"Sayang. Kenapa ni. Ada apa2 kah yang nda kena? Siapa lelaki tu? keluarga sayang kah?Kenapa dia tingu sayang lain2 ja tu." Tanya Alvin bertubi2.
Vivy tunduk. Dia menarik nafas dalam2. Tolonglah jangan pengsan dulu. Katanya dalam hati. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Namun hatinya tetap tidak dapat bertenang.
Macam2 bermain di fikiran."Sayang. Relax bah. Saya kan ada. Marilah kita keluar." Alvin menarik tangan Vivy. Vivy cepat2 memeluk Alvin. Dia mahukan ketenangan dalam pelukan Alvin. Sebahagian dirinya betul2 takut untuk berhadapan dengan Fred. Bagaimana kalau Fred mengungkit janji.? Alvin Merangkul kemas tubuh Vivy dalam pelukannya. Dia tahu Vivy perlukan ketenangan.
"Sayang, tidak kira siapa pun dia, jangan risau k. Saya ada. Saya janji akan jaga sayang. " pujuk Alvin walaupun dirinya sendiri tidak tenang. Dia terdesak mahu tahu siapa lelaki tersebut. Lelaki yang berjaya mengganggu ketenangan hati Vivy. Dia menarik nafas. Perlahan2 Vivy melepaskan pelukan.
"Dia tu.. Dia.." tersekat2 suara Vivy. Tidak sanggup dia mwngungkit cerita lama di depan Alvin.
"Dia yang beri sayang rantai berbentuk hati tu?" tanya Alvin.
"Kau tahu?" tanya Vivy kehairanan. macamana Alvin tahu tentang rantai tu. Alvin menggeleng2kan kepala.
"Saya cuma tahu, malam perkahwinan kita tu, sayang cuba buang kenangan silam sayang dan cuba terima kehidupan baru sayang. Sebab tu sayang buang rantai tu dalam tong sampah kan.?" tanya Alvin. Vivy baru teringat tentang rantai tu. Baru dia tahu, Alvin ternampak rantai tersebut dalam tong sampah malam tu. Vivy mengangguk kepala sahaja.
"Sudah lah. nanti kita bincang lagi. Sekarang mari kita keluar. Dady tengah tunggu kita tu. Jangan takut k. " Vivy menuruti langkah kaki Alvin. Hatinya sedikit tenang mendengar kata2 Alvin.
"Alvin mari, daddy kenalkan. Ini Fred, kawan satu sekolah Vivy sama Sarah dulu. Fred, ini Alvin. Laki c Vivy." Kata Galvin memperkenalkan Fred dengan Alvin. Vivy masih tunduk. Tidak sanggup dia mahu melihat wajah Fred. Alvin menggenggam kemas jari jemari Vivy. Sementara tangan kanannya menyambut salaman Fred.
"Oh hai. Fred. Sudah lama di sini?" tanya Alvin memulakan perbualan.
"Ya. Ya. " jawab Fred. Pendek.
"Hmm. Dady, mana mamy sama Sarah?" tanya Vivy. Hairan dia tidak nampak kelibat Helen dan Sarah dari tadi.
"Oh. dorang jalan tadi pagi pigi urus Sarah punya lesen memandu. Kejap lagi balik lah tu. Siapa suruh kamu balik pun tiada bagitau kami." jawab Galvin. Vivy angguk2 saja.
"Tulah dady, saya ada suruh c Vivy ni kol dulu semalam. Dia bilang mau kasi surprise kamu kunun. Tau2 dia ni yang kena surprise sama c Fred"kata Alvin menyampuk.Spontan saja Vivy mencubit lengan Alvin.
"Iiiiihh. Sayang ni nda habis2 dari tadi lagi di rumah mau cubit2 bie. Sakit tau. Nda malu kah dady tingu. Nah dady tingu lah ni gaya anak dady ni,sudah kawin makin lagi menjadi2 tu manja dia" Sengaja Alvin memancing emosi Fred dihadapannya. Lagipun dia mana mahu kalah dengan Fred. Dia mahu tunjukkan bahawa dia yang boleh buat Vivy bahagia sekarang. Vivy memandang tajam melihat Alvin. Galvin ketawa terbahak2. Fred memerhatikan saja babak mesra dihadapannya. Hatinya sakit melihat drama Vivy dan Alvin.
"Erm. Uncle saya balik dulu lah. Lama sudah saya sini. Ada urusan lagi saya sama ketua kampung ni. Terima kasih sudi layan saya ni." kata Fred. Cepat2 dia meminta diri. Tidak tahan dia lama2 di situ. Hanya Galvin yang disalamnya. Alvin dan Vivy langsung tidak dipandangnya lagi.
Setelah motor Fred hilang dari pandangan, Galvin dan Alvin mula bercerita panjang. Vivy pula mencari alasan untuk berehat di bilik. Vivy tertidur dengan soalan2 yang bermain di fikirannya.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
RomanceVivian; Seorang wanita yang sederhana dan baik hati. Hidupnya dikelilingi orang yang menyayanginya. Namun dia harus berkorban demi menunaikan permintaan terakhir neneknya. Dia harus berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali untuk merapatkan hubung...