Part 1

20 2 0
                                    

'Muktamad! Keputusan daddy muktamad Vivy. I dont want to hear NO as an answer! You will marry Alvin. No matter what!.'
Suara Galvin kedengaran di segenap ruang. Vivian terduduk lesu mendengar kata-kata ayahnya. Lidahnya kelu. Ibunya Helen yang duduk di sisinya turut diam. Bila saja Galvin meninggikan suara, tiada siapa berani melawan. Bukan takut, tetapi semuanya cukup menghormati ketua keluarga ini. Bila Galvin kata ya, maka ya lah jadinya. Semua akur dengan apa sahaja yang dikatakannya.

Vivy menarik nafas panjang. Mana mungkin dia menidakkan keputusan Galvin.
"Baiklah dady. Vy setuju. Dady sama mami buat lah apa yang patut. Bahagia atau tidak, Vy terima saja jalan hidup Vy." Vivy terus berdiri dan meninggalkan Galvin dan Helen di ruang tamu. Ini semua amanat arwah nenek. Demi merapatkan hubungan keluarga nenek dengan sahabat karib nenek, dia harus berkahwin pula dengan cucu sahabat neneknya. Entah apa istimewanya keluarga tersebut, hingga arwah neneknya sanggup pula meninggalkan amanat yang melibatkan kehidupan Vivy di masa depan.

Galvin duduk di sofa. Giliran dia pula menarik nafas dalam-dalam.
"Helen. Betulkah apa yang kita buat ni. Kalau bukan amanat arwah mama tu, saya pun tidak mahu melibatkan Vivy dengan semua kegilaan ini. Bukan sahaja Vivy, tapi kita sendiri tidak kenal siapa budak tu Helen." katanya perlahan.

"Abang, kita berdoa sahaja. Semoga ini yang terbaik."
Helen cuba memberikan sokongan untuk suaminya. Meskipun dia sendiri kurang setuju.

"Hmm. Kalau macam tu, sayang kol lah Sally. Suruh ja dorang datang meminang. Kita urus sebelum Vivy ubah fikiran." kata Galvin perlahan. Ya Tuhan, semoga apa yang kami buat ni tidak salah untuk Vivy. Bisik hati kecilnya.

Di dalam bilik, Vivy termenung sendiri. Fikirannya melayang. Apa yang harus dia katakan pada Fred nanti. Mungkin mereka bukan lah pasangan kekasih. Tetapi, mereka sudab berjanji untuk menunggu satu sama lain. Mereka sudahpun mengungkapkan perasaan cinta masing2. Tetapi mereka tidak juga menjalinkan hubungan cinta seperti biasa kerana keadaan tidak mengizinkan. Fred harus menghabiskan pengajiannya di Jepun dahulu. Mereka berjanji untuk berjumpa setelah masing2 bersedia untuk menjalinkan hubungan. Sudah 2 tahun berlalu. Vivy masih setia menunggu walaupun tiada khabar berita sama sekali. Apakah mungkin dia harus melupakan Fred? Tapi bagaimana dengan janjinya? Kenapa Fred langsung tiada menyampaikan khabar berita? Adakah dia sudah dilupakan. Vivy semakin pening memikirkan Fred, lelaki yang berjaya mencuri hatinya dulu. Mereka sahabat baik ketika di sekolah. Masing menaruh perasaan terhadap satu sama lain.

"Apa patut saya buat ni. Fred, di mana kau ni. Kau tau kah saya mo kena kasi kawin sudah ni.." Vivy bercakap sendiri. Resah hatinya memikirkan perkahwinan yang bakal berlangsung.

"Eh, kau ni Vy, gila sudah ka bercakap saturang2 ni." tiba2 Sarah masuk ke bilik. Sarah, adik Vivy. Beza umur cuma 1tahun. Sarah dan Vivy sangat rapat. Kerana dari kecil sudah diajar untuk saling menyayangi.

"Sarah.. macamana ni. Saya takut."

"Vy, berdoa saja yang baik2. Mungkin sudah jodoh kau ni sama tu urang."

"Ihh. Kau ni Sarah. Jangan cakap begitu bah. Saya pun nda kenal tu urang. Ada hati mo jadi laki saya. Lagipun Sarah, macamana.. dengan c Fred. Kami kan sudah janji.."

"Sudah lah tu Vy. Nda payah lagi ko sebut nama dia tu. 2 Tahun sudah oh, dia kasi tinggal ko. Apa berita pun tiada. Ko masih mo tunggu ka dia tu. Mangkali sudah beranak bini dia di Jipun tu Vy. "

" Kau ni Sarah, cuba jangan cakap yang bukan2. Kita pun nda tau bah keadaan dia yang sebenar macamana. Jangan lah tuduh2 begini."

