bab 04

27 5 32
                                    

"Terima kasih tolong I. Kalau tak, maybe dah sampai kampung manalah." Karl ketawa kecil. 

"No problem." Adelia menunggu Amir menyiapkan peralatan untuk photo shoot. Dia dan Karl tersangatlah janggal. Tidak tahu nak berbual apa. Karl pula asyik-asyik curi-curi pandang Adelia di sebelahnya sewaktu didandan Tirah. Rambut panjang gadis itu asyik terkena pada wajahnya sahaja membuatkan wajah Adelia mulai cemberut. Kuat sangat angin di sini.

Amir mengangkat ibu jarinya pada Adelia tanda semuanya telah siap dan boleh mulakan sesi temu bual. 

"Okey, Karl. We can start it now." Adelia dan Karl duduk di bangku yang disediakan di situ. 

Adelia menarik nafas lalu helanya. 

"Janganlah nervous sangat." ujar Karl sambil tersenyum. Adelia hanya diam dan sekadar mengangguk. 

Temu bual dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Amir pula sudah mengambil beberapa gambar. 

"Soalan seterusnya, Encik Karl rasa berpuas hati atau tidak memegang jawatan sebagai pengurus marketing di syarikat Elite Engineering?" Karl mengangguk. Adelia juga berpuas hati kerana Karl menjawab dengan formal dan detail. Memudahkan kerja Adelia.

"Ya, saya sangat berpuas hati kerana ini adalah cita-cita saya dan bidang yang saya minati. Kadang-kadang itu, rasa penat kerana terlalu banyak kerja, tapi saya tidak pernah putus asa. Untuk apa saya berputus asa jika ini yang saya ingin kecapi selama saya belajar sewaktu di universiti dulu, kan?" terang Karl kemudian dia menjungkitkan keningnya pada Adelia. 

"Erm, betul-betul." Adelia rasa berat mulut pula nak bertanyakan soalan terakhir pada Karl. Soalan ini Wiya yang suruh tanya, kalau tak gambar buruk Adelia akan disebarkan di Instagram. Nak tak nak, Adelia turutkan sahaja.

"Erm, soalan terakhir sebelum kita tamatkan sesi temu bual ini." 

"Silakan." 

"Encik Karl sudah ada teman wanita?" tanya Adelia. Janggal. 

Karl ketawa kecil. Adelia pula tak habis-habis kutuk Karl dalam hati. Soalan tak lawak langsung! 

"Teman wanita? Tak ada. Saya terlalu sibuk bekerja. Rasanya tak sempat nak bercinta. Tapi saya cuma menaruh hati pada seorang gadis ini sahaja." 

"Siapa?" cepat sahaja mulut Adelia bertanya. 

"Biarlah rahsia." Adelia hanya senyum tawar. 

"Baiklah, tamatlah sudah sesi temu bual kita. Kita ambil gambar dulu, eh?" Karl mengangguk. 

Adelia terpana melihat cara Karl posing di hadapan kamera. Kenapalah Karl tak jadi selebriti kalau dah muka sekacak ini? Ternganga mulut Adelia. 

"Lia, tutup mulut tu. Nanti lalat masuk." tegur Karl. Entah apalah yang melekakan gadis itu sampai ternganga mulut macam gua. 

Adelia hanya senyum nipis. Macam manalah aku boleh terleka ni? Bukankah dia tu bukan type aku? Hisy, Hafreez Adam lagi kacak! Popular pulak tu. 

Pfftt, Adelia. Karl pun kacak, popular ada knowledge pulak tu. Pakej yang sangat lengkap, takkan nak jual mahal kut? Ada suara yang berbisik di telinga Adelia. 

'Tak ada maknanya. Karl tu dahlah muka jambu.' balasnya dalam hati. Aneh, Adelia berperang dengan suara hatinya sendiri sampaikan Karl dan Amir memandang hairan pada gadis beerambut ikal mayang itu. 

"Adelia, awak okey?" Adelia tersedari daripada lamunannya. Dia segera mengangguk. 

"Terima kasih, Encik Karl—" 

"Kan I dah cakap, tak payah nak berencik-encik. I'm just a normal person, like you." ujarnya lembut. Dia tak nak orang lain terlalu melayannya sebagai seorang yang sangat berpangkat tinggi sementelah kejayaannya sekarang ini juga bermula daripada seorang yang biasa sahaja. 

Love Lie Where stories live. Discover now