| 17 |

52 18 0
                                    


Aku meredah semak dengan membawa selonggok kayu api di belakang badan. Untuk buat kayu api.

Waktu aku tunduk tu mata aku tertancap pada seketul batu.

"Wah batu!"

Aku teruja bukan ape. Hek hek. Teruja ni sebab bentuk batu tu lain tau. Bentuk die mcm 💎 tapi warna hitam cair. Macam kelabu ke hitaman macam tu.

Aku bersihkan tanah tanah yang melekat. Tinggal kotor kotor sikit jadi aku buat keputusan nak basuh batu tu. Sungai dekat je.

Satu , dua , tiga langkah ..

Aku dapat lihat wajah aku yang kekusaman. Mesti sebab tak gune Garnier Men. Baik gune tester Rania Gold dekat Watson lagi bagus. Batu tu aku letak di tepi. Air aku tadah guna tapak tangan sebelum diratakan di muka. Segar sikit.

Udara malam aku hirup perlahan. Batu tu capai lalu di celup dalam air. Aku gosok sedikit.

Cwing Cwing ..

Cahaya memancar dari dalam air. Ianya datang dari batu tu! Aku angkat dan lihat ke dalam batu itu melalui cahaya bulan yang terang.

Bum!

Satu peristiwa melintas di kepala. Tanpa sengaja aku terlepas batu itu.

Tangan aku mula menggeletar. Aku terduduk di atas tanah.

Tak mungkin. Ape yang aku nampak tadi tu? Betul ke tu yang berlaku? Oh tuhan.. Adakah itu adalah memori lama aku?

Tak mungkin tu memori aku yang hilang.

_______________________________________

Seorang kanak kanak lelaki berdiri di hadapan pintu sebuah rumah. Ianya kelihatan agak usang. Dibelakangnya terdapat seorang kanak kanak perempuan dan dua orang dewasa berlainan jantina. Perempuan dewasa dan lelaki dewasa.

Kanak kanak lelaki itu kelihatan ceria dengan gula gula lolipop di tangan. Kadang dia menjilat dan tersenyum riang. Kanak kanak perempuan itu pun tertawa kecil.

Perempuan dewasa itu memandang sayu kanak kanak lelaki itu. Lelaki di sampingnya seakan memahami; menepuk lembut bahu perempuan itu.

"It's okay. Nothing will happen, dear. All gonna be fine with Mary"

Krek.. Bunyi pintu terbuka mengambil perhatian kanak kanak lelaki dan perempuan serta perempuan dan lelaki dewasa itu.

Terjengul susuk tubuh seorang wanita yang kira kira berusia lewat 50-an berdiri di muka pintu.

"Kamu? Silakan masuk"

Mereka melangkah masuk. Ruang dalam rumah itu dihias dengan perkakas klasik zaman abad ke-5.

"Duduk"

Perempuan dan lelaki dewasa itu melabuhkan duduk di kerusi yang sama, dimana terdapat dua kerusi yang bercantum bersama. Kanak kanak lelaki dan perempuan itu pula berlegar di sekeliling memerhatikan hiasan di dinding dan terkadang beralih ke almari besar yang menempatkan perhiasan kaca. Dua budak itu kelihatan riang bermain.

"Itu ke budaknya?"

Bibir tua Mary memuncung ke arah si kanak lelaki.

"Ya"

Mary terangguk angguk.

"Mari sini De. Kita dah nak balik" perempuan dewasa itu memanggil kanak kanak perempuan itu.

"Am mari. Kita nak balik dah" kata De.

"Jom!" Am memimpin tangan De.

"Aip. Am dengan De mari sini. Nak gula gula tak?" tawar wanita tua itu. Ditangannya terdapat gula gula berbentuk lolipop.

"Nak!" pantas sahaja De dan Am menghampiri Mary. Tangan kecil mereka menggenggam lolipop.

Seperti budak kecil yang lain, dapat sahaja gula gula itu. Terus dibuang plastik dan dimasukkan ke dalam mulut. Rasanya manis dan ..

Am dan De terjatuh lalu terbaring di atas lantai. Rupanya terdapat ubat tidur di dalam gula gula itu!

De didukung pulang oleh perempuan dan lelaki dewasa itu manakala Am, Mary membawanya masuk dan dibaringkan dalam kamar lalu pintunya dikunci. Mary harus cepat menyediakan ramuan dan bahan untuk menjadikan Am seekor serigala jadian.

Beberapa jam berlalu

Am terbangun. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di atas tilam kapas di dalam sebuah rumah usang. Dia terkejut lalu menangis.

"Huwaaa"

_______________________________________

Aku menangis. Ianya bukanlah salah seorang Amanda. Ini salah ibu bapa gadis itu sendiri. Aku kian dihurung rasa bersalah.

"Aku nak balik"

Aku berdiri dan menepuk permukaan seluar yang dikotori debu tanah.

*****

Tbc~ ♡

𝑰𝒅𝒉𝒂𝒎 | √Where stories live. Discover now