| 2 |

148 28 13
                                    


Aku bangun pagi dengan satu nguapan panjang.

" ermm.. Malasnya nak bangun. " aku menggaru belakang tengkuk.

Mata pun nak tak nak je terbuka. Tapi nak buat macam mane. Aku bangun dari tilam empuk dengan hasrat mahu mandi.

" aku kena kuat nak lawan godaan syaitan bantal. Hiarghh! Otomen Tiga! " sempat aku mewrestling bantal tu dua round.

Aku berjalan longlai macam orang tak minum milo ke arah bilik air. Oh, bilik air aku ni kan. Kat luar pastu siap ada perigi lagi tau. Pft. Kuno yang amat.

" Takpe.. Kitkat kan ade.. "

Masalahnya, kitkat tak ada.. Huhu.

" jangan risau, err.. cadbury kan ade.. "

Bengal.. Mane nak carik Cadbury dalam hutan belantara? Lain lah kalau alien dari planet marikh yang warna ungu tu bagi kat aku.

*****

Aku mengelap rambut yang sedikit basah sambil kaki berjalan ke dapur. Nak makan sarapan! Uyay!

Aku melilaukan mata. Lebihan daging rusa semalam aku ambil dan letak siap siap atas meja 'bedah'.

Apa aku nak masak eh harini? Semalam dah masak ala barat. Harini masak ala timur la.

Timur? Yusuf Tayoob~

*****

Aku baring dengan selesa di atas kerusi kayu. Aku makan daging masak daun dengan selera. Hehe.. Daun bukan sebarang daun. Ianya daun kaduk.. Eh, bukan. Emm.. Daun.. Daun la..

Seusai menikmati makan siang atau kata orang putihnya, brekfest. Jangan persoalkan betapa tingginya IQ seorang serigala jadian. Heh!

Aku berjalan keluar rumah tanpa mengunci pintu. Nak buat ape kunci pintu, bukan ada perompak pon. Mf.

Aku memandang ke hadapan.

" nak pergi arah mana eh? Semalam dah pergi barat daya.. Jadii, emm.. Ha! Utara! "

Kaki aku melangkah ke arah tenggara.

Tangan aku kibas kedepan kebelakang sambil berjalan santai. Aku pandang bawah..

" eh.. Ada batu. " aku sepak batu tu dengan kelajuan cahaya. Pergh hiperbola gila.

Aku sepak banyak kali batu yang sama. Tanpa memandang ke arah batu itu. Aku ada mata spare kat lutut tau. Hahahahahahaha!

Pak!

Aku pandang kaki aku. Pandang depan sikit nampak bontot harimau. Jap, jangan kata aku ter sepak bontot rimau tu.

Grr..

Aku sudah kecut usus. Mak! Ni mesti harimau semalam yang serang hendap aku tu kan. Tak gune!

" anggap saja sepakan padu di bontot kau tu sebagai balasan kau serang hendap aku semalam, haiwan berbelang! " usai kata kata itu meluncur keluar, aku buka langkah seribu.

Mata aku pandang kiri kanan nak cari pokok untuk dipanjat.

Ha, tu!

" jap, tu pokok durian. "

Tu!

" pokok ciku.. Ha, tu pokok manggis. "

Aku mempercepatkan lagi larian.

Aku panjat pokok manggis itu dengan gaya spider man.

" fuh~ " aku melepaskan keluhan lega setelah mendapati aku dah panjat pokok ni sampai dahan yang ke sepuluh.

Aku pandang bawah.

Grr.. Harimau tu datang.

Lambat betul harimau ni jalan.. Dia joging ke ape tadi..

" hoi, rimau! Asal kau kejar aku ha? Eii, menyesal aku pilih utara tadi. Patutnya aku pilih barat laut. "

Aku baling sebiji manggis yang berada di tangan. Macam mana boleh ada kat tangan aku? Aku petik la. Aduhai lembap nye la.

Puk!

Manggis itu betul betul jatuh atas kepala harimau tu dan mendarat di atas tanah dengan selamat. Aku menitiskan air mata halimunan.

" tak ku sangka.. Aku dah berjaya mengajar anak manggis itu cara cara terbang yang betul.. *snif* "

Skret! Grr! Roar!

Skret- rimau tu cakar kulit pokok. Dan pokok pon menitiskan air mata kerana badannya yang sebelum ini cantik tanpa sebarang cela telah ada parut.-

Aku pandang lagi harimau tu.

" fikir Idham.. Fikir.. Macam mana nak lepaskan diri dari harimau tu. " aku mula berangan menaiki pegasus lalu merentasi awan dan menemui kaum pegasus yang lain serta bla bla bla..

- satu jam kemudian -
Suara latar cerita Spongebob.

" yay! Akhirnya aku kawin dengan pegasus! Ini adalah happy ending.. Sob sob. "

Aku cuba nak turun dengan perlahan lahan tanpa sebarang bunyi setelah memastikan harimau tu telah tidur dengan lena.

Aku melompat sedikit.

Yay! Aku berjaya!

Cepat cepat aku lari dari tempat itu.

*****

Aku masuk rumah melalui pintu yang terbuka luas dengan senyuman. Akhirnya baru aku tahu, harimau tu bukan lawan aku.

Lalalalala~

Aku pergi ke belakang rumah. Nak tengok tulang yang aku tanam semalam. Kot kot dah bercambah ke.

" mane papan tanda tu? "

Aku tengok kiri kanan, depan belakang. Ha tu dia! Kat timur laut.

Aku jalan mendekati papan tanda tu.

Mana ada orang tanam tulang rusa yang dibakar kat sini

Aku baca perlahan lahan.

" mana ada orang tanam kat sini. Dah tu kat mana tulang rusa aku eh.. "

Setelah lima minit terbuang mencari timbusan tulang tu, aku pon give up. Malas dah nak cari.

Aku masuk ke dalam rumah semula menuju ke arah tilam aku.

Aik. Ape benda yang warna hitam ni. Main sedap je tidur atas tilam kapas aku!

Setelah diteliti, baru aku perasan yang 'benda warna hitam' ni sebenarnya manusia!

Jap, aku konfius.

●•●•●•●•●•●•●

Siapa atau apa benda warna hitam tu? Ye, taula manusia tapi siape?

Nantiakan!

.
.
.
.
.
.
Tbc~♡

𝑰𝒅𝒉𝒂𝒎 | √Where stories live. Discover now