| 1 |

284 38 7
                                    


Aku duduk di atas bukit. Menanti masa badanku bertukar rupa. Aku memandang tepat ke arah bulan.

Pak!

Aku melepuk nyamuk yang hinggap di lengan kiri.

" haih " aku melempar nyamuk itu ke bawah cerun.

Aku menghirup udara segar sebelum badan aku mula ditumbuhi bulu bulu yang melebat. Bulu itu menumbuh laju disetiap sudut badan.

Mata aku mula berubah warna daripada kelabu cair kepada warna merah darah dan tangan aku yang runcing mula membesar sedikit dari asal. Kuku yang asalnya pendek juga mamanjang; menjadi kehitaman dihujungnya.

Baju yang dipakai hampir terkoyak disebabkan susuk tubuh aku semakin membesar dari asal.

Aku memandang ke langit.

" Awwooooooooo... "

*****

Aku terbaring keletihan. Ingat jadi serigala ni tak penat ke? Tapi takpe, aku dah biase.

Aku berjalan dengan mata tak berhenti melilau memandang sekeliling. Takut ade serangan hendap pulak. Haritu sipi sipi je aku nak jadi makanan harimau.

Aku kan serigala. Nak takut kat harimau buat ape.. Heh!

Rumah kayu yang sedikit suram itu aku tuju.

Krek..

Bunyi pintu itu terhasil disebabkan engsel pintu yang sudah berkarat.

Kerusi kayu di tengah ruang tamu itu aku duduk. Hanya seketika kerana aku teringat sesuatu.

" aku tak makan lagi lah.. Hmm.. Ape aku nak makan ni? " perut aku usap sedikit.

Kaki aku melangkah ke dapur. Ala.. Dapur aku ni biase je.. Aku tengok beberapa haiwan buruan aku yang digantung di dinding.

Ape yang sedap buat bakar ha? Ayam ke rusa? Aku ambil mayat anak rusa itu lalu diletakkan di atas meja. Aku panggil meja ni.. Meja bedah sebab aku akan 'siang' semua haiwan kat sini.

Aku pergi ke almari kecil di sudut dapur. Aku buka dan capai satu parang besar.

Nak buat ape? Nak sembelih la. Aku tak main la gigit terus. Walaupun aku ni serigala, aku hanya makan makanan yang dimasak je tau. Ingat tu.

Aku kembali ke rusa yang tersadai di atas meja. Bilah parang itu aku letak di atas kulit bahagian kepala rusa dan aku siat kulitnya.

*****

" yum yum.. Aku memang ada bakat masak semulajadi. " aku menggigit daging rusa bakar itu.

Aku makan dengan lahapnya. Sampai comot kat dahi. Macam mana boleh sampai kat dahi? Oh, aku tepuk nyamuk tadi. Banyak tau nyamuk kat atas bumbung ni.

Lupe nak bagitau, bumbung ni port aku untuk melahap. Jatuh? Pernah lah jatuh dua tiga kali sebab aku buat shuffle dance atas ni.

Pft.. Abaikan kebangangan aku sebentar.

Tulang rusa tadi aku letak di atap yang rata. Nanti nak tanam. Kot kot tumbuh pokok rusa pulak nanti. Senang kerja aku tak payah nak cari sendiri.

Aku pernah la tanam tulang kijang tapi sampai sekarang tak tumbuh lagi pokoknye. Mungkin sebab tanah tu tak subur kot? Takpe la.. Tu citer dua tahun lepas.

Habis semua rusa bakar tu. Aku ambil semua tulang tu, aku letak dalam bungkusan. Tangga ditepi aku pegang. Nak turun. Kemudian aku lompat kebawah. Ape gune tangga tu eh?

Aku mendarat ke tanah dengan selamat. Sempat aku buat dua lompat bintang dan beberapa lompatan katak untuk ke belakang rumah.

Cangkul aku capai nak gali tanah. Gali sikit je sudah la. Aku kemaskan susunan tulang tadi dan aku masukkan bungkusan tulang tu. Aku timbus biar tak nampak macam baru tanam emas.

Aku ambil petanda yang bertulis;

Mana ada orang tanam tulang rusa yang dibakar kat sini.

Ok, siap! Aku menepuk tangan menghilangkan debu.

Aku berjalan santai memasuki rumah.

Bukan kerusi kayu tapi tilam empuk yang dibuat daripada kapas aku tuju. Aku tau rumah seorang serigala jadian macam aku ni lengkap serba serbi.

Tengok la sape yang jumpa rumah ni.

Mib.. Aku terpecahkan rahsia aku.

Aku menghempaskan badan aku ke atas tilam.

" ahh.. Best gile wei.. " bunyi dia tu macam iklan kerepek kentang ungu.. Uuuiii.. Ungulicious!

Aku mengereng ke kanan dan kekiri sebelum mimpi indah menjemput aku memeriahkan majlis mimpi. Majlis hari perlantikan presiden kelab mimpi mimpi sedunia.

•●•●•●•●•●•

Tbc~ ♥

𝑰𝒅𝒉𝒂𝒎 | √Where stories live. Discover now