia jawab.

"Hello, mama."

"Karl! I don't know what's playing in your mind. Dah pukul 2 pagi, and you're still not at home. Karl, jangan buat mama risau, boleh tak?" marah Puan Khairina. Dia risau jika ada apa-apa yang terjadi pada anak bongsunya itu. Cukuplah beberapa minggu lepas, Karl pulang ke rumah pada waktu-waktu begini lalu pengsan di pintu rumah. Sudah sedia maklum, antibodi anaknya itu lemah, senang diserang demam panas.

"Mama, kan Karl dah cakap. No need to worry. I'm fine." jawabnya lembut.

"Karl, mama bukan nak mengacau Karl buat kerja. Tapi mama minta tolong sangat-sangat. Jangan abaikan kesihatan Karl."

"Yes, mama. Tak apa, mama jangan risau. I'm on my way home."

"Kalau macam tu, baiklah. Drive elok-elok. Kalau mengantuk sangat, berhenti dekat mana-mana but you need to inform me, okay?" pesan Puan Khairina.

"Ya, mama. Goodnight." talian dimatikan. Karl hela nafas. Finally! Kerjanya siap juga. Terasa bahu ringan dengan bebanan kerjanya.

Karl, you're always be the victim. Hati Karl bersuara. Ya, Karl selalu menjadi mangsa saat-saat akhir oleh pekerja atasan. Bukan kerja Karl untuk menyiapkan segala dokumen ini, tapi dia juga yang menjadi mangsa akhirnya. Nak buat macam mana? Pekerja atasan itu jugalah yang mengheret dirinya di dalam pejabat ini. Diberi pula jawatan tinggi. Gaji yang bertimbun. Karl rasa terhutang budi. Jika tidak, pasti dia merempat di tepi jalan sekarang ini.

Karl mengemas segala dokumen yang disiapkannya. Laptop pula dimatikan. Semua sudah dimasukkan ke dalam briefcasenya.

Dia berjalan ke arah parking lot. Hanya tinggal kereta Audinya sahaja di situ. Iyalah, mana ada lagi pekerja lain yang sanggup bersengkang mata semata-mata nak siapkan kerja. Bagi Karl, ketika di rumah adalah masanya untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga, bukan membawa pulang kerja pejabat dan menambah beban dalam diri.

Dia menghidupkan enjin. Sebelum itu dia melihat sekilas home screen handphonenya.  Ada satu notifikasi ditunjukkan di home screennya. Terus diambil handphone tersebut. Satu pesanan WhatsApp daripada Adelia, si gadis manis yang dikenalinya beberapa hari yang lalu.

Adelia
Hi, Karl, sorry for disturbing. Faiq asyik cerita pasal you dekat I. You masih dekat office ke?

Karl senyum sendiri. Dalam dingin gadis ini, rupanya masih terselit sifat ambil berat dalam diri. Mana tidaknya, Karl merupakan klien Adelia. Adelia pula sudah menetapkan temujanji dengannya lusa ini kerana mahu menemuramah tentang kejayaannya dalam bidang marketing.

Karl
Hi, Lia. I'm on my way home, don't worry.

Karl letakkan handphonenya ke dalam dashboard. Memang dia biasa letak dalam itu sahaja. Tidak mahu ada sebarang gangguan sewaktu dia memandu.

Yang Faiq ni pun, kenapa sibuk nak bercerita tentang dirinya pada Adelia? Sedangkan gadis itu tidak tahu-menahu langsung tentang dirinya. Mereka baru sahaja kenal pada dua hari lepas. Dimana, Karl rasa dia tertarik dengan Adelia.

"Karl, ada orang nak jumpa." Qaisara, si receiptionist menjengulkan kepalanya ke dalam pejabat Karl.

"Siapa?"

"I guess, you akan keluar dekat muka depan majalah nanti." Karl ketawa kecil. Sungguhpun dia tidak memahami kata-kata Qaisara, dia pun bersetuju untuk bertemu dengan pihak yang mahu bertemu dengannya.

"I'm not readylah! Nervous tahu tak?" Adelia mengemaskan rambutnya. Terutama sekali rambut yang berjuntaian di dahinya.

"Alah, kau ni. Pantang jumpa dengan lelaki muda. Cuba kalau Karl ni tua, I don't think so kau nervous macam ni." Wiya cuba menenangkan Adelia. Aneh-aneh sahaja tingkahlaku sahabatnya ini.

"Yes?" Adelia mendongak. Terkejut dia apabila tiba-tiba disapa pemilik suara tersebut.

"Silakan masuk." Karl senyum pada kedua-dua gadis itu. Takut sangat nak berjumpa dengannya. Bukannya dia makan orang pun.