Ya. Sarah tahu tentang Vivy dan Fred. Sebab Sarah lah tempat mengadu Vuvy selalu. Sarah tahu, Vivy setia menunggu. Tapi sampai bila. Vivy pun berhak gembira.

"Kau kawin saja lah Vy. Itukan amanat terakhir arwah. Lagipun, nda kan arwah sanggup kasi jodoh ko sama urang sembarangan. Mesti arwah kenal rapat juga tu sama tu jodoh kau tu. Nda payah lagi ko harap si Fred tu. Kalau dia balik pun, apa bulih buat. Siapa suruh dia nda pernah hantar khabar."

"Senang ja kau cakap. Kau sajalah kawin bah Sarah. Kau pun cucu nenek kan." kata Vivy. Dia memaut tangan adiknya, mahu memujuk.

"Ihhh.. Palis! Kau tu ar.. Yang nenek suruh kawin. Bukan saya.Booo " Laju Sarah berdiri dan berlari keluar dari bilik. Sempat lagi menjelir lidah. Geram Vivy dengan gaya adiknya yang nakal. 'Habislah saya ni kali. Kena kasi kawin.' bisik hati kecilnya.

******

Di kediaman Sally, anak lelaki bujangnya mundar-mandir di ruang tamu ketika Sallt memberitahunya, bahawa dia bakal dikahwinkan bulan depan.

"Ma, kenapa awal sangat. Nda bulih ka, tunang dulu, satu dua tahun, baru kawin.?" katanya sedikit kasar.

"Alvin, mama bukan apa. Mama nda tenang selagi nda tunaikan amanat nenek ni. Kau tau kan, arwah sudah banyak berbudi sama kita. Ini saja yang kita dapat buat untuk balas budi arwah." perlahan saja suara Sally.

Dia tidak mahu terjadi pergaduhan antara mereka. Mereka hanya tinggal berdua sahaja anak-beranak. Suami sudah lama meninggal bersama-sama anak sulung mereka dalam tragedi kemalangan12 tahun yang lalu. Selepas sahaja mereka meninggal, Sally dan Alvin tinggal bersama arwah nenek. Mereka tiada apa-apa hubungan pun. Tetapi arwah menganggap mereka seperti keluarga sendiri. Ayah Alvin merupakan pekerja kesayangan nenek di ladang nanas nenek. Bukan sahaja menjadi pekerja kesayangan nenek, tetapi turut menjadi orang kepercayaan nenek, menguruskan ladang nanas nenek yang luas terbentang. Alvin sendiri memanggil arwah dengan panggilan 'nenek'. Dia juga rapat dengan arwah. Tetapi sejak arwah uzur, dan dibawa tinggal bersama keluarga arwah yang sebenar, dia tidak pernah lagi berjumpa arwah iaitu sejak lebih 1 tahun lepas. Mereka juga tidak pernah kenal dengan keluarga arwah.

"Ok. Saya setuju saja ma. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kami cuma perlu didaftarkan di JPN sahaja. Nda payah buat majlis. Nda payah di Church. Itu saja syarat saya."
Alvin menegaskan syarat yang dia kenakan. Dia terfikir, jika daftar JPN sahaja, senang untuk dia bercerai nanti. Mana mungkin dia akan bahagia bersama perempuan yang dia tidak kenal.

"Alvin. Ko fikir balik bah. Apa ko cakap tu. Nda kan lah nda mo buat majlis. Ko lagi tu, satu-satunya anak mama. Mama mau juga tingu ko bersanding nak." Sayu hati Sally mendengar syarat Alvin. Alvin bergegas duduk di sisi ibunya. Ditatap wajah ibunya dalam2.

"Ma.. Tulunglah. Ini saja syarat saya ma. Saya minta maaf ma, saya tau maksud mama tu macamana. Tapi saya pun terdesak bah ma. Bukan saya sendiri yang mau kawin pun." Alvin cuba lagi, memujuk ibunya.
Dia ada impian juga. Perkahwinan ini cuma akan jadi penghalang saja. Dia pun mahu berjaya. Dia tidak mahu mengganti ayahnya menjaga ladang nanas. Dia sendiri mahu berusaha mencari kejayaan sendiri.

Akhirnya Sally akur dengan kemahuan anak lelakinya. Mahu tidak mahu, dia menghubungi Helen untuk memaklumkan syarat Alvin.

Yang TerakhirWhere stories live. Discover now