Part 5

9 1 0
                                    

"Alvin. Bangun. Sudah jam7 ni." Vivy  berusaha mengejutkan Alvin. Ini memang sudah menjadi rutin harian Vivy. Tapi pagi ini Alvin liat betul mahu bangun. Vivy merapatkan lagