BAB 5

23K 933 74
                                    

∆ The Mama Special ∆


"PAPA." Amni menegur riang. Dia kemudian memanjat sofa dan naik ke atas riba Ilham.

"Iyaa, princess." Sahut Ilham. Dia membelai rambut lurus sepras bahu milik Amni.

Rambut lurus warna keperangan, sebijik macam mama dia. Desis Ilham dalam hati.

"Ni cantik-cantik ni nak ke mana?" Soal Ilham. Dia meneliti pakaian yang tersarung pada tubuh kecil Amni. Dengan gaun semua.

"Tak pergi memana." Jawab Amni dengan nada cute sambil badannya disandarkan pada dada Ilham.

Ilham tersengih, dicium tepi kepala Amni. Macam mana lah orang tak geram dengan dia. Suka sangat jadi comel, tak tahan tau. Rasa macam nak gomol pipi gebu tu. Copy paste mama sangat ni.

Dalam mereka bersembang kecil. Obviously, Ilham melayan segala pertanyaan oleh si kecil itu lah. Pok pek, pok pek mulut tu macam bertih jagung. Ilham panggung kepala apabila perasan Iman yang melintasi mereka, diikuti dengan para pengikutnya bermula dari Aidan, Ayra, Adrell dan Aiden. Ikut turutan ye.

Ilham pandang pelik. Tetiba angkut geng apesal. Nak gaduh ? Hahaha sakai.

Tak, dia hairan lah. Tiba-tiba semua datang. Sudahlah SEMUA. Dengan maknya dan anak-anaknya.

"Apa pandang ?" Soal Iman apabila Ilham asyik memandangnya.

Ilham tersentak. Amboi bini dia ni. Lagak gengster tanya kita camtu. "Takdek apa."

"Ha Aidan, sini." Panggil Iman. Aidan yang baru beberapa ketika main fon, bergerak duduk di sebelah mama. Fon ditutup.

"Yaa ma ?"

"Okay, since everybody are here-"

Amboi speaking cikyah bini aku. Desis Ilham sendiri. Dipandang je wajah Iman yang jelas teruja ingin menutur katanya.

"Mama nak bincang tentang rombongan kita nanti." Ujar Iman.

Walau dengan memikirkan hari yang bakal tiba itu nanti, sudah membuat Iman tergedik suka. Akhirnya salah satu impiannya bakal menjadi kenyataan. Syukur Allah masih beri dia peluang untuk hidup sampai ke hari ini.

"Rombongan apa pulak ni mama ? Rombongan cik kiah ke ?" Dengan penuh bengong, Aiden bertanya.

Muka dia memang betul-betul lost ketika itu. Tidak langsung memahami isi yang tersirat di dalam ayat sang ibu.

"Rombongan cik kiah apa bendanya ? Aiden ni." Iman sudah berkerut dahi memandang wajah si anak lelaki dihadapannya.

"Dah tu mama cakap rombongan. Macam rombongan sekolah je." Kata Aiden lewa.

Ahli keluarga yang lain sudah berdecit geram. Kenapalah si Aiden ni blur dan lembab ? Tidak semena, dia mendapat 'habuan' di kepala.

Aiden merenung tajam wajah abangnya disebelah. Adrell hanya buat selamba sambil bawa kembali kusyen kecil ke dalam pelukannya. Kusyen kecil itu lah yang selamat hinggap di kepala Aiden tadi. Geram sangat.

"Rombongan sekolah apanya, ni kita nak pergi rombongan meminang !" Aiden tersengih-sengih selepas mendengar penjelasan Iman. Tepi kepalanya digaru sedikit.

The Mama [Special]✅Where stories live. Discover now