BAB 11-final

21.3K 817 26
                                    

Pagi segar menyambung malam yang telah melabuhkan tirainya, gema takbir raya indah kedengaran menambah syahdu dihati. Hari kemenangan buat semua umat Islam sudah tiba setelah sebulan berpuasa. 

Di kediaman kampung milik Encik Bakar kedengaran riuh dan ceria pagi itu. Ilham sekeluarga pulang menyambut hari raya di Pekan,Pahang seperti tahun-tahun sebelumnya. Cuma tahun ini mereka menyambut hari raya dengan kehadiran seorang ahli baru.

"Kakak! Tolong ikatkan sampin orang." Pekik Adrell sambil berjalan dari biliknya ke bilik yang dihuni Ayra.

"Pergilah minta tolong orang lain, sibuk ni"

Sepasang baju kurung gaya moden dengan sentuhan daripada Alia Bastamam pada tubuh dikemaskan. Kemudian giliran selendang berwarna putih krim dililitkan menambah seri pada wajah yang disolek nipis. Tudung kaum hawa yang sudah siap diseterika ini lah yang menjadi isu perdebatan hebat di laman twitter.

 Ayra tergelak kecil mengingatkannya. Bagi Ayra, isu tudung itu hanya merupakan perkara yang remeh. Tidak sangka sampai dapat buat forum kalau di laman twitter. Bibir mungil sambung bernyanyi kecil lagu raya menambah ceria pagi raya. Kekecohan Adrell diluar pintu bilik Ayra buat tidak endah. 

Setelah memastikan penampilannya cukup sempurna serba serbi, Ayra melankah keluar dari kamar. Dilihat Adrell yang sedang berjalan kehulu-kehilir dengan sampin yang belum diikat. Aiden pula tengah kusyuk dengan telefon ditangan. Mungkin sibuk ucap selamat hari raya pada awek. Euw

"Sini Adrell." Panggil Ayra.

Sehelai sampin berwarna krim mula dilipat kemudian diikat kemas dipinggang Adrell. Menjadi rutin buat Ayra untung mengikat sampin di setiap pagi raya. Untuk papa, abang Aidan, Adrell dan Aiden. Cuma tahun ini tinggal tiga orang je. Abang Aidan dah ada kakak Ammara. hehe

Dibilik Iman dan Ilham pula, si kecil Amni tak habis-habis berceloteh tentang baju rayanya sampai naik lenguh mulut Ilham menjawab 'Ye cantik' 'Ye lawa'. Mereka sekeluarga memakai baju sedondon tahun ini. Semua baby blue dipadankan dengan krim. Macam family Che Ta lah pulak. Iman pula sedang siapkan si teruna Aiden. Sibuk suruh mama yang pasangkan butang baju dia. 

Setelah semuanya siap. Keluarga itu berkumpul diruang tamu utama kediaman Encik Bakar. Sesi bersalaman dengan atuk akan dimulakan dengan Ilham kemudian diikuti dengan anak beranak yang lain. Walaupun Encik Bakar cuma mempunyai seorang anak tunggal iaitu Adaya Imani, namun keriuhan cucu-cucunya sudah cukup menggembirakan hati tuanya. 

"Aidan minta maaf atas semua kesalahan Aidan dekat atuk selama ni. Selamat hari raya maaf zahir dan batin, atuk." Sepasang tangan tua itu dicium hormat. 

Ini merupakan insan yang dia paling sayang. Insan yang sudi mencurahkan kasih sayang kepadanya sejak kecil meskipun bukan cucu kandung. Namun kerana rasa cinta, membolehkan dia membesar dengan rasa kasih dari seorang insan bernama atuk. Dan juga merupakan teman baiknya sepanjang hidup. 

Encik Bakar menyambut tubuh kekar si cucu kedalam pelukannya. Belakang tubuh itu diusap kasih.

"Selamat hari raya, abang." 

Jeda.

"Lagi?" 

" Maaf zahir dan batin." Ilham mengeratkan genggaman tangan Iman dalam tangannya. Masih menunggu ucapan selanjutnya keluar dari mulut si isteri. Namun nampaknya duk membisu disitu. Dia tenung Iman, Iman tenung dia semula.

"i love you." Tangan Ilham disalam cepat kemudian tubuh sasa dan seksi (menyempat je) Ilham dipeluk sebelum anak-anak dapat menangkap 'ucapan' hari rayanya buat Ilham. 

Ilham buat muka pelik. Out of content. Sangat random,i love you di hari raya?? haha. Selalunya orang minta maaf panjang berjela, yang dia ni tiba-tiba i love you je? Hari lain tak nak cakap, harini baru nak cakap. Eleh

The Mama [Special]✅Where stories live. Discover now