"Silakan duduk." Adelia dan Wiya duduk di sofa empuk yang tersedia di dalam ruangan pejabat Karl. Adelia memandang sekeliling ruangan pejabat itu. Classic. Dia suka.

"Kenapa?" tanya Karl.

"Err, tak ada apa-apa. Cantik design."

"Oh, I design sendiri." Adelia hanya mengangguk. Dia tak tanya pun, dia hanya sekadar memuji.

"Minumlah kopi ni." kedua-duanya meghirup kopi yang masih berasap selepas dipelawa Karl.

Menurut Qaisara, gadis yang datang berjumpa dengannya ini merupakan wartawan daripada sebuah majalah bisnes terkemuka. Bukan sekali Karl ditawar, banyak kali. Cuma banyak tawaran dia tolak kerana kekangan masa bekerja.

"Maaf ganggu, Encik Karl. Saya, Adelia dan ini, Wiya. Kami berdua dari syarikat majalah BZ Times." Karl mengangguk-angguk.

"Kami ditugaskan untuk termubual, encik. Rasa-rasa Encik Karl sudi tak?" tanya Wiya.

"Bila rasanya, ya? Sebab saya kena tengok jadual saya dulu." Adelia segera membuka buku nota kecilnya. Sudah dicatit waktu dan tempat temubual yang akan dibuat dengan Karl.

"Hari Khamis ni. Pukul 3 petang. Rasa-rasa Encik Karl boleh ke tak?" Wiya menyiku perlahan pinggang Adelia. Bukan reti nak bercakap formal dengan orang ternama seperti Karl si Adelia ni. Cakap macam dengan kawan-kawan aje.

"Insya-Allah boleh. Apa-apa perubahan saya akan maklumkan pada awak." Adelia tersenyum palsu. Nampak gayanya kenalah bagi nombor pada Karl. Bukan dia tak nak, tapi sudah ramai orang bisnes dan berpangkat tinggi seperti Karl yang menjual minyak padanya. Malah, ada yang sudah beranak tiga!

"Ni nombor saya." Karl koyakkan cebisan kertas dari buku notanya lalu ditulis nombor telefonnya. Cebisan kertas tersebut dihulurkan pada Adelia.

"Terima kasih. Kalau macam itu, nanti saya akan mesej ajelah kat Encik Karl. Bolehlah Encik Karl bagitahu jadi atau tidak." balasnya. Karl hanya mengangguk.

"Rasanya tak ada apa-apa lagi. Terima kasih, Encik Karl sudi terima kehadiran kami hari ini."

"Sama-sama." kedua-dua gadis itu bangkit lalu ke pintu keluar pejabat Karl.

"Eh, nanti dulu." Adelia dan Wiya menoleh ke arah Karl serentak.

"Awak Adelia Hayrakan?" Adelia mengerutkan dahi. Dari mana pulak mamat ni tahu nama penuh aku? Seram sejuk jadinya Adelia.

"Err, abang saya kawan dengan awak. Nama dia Faiq Aryan."

"Oh! Faiq abang Encik Karl ke?" Karl mengangguk. Adelia hairan sendiri. Setahu dia, Faiq sebaya dengannya dan, sama juga dengan Karl. Entahlah, Adelia tidak kesah pun. Yang pasti, Faiq merupakan kawan comolotnya sejak sekolah dan pengakuan Karl agak menarik perhatian Adelia.

Tanpa membuang masa, Adelia dan Wiya pun pulang. Rasa janggal pula dengan Karl. Dalam kereta, Wiya tidak habis-habis menyakat Adelia.

"Untunglah, kau. Dapat nombor dia. Bolehlah ngorat." Adelia mencebik.

"Sorrylah, Wiya. Kau ajelah yang mengorat. He's not my type. What a nerdy man." kutuk Adelia. Dia rasa kurang berkenan dengan Karl kerana Karl mukanya tampak maskulin namun agak jambu. Ditambah pula dengan kaca mata bulat yang tersarung di matanya, memang bukan taste Adelia. Lainlah macam Hafreez Adam, tang itu baru jejaka idaman Adelia.

"Amboi kau. Dia nerd pun, duit berkepuk. Daripada jejaka pujaan kau, si Nik tu, muka aje handsome tapi perangai macam jakun!" Wiya tak suka benar dengan Nik selaku, editor di syarikat majalah mereka. Sudahlah selalu mengorat Adelia, perangai tak semenggah pula tu.

"Ee, geli-geleman aku dengar nama dia. Tolonglah, jejaka pujaan aku si Hafreez Adam okey!" Wiya menggeleng-gelengkan kepala. Dia memandang keluar tingkap. Macam-macam sahajalah si Adelia ini.

Love Lie Where stories live. Discover now