| 10 |

74 21 4
                                    


" Idham idham idhammmmmm! "

" Amanda amanda amandaaaaa! "

Nama yang dialunkan dengan irama lagu hindustan amat menggembirakan hati Amanda.

Aku pun sama jugak.

Tak pernah pernah aku buat benda ni.

Bila dah buat best pulak.

Ni semua Amanda punya cadangan lah ni. Haih budak ni.

Aku berpusing pusing bagai atlet ballerina.

Amanda yang berlari larian anak itik melompat dua kali disetiap lima langkah.

Whao aku kira siut!

" Idham! Kuch Kuch Hotak Kau! Haha! "

Kuch Kuch Hotak Kau? Kipala die lah.

" ape kau merepek duh Amanda! "

Amanda tersengih.

" kuno gile kau ni, Id. Haih. "

Aku buat muka.

" alah. Kau pun kuno eh. "

" asal pulak? "

" sebab muka kau macam orang utan. Hahahahahaha! "

Gelak aku tu serupa orang yang menjerit dekat mikrofon.

Haha. Yang tau je tau kan.

Amanda berlari mendekati aku.

Bila jarak yang jauh sudah semakin dekat, Amanda melompat menerkam aku yang terkekek ketawa.

Terkejut nak mati aku bila aku nampak dia terbang ke arah aku. Terbang macam superman. Serius weh.

Kelepuk!.. Bunyi jatuh yang pelik.

Aku terbaring di tanah sementara Amanda duduk di atas badan aku.

Haih. Kalau ringan takpelah jugak. Ni sampai aku susah nak bernafas.

" sana weh. Kau nak aku mati ke. Kau tu dahlah berat. "

Amanda mencubit badan aku.

" Adeh! Sakit siut. "

" kata aku gemuk lagi. "

Amanda menjeling tajam.

Pergh, terputus leher aku sebab jelingan dia tu. Haha. Ok gurau.

" haha. Yelah. Bangun pliss. "

Amanda menggeleng.

Dia mengambil daun di tepi dan letak di atas muka aku.

" apa yang kau buat ni, Amanda? "

Amanda meletak jarinya di atas bibir aku. Menyuruh aku mendiamkan diri.

Okay aku diam. Tangan aku depa.

Aku hanya memerhatikan gerak geri Amanda.

Dia mengambil daun daun hijau dan letaknya di atas muka aku. Diratakan hingga hampir menutupi keseluruhan wajah.

Agak rimas sebenarnya.

Jadi aku tiup daun tu.

" ape ni.. "

Amanda kembali mengambil daun yang berterbangan.

" jangan tiup. "

Aku tiup.

" aku kate jangan kan.. "

Tiup lagi. Tapi kalini aku goyang goyang kepala sampai semua daun tu jatuh.

Muka Amanda memang dah fedup habis.

" susah betul lah kau ni nak dengar cakap aku. "

" nak main sikit pun tak boleh. "

Amanda bangun dari duduknya.

Aku pula duduk bersila di atas rumput.

Amanda yang mahu melangkah terhenti apabila aku menggapai tangannya.

" apa. "

Nada dingin Amanda merentap hati.

Sememangnya aku ni jenis yang mudah rasa bersalah.

Aku tarik tangannya kuat. Sehingga dia terjatuh persis kelapa tua yang menhentam kepala menggali malang ke riba aku.

Amanda cuba bangun namun aku memeluknya erat.

Dagu aku rehatkan di bahunya.

" lepas lah siut. "

Amanda menggoyangkan badannya.

Aku melepaskan Amanda.

Pantas dia bangun.

" aku pergi dulu lah. "

Amanda terus berlari ke arah rumah usang yang kami diami.

Dekat je okeh.

Aku tak tahu lah kenapa tapi kalau aku dekat dengan Amanda nanti aku rasa sesuatu.

Apa sesuatu tu?

•••••

Hi! Lol. Sis tau part ni sweet.

Ahh.. I can imagine tht Idham look like wht.

Tht scene when Amanda is sitting on Idham.

Memang ... Lol wey ♥

.
.
.
.
.
.

Tbc~

𝑰𝒅𝒉𝒂𝒎 | √Where stories live. Discover now