BAB 1

29.7K 1.2K 82
                                    

∆ The Mama Special ∆

"Adrell !"

Kuat kedengaran suara gadis menjerit dari arah dapur. Bergegar dibuatnya rumah agam tersebut. Semua penghuni rumah yang sedang melakukan aktiviti masing-masing terhenti dan berpandangan sesama sendiri.

Hanya seorang sahaja yang ketawa mengekek. Dia berlari laju naik ke tingkat atas. Al maklumkah kaki panjang, orangnya pun tinggi macam galah.

Si ibu berjalan terkocoh menuju dapur. Mahu dilihat anak daranya yang tiba-tiba menjerit.

"Ayra, kenapa ni?" Lembut Iman menyoal.

Ya, meski sudah meningkat usia, Mama aka Adaya Imani tetap berperwatakan sama.

Seorang ibu yang lembut, penyayang, periang dan disayangi semua terutama oleh si bapa.

"Mama.. Adrell tuu, dia tutup lampu masa kakak dalam toilet." Rengek Ayra sampai memuncung mulut.

Didakap tubuh mamanya persis seorang anak kecil. Padahal kini dia sudah meningkat dewasa. Masih ingat Nur Ayra yang dulu digelar budak maggi ? Rambut kembang dengan cumi anti jongang ?

Kini Ayra sudah dewasa. Membesar dengan cantik menjadi seorang anak dara dan gadis cilik. Dia sudah berusia 21 tahun. Menuntut di sebuah kolej swasta di tanah air dalam bidang undang-undang.

Ya, budak maggi tu nak jadi lawyer okay. Kini Ayra seorang gadis jelita, berkulit putih gebu kemerahan. Cuma kalau dulu dia anak perempuan tunggal, kini dia bukan lagi puteri tunggal.

Walaupun dia kerap juga bermusuhan dengan Adrell dan Aiden, tetapi ada kalanya mereka sayang menyayangi. Biasalah dalam meningkat dewasa. Tambah lagi lelaki, sifat mengusik tu memang tak boleh lari. Selagi tak menangis atau menjerit, srlagi itu tak puas. 

"Alah kakak bukan tak tahu, Adrell kan memang macam tu. Buat tak tahu je, nanti dia penat dia stop lah." Pujuk Iman menggosok belakang anak daranya itu.

Biasalah anak-anak dia ini kalau bab bergaduh, menjerit, menangis, melalak serahkan pada mereka. Terutama Ayra, Adrell dan Aiden.

Aidan semestinya tidak. Dia lebih banyak berdiam tapi ada lah jugak mengusik sikit sikit. Dia sampai sekarang cool je memanjang. Dengan wajah yang kacak, tubuh badan tegap dan tinggi lampai, kulit putih dia persis seorang hero drama melayu.

Dulu ketika menuntut pengajian di UK, ramai gadis yang ingin masuk jarum sampailah sekarang. Tetapi ditolaknya dengan baik. Katanya belum tiba masa, suatu hari kalau berjodoh, pasti berjumpa juga. Sekarang Aidan sudah 25 tahun dan juga baru memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek.

Tak dinafikan, Aidan sebijik macam Ilham. Copy paste sangat. Buktinya sekarang Aidan mengikut jejak langkah papa dia, iaitu seorang arkitek muda. Cuma perangai tu tak copy paste.

Kalau Ilham dulu mamat romeo, muka playboy, gedik-gedik semua. Aidan tidak, dia seorang yang pendiam, malu sikit dan tak banyak bercakap dengan perempuan kecuali mama dan Ayra. Dan tak dilupakan juga, adik kecik dia. Bukan Aiden, tapi adik manja dia, princess dia semualah.

Paling penting, Aidan selamanya cucu atuk. Keakraban dia dengan Encik Bakar selalu menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan adik-adiknya yang lain. Namun Aidan tidak kisah, atuk sampai kini bagaikan rakan karibnya.

The Mama [Special]✅Where stories live. Discover now