∆ The Mama Special ∆
"Ad, jangan dibuang kulit rambutan dalam sungai tu." Marah Ayra melihat adiknya buat perangai seperti itu.
Apa tidak ada sivikkah ? Atau tak cukup ? Suka sangat buang sampah merata-rata. Tapi kalau orang tinggalkan sampah dalam kereta dia tahu nak marah. Sayang kereta. Tapi tak sayang alam huh.
"Alah nanti air bawa dia pergi kat tempat lain lah." Balas Adrell malas. Kakaknya memang suka membebel pun. Malas nak layan.
"Masih dan akan selamanya menjadi penyumbang pencemaran air. Kau pergi turun kutip sekarang." Ayra dah mula mood mengarah.
Mereka sedang bersantai di gazebo tepi sungai rumah Encik Bakar sambil makan rambutan dari pokok belakang rumah. Kalau bagi pada mereka, buah satu pokok pun boleh settle. Memang hantu buah.
"Ishh, kecoh !" Mahu tak mahu, Adrell turun dari gazebo dan menyinsing kaki seluar sampai menyerlahkan betisnya.
Ayra mencebik.
Perlahan-lahan Adrell menapak turun dan masuk ke dalam sungai jernih itu. Sungai ni cetek je, sampai ke peha aras airnya. Kemudian Adrell tunduk kutip beberapa kukit rambutan di tepi-tepi sungai. Kulit rambutan sekalian tu sebenarnya melekat pada batu batu di tepi tebing sungai. Nasib baik belum jalan dibawa air.
Dikutip kulit-kulit rambutan tersebut dan menapak naik ke atas semula.
Ayra memandang sekeliling laman rumah. Suka sangat hirup udara segar di kampung pagi-pagi macam ni. Sejuk pula tu walaupun matahari dah semakin memanjat naik.
Terlihat abang long sedang berdiri sambil bercakap melalui telefon. Cakap dengan Amni la tu. Haha, sian dak kecik tu kena tinggal.
Aiden pun sejak semalam asyik spam whatsapp kepadanya. Marah betul sebab tinggal dia. Awal-awalnya Ayra layankan sahaja. Namun selepas Aiden semakin 'menggila'. Dia bluetickkan saja. Malas.
Sorry Aiden haha.
Kemudian pandangannya tertancap pada kelibat atuk yang sedang bersembang rancak dengan seorang pakcik. Umurnya mungkin sebaya dengan atuk atau mungkin lebih muda.
Rasanya pakcik tersebut merupakan guest di resort ini kerana guest house di hujung itu nampak penuh benar. Kereta dihalaman pun bersusun semacam. Memang sah.
"ATUK, macam mana nak kait buah ni?" Soal Adrell. Berkerut mukanya memandang ke atas pokok.
Air liur ditelan kesat. Sedapnya buah mangga tu. Uiiii
"Guna galah tu haa. Ambil dalam stor." Laung Encik Bakar.
Dia yang masih bersembang dengan salah seorang tetamu resort mereka hanya ketawa. Sedari tadi mereka bersembang. Sampai sudah buat kawan.
"Tu cucu saya." Maklumnya.
"Segak macam atuk dia jugak." Sahut rakan baru Encik Bakar tadi, Osman.
Mereka sekeluarga dari Kedah. Saja datang bercuti merehatkan minda.
"Atuk, kenapa Ad buat tak dapat satu pun." Laung Adrell. Galah panjang tadi disandar pada batang pokok mangga. Geram betul.
Encik Bakar dengan ketawa kecil terus bangun mendekati cucunya seorang itu.
Haih macam-macam
×××××
Malamnya, Aidan ikut atuk ke surau berdekatan untuk solat berjemaah. Adrell pula diarahkan duduk di rumah teman Ayra yang 'cuti'. Takkan nak tinggal seorang pula kan.
YOU ARE READING
The Mama [Special]✅
Cerita PendekA really short sequel khas untuk semua pembaca The Mama ! Dalam The Mama Special akan diceritakan tentang kehidupan pasangan Adaya Imani dan Ilham Nazariel di usia 'tua' mereka. Para pembaca setia juga akan turut dibawa kenal dengan:- Aidan yang...