| 20 | Last |

111 13 8
                                    


Aku duduk di sofa berkembar di kanan ruang tamu. Macam mana nak desc ye rumah nye.

__________________________________

       Bunga hiasan       📺          Bunga hiasan

Sofa solo meja        kopi           sofa berkembar
[✘]

Sofa tiga tempat

Pasu                                                              Pasu

___________________________________


(Aku asyik buat peta je 😅)

Aku genggam tangan. Berdebar. Fist time jumpa bakal makcik mertua. Amanda dan makcik itu, atau namanya Reena Charryz. Panggil saje makcik Reena. Dia sangat sporting. I admit that.

Jantung aku mula berdegup lebih laju apabila makcik Reena dan Amanda sedang melangkah ke arah aku. Argh. Aku rase nak lari masuk hutan balik!

"Idham. Jom makan tengah hari. Ala jangan lah malu malu pulak. Ni pun rumah kamu tahu. Dah jom!" Lengan aku ditarik makcik Reena ke meja makan. Terhidang pelbagai masakan yang aku sendiri tak tahu namanya.

Aku duduk di kerusi bersebelahan Amanda di bahagian kiri manakala makcik Reena duduk di hadapan meja. Aku lihat hidangan yang terhidang cantik. Yang aku tahu namanya, ayam blackpepper, udang goreng tepung, daging lembu/kambing masak warne hijau. Mungkin hijau tu cili kisar. Cili petik dari pokok. Dan yang lain nampak pelik.

"Makan makan. Ha Manda, letak lauk tu dalam pinggan dia. Itu pun nak makcik ajar ke haih kamu ni kan."

Amanda tersengih. Ayam blackpepper itu dia senduk lalu letak dalam pinggan aku. Dua ketul udang masak tepung diletak dan sesuatu seperti sayur.

Aku ambil seketul ayam lalu digigit perlahan. Membulat sikit mata aku dek keenakan ayam tersebut. Lalu ayam itu hilang ditelan mulut. K aku lapar. Lagipun aku tak pernah lagi rasa ayam ape blackeu peperu.

Tangan aku sasar pada udang tu pula. Lol. Udang tu dah tak bergerak. Haha. Udang tu nampak comel sebab die warne merah jingga heol. Cumils 🌞. Tak sampai hati nak makan.

Udang tu aku patah kan dua menyebabkan dia dah tak nampak comel lalu aku makan dengan gembira.

*****

Makcik Reena menyuruh aku berehat di dalam bilik di tingkat dua. Oh lupa nak cakap. Rumah ni rumah dua tingkat warna kuning dan coklat pekat. Ade 25 pintu termasuk pintu depan belakang, pintu bilik, bilik air, dan stor. Tingkat atas terdapat beberapa balkoni yang menghadap hutan dan ada loteng.

Aku duduk di atas tilam. Ianya lebih empuk dari tilam aku tapi aku rindu tilam aku kat rumah usang aku. Dan bunyi krek pintu. Huhu. Aku rindu semua tu.

Aku baring menghadap siling. Kipas yang berputar ligat menyejukkan aku yang mula berbahang kepanasan. Almaklumlah belum mandi. Bau pun dah macam nakharom.

Kepala aku pusing ke kiri. Aku bangun menuju ke balkoni. Pintu gelangsar yang tertutup aku tarik membuatkan angin menderu masuk. Penghalang yang didirikan disitu aku pegang, mata aku memandang hutan yang memang sekian lama aku sudah duduk di dalamnya.

"Huh."

Aku mengeluh perlahan.

"Baa!" Amanda memegang bahu aku. Macam mana aku tahu ni Amanda? Yelah, takkanlah makcik Reena nak pegang bahu aku pastu diri dekat dekat kan.

"Whut?"

"Tak terkejut ke? Sakai la. Sekurang kurangnya buat buat lah terkejut ke ape ke. Jahssjdbdjshsue." Amanda memuncungkan mulutnya. Terkumat kamit berkata sesuatu yang tidak difahami.

"Haha. Kau tu dah besar, bukannye budak darjah dua eh. So behave honey." Aku memang suka panggil Amanda aku ni honey sebab dia ni ermm si comel aku. Kyaa! Aku menjerit macam perempuan.

"Ye la ala. Nak main sikit pun tak boleh." Amanda berpeluk tubuh melihat panorama yang terbentang indah. Seketika dia mengeluh perlahan. Aku dihurung rasa hairan.

"Kenapa?"

Dia pandang dan menghadap ke kiri. Menghadap aku lah.

"Tak. Aku cuma teringat kisah kita dan buku haritu. Buku yang buat kita berpisah seketika. Buku yang bongkarkan masa silam yang dah lama terkunci rapi. I donno what to say but kalau buku tu takde, kita tak akan jumpa jalan pulang ke sini. Kalau takde buku tu kau tak akan lari, aku tak akan cari kau, kau tak akan jumpe jalan keluar dan aku takkan tahu betapa dalamnya cinta kau untuk aku. So Idham... Berapa banyak perasaan sayang kau kat aku?" Dia pandang aku tak berkelip. Tangan aku diraihnya lalu digenggam. Matanya merenung dalam ke mata aku, mencari apa yang dia mahu.

"Manda. Betul ape yang kau kate. Awalnya, waktu kali pertama aku nampak kau, aku dah rasa sesuatu. Rasa yang kau memang jodoh aku. Tapi aku tak tahu. Aku ingat lagi semua kenangan kita kat rumah tu, kau merajuk dengan aku, marah dengan aku, sedih, gelak, gembira semua aku dah pernah nampak. Kau tau, aku serius sayang gila kat kau. Mungkin kalau takde kau atau kau tak muncul sebab laksa tu, maybe aku takkan keluar dari rumah tu dan aku takkan pernah kenal erti cinta. Kau yang buat aku paham semua benda tu. So, berapa dalam cinta aku kat kau? Cinta aku kat kau seperti hujung kuku."

"Hujung kuku?" Amanda angkat tangan kanannya dan jari telunjuk tangan kiri menunjuk ke jari telunjuk tangan kanan. Mukanya memaparkan riak tak percaya.

"Ye. Sebab.. Bila kita potong hujung kuku, ia akan tumbuh semula. Macam tulah cinta aku kat kau. Akan bertambah walaupun aku dah potong." Tangannya aku genggam erat. Matanya mencari kebenaran dalam mata aku. Air mata mula bergenang di tubir mata Amanda.

"Hey kenapa ni? Aku ada buat salah ke?"

Amanda geleng perlahan.

"A-aku ter-haru sa-sangat." Dia memeluk aku bagai tak nak lepas. Aku balas pelukannya erat. Lols.

"Ha buat ape tu?"

Suara makcik Reena menyentakkan aku dan Amanda. Eh eh makcik ni, bukan reti nak ketuk pintu. Walaupun ni rumah die haha.

"Err.."

"Main peluk peluk tak nak ajak makcik. Takpe." Makcik Reena berpeluk tubuh. Aku dan Amanda berpandangan sebelum berlari memeluk makcik Reena.

"Hahahahahhaha" tawa kami bertiga kedengaran ceria.

T A M A T

Masa yang dah berlalu biarkan sahaja ianya pergi, kenangan silam jangan pula dilupa. Bahagia itu bukan untuk si dia yang bertuah namun untuk semua manusia di muka bumi ini walaupun dia berada di mana sekalipun. Even a sinner pun nak bahagia, kan?

×××

Okay. Ayat atas pelik. Aku tengah rush ni haha. Aku buat cookies. Eh bukan aku tapi mak aku. Aku tolong tengok and makan je haha. Walaupun hangus beberapa kali (haha) biskut tu tetap sedap.

JADI BERAKHIRLAH SUDAH KISAH IDHAM DAN AMANDA YANG MENGARUT TAHAP HARIMAU BERTELUR. JADI TATA~ SAYONARA.

Your Love,

TheHakXnn / Farisha

*bow*

𝑰𝒅𝒉𝒂𝒎 | √Where stories live. Discover now