BAB 10

22.4K 911 45
                                    

The Mama Special ∆


Ayra merenung lama kepada pesanan ringkas yang dihantar oleh seseorang. Hati semakin sangsi melihat kepada nama pemilik nombor asing itu.

Mana dia dapat no aku ni ?!

Ayra mengeluh buat kesekian kali. Sudah setengah jam rasanya dia cuma duduk dan merenung pesanan melalui iM itu tanpa berbuat apa apa. Tidak pasti sama ada dia perlu marah atau apa terhadap si pengirim. Namun Ayra tidak tahu siapa yang berani-berani kongsi nombor telefonnya kepada...

Seseorang yang dia tidak mahu. Haih

"Harraz Rifqi.." Sepotong nama meniti perlahan di bibir Ayra. Namun malang,

"Hah? Siapa? Hakiki?? Amboi sapetu boyfriend baru eeehh" Sergah Adrell dengan suara yang kuat. Rasanya sampai ke tingkat tiga rumah itu pun boleh dengar dengan jelas butir bicara Adrell.

"Ish diamlah!" Berkerut-kerut muka si kakak rambut kerinting memarahi adik sewelnya yang satu ini. Disambut dengan hilaian tawa Adrell yang maha kuat.

Kakak Ayra sepertinya telah tertangkap angau. Sepantas kilat Adrell bertindak balas menyambut cekap kusyen yang dibaling Ayra kepadanya dalam menghabiskan sisa tawa.

"Ooh, dah pandai ada boyfriend sekarang eaa. Maju dah kakak aku." Usik Adrell belum puas.

Kalau benar kakaknya ada kekasih hati, itu sesuatu yang ajaib. Tidak pernah ada lelaki gila yang mahukan kakaknya kerana Ayra sangat dikenali dengan perwatakannya yang garang seperti singa betina. Sehinggakan leopard juga takut jika terserempak dengan kakak Ayra.

"Suara tu kuat-kuat nak biar uncle Chong dengar jugak ke ha?" Ayra menjegil mata dengan perangai Adrell yang tak semengah. Suara mengalahkan pembesar suara masjid bukan setakat semua orang dalam rumah boleh dengar, jiran pun dengar kalau macam ni.

Adrell yang memakai baju melayu dipadankan dengan kain pelikat santai mengalih siaran televisyen sambil menjelir lidah pada si kakak. Dia baru pulang berterawih di masjid berdekatan. Rumah itu masih sunyi kerana orang lain belum sampai dari masjid. Adrell, naik moto jadi dia lah yang paling awal dan cepat sampai.

Orang lain mungkin masih melantak moreh atau dalam perjalanan pulang. Lagipun kalau tak kecoh memang tak sah rumah ini, uncle Chong pun tahu ape kan? Encik Ilham ramai anak loo haha.

"Boyfriend siapa?" Tegur satu suara garau yang sedang berjalan menyertai anak-anak di ruang tamu. Suara kuat Adrell dengar sampai ke luar rumah sana.

Serentak itu Ayra dan Adrell memandang kepada papa yang sedang berjalan santai ke arah mereka. Dibelakangnya diikuti dengan yang lain. Ayra gugup, pandangan mencerlung serta merta diberikan kepada Adrell yang masih selamba badak. Getar hatinya melihat wajah serius Ilham.

Papanya bukan dapat diduga kerana suka benar membesarkan perkara yang kecil. Ini semua salah Adrell !

"Boyfriend apa pulak pa? Mana ada." Balas Ayra menutup gugup.

Ilham melabuhkan punggung kemudian mereka disertai dengan Aidan, Ammara dan Aiden. Iman meneruskan langkah memanjat tangga ke atas sambil mengendong tubuh Amni yang sudah tertidur.

"Kakak ada boyfriend ke?" Semua mata di ruang tamu kini tertumpu pada Ayra setelah mendengar soalan pura-pura tanya Aidan.

"Bila masa kakak ada boyfriend nya. Takdelah." Nafi Ayra. Dalam hati sudah pelbagai sumpah seranah keluar buat Adrell yang bermulut celupar.

"Lepastu tadi yang papa dengar rancak dok boyfriend boyfriend tu apa?" Ilham kembali bersuara dengan pandangan yang dipusatkan pada dada televisyen yang menayangkan rancangan sukan.

The Mama [Special]✅Where stories live. Discover now