∆ The Mama Special ∆
"Papa." Ilham mengalihkan pandangan daripada screen ipad memandang kearah gerangan yang menegurnya."Yes?" Dia memandang wajah anak sulungnya yang handsome seperti dia. (wekk)
"Aidan nak balik Pahang kejap ni, nak lawat atuk."
"Hmm?"
"Boleh tak ?" Soal Aidan meminta kebenaran.
Nak keluar kan, kena minta restu mak ayah. Nanti jadi apa tengah jalan, susah. Redha mak ayah penting, baru Allah redha.
"Pergi jela. Papa pun dah lama jugak tak balik sana. Ingatkan sambut puasa ni nak balik sana." Ilham menjatuhkan ipad pada ribanya.
Tiba-tiba rindu pada ayah mertua pula. Walaupun jarak KL dengan Pahang hanya lebih kurang dua jam, tapi tuntutan kerja menjadikan dia serba tak sempat. Dapat berehat waktu hujung minggu pun ala kadar je.
Ini sekarang tengah kena semak email lagi. Makin tua, makin sibuk pulak. Ilham kalau boleh dia taknak naik pangkat lebih lagi. 3 kali dia dinaikkan pangkat, mujur saja tak ditukarkan ke cawangan lain. Itu sebab boss sayangkan dia.
Tapi bila jawatan semakin besar, semakin bertambah sibuk hari-hari dia. Waktu bekerja melebihi masa untuk berehat. Itulah hipotesis nya. Nak pencen, lambat lagi. Sekarang baru 45.
Nasib baik saja Isteri dan anak-anak memahami. Mereka nak melancong sekeluarga pun perlu susun tarikh betul-betul. Supaya semua dapat join. Tapi kalau aktiviti melancong dengan keluarga, Ilham akan pastikan mereka ada masa walaupun setahun sekali.
Setahun sekali pun setahun sekalilah. Bukan tak mampu dari segi belanja, tapi tak mampu dari segi masa. Kaya duit, miskin masa huhu.
"Okay, Aidan gerak dulu." Aidan mula bangun dan tunduk cium tangan Ilham.
"Hmm, kirim salam papa dekat atuk."
"InsyaAllah.
"Ni siapa lagi ikut Aidan ? Ke pergi sorang ?" Soal Ilham.
"Sorang kut, yang lain batang hidung pun tak nampak."
"Yelah, hati-hati drive."
Selepas berpamitan, Aidan bergerak ke pintu utama rumah. Enjin kereta sudah dipanaskan sejak tadi.
"Abang long !" Jerit seseorang membantutkan langkah Aidan yang ingin ke rak kasut.
"Kenapa ?"
"Abang long nak balik Pahang ke ?" Soal Ayra.
"Ha'ah." Nak ikut lah tu.
"Nak ikuttt." Ayra sudah masuk mood merengek dia. Sampai hati abang long nak pulang kampung tak bagitahu.
"Abang nak gerak dah." Jawab Aidan melirik pada kereta honda civic sportnya yang sudah bersedia.
"Alaa kenapa semalam tak kasi tahu nak balik kampung. Abang saja tak nak bawak kan." Ayra memuncung. Dia hentak-hentak kaki dengan perangai abang long ni. Suka tak bagitahu kita !
"I give you five minutes, kalau takde dalam kereta lepas 5 minit abang tinggal."
Dengan pantas kilat Ayra berlari naik atas. Dia dah mandi okay. Cuma nak ambil barang-barang dan baju sikit.
Iman yang duduk bersama Amni di taman tergeleng melihat perangai anak-anak nya. Selalu macam tu.
"Kenapa tu Aidan ?" Soalnya.
"Hmm nak ikut lah ma." Jawab Aidan sambil menapak ke arah mama dan adik keciknya yang elok bersantai di gazebo laman rumah.
"Semalam mama terlupa bagitahu dorang yang Aidan nak balik Pahang harini. Masing-masing pun sibuk nak keluar tengok movie sangat."
YOU ARE READING
The Mama [Special]✅
Short StoryA really short sequel khas untuk semua pembaca The Mama ! Dalam The Mama Special akan diceritakan tentang kehidupan pasangan Adaya Imani dan Ilham Nazariel di usia 'tua' mereka. Para pembaca setia juga akan turut dibawa kenal dengan:- Aidan yang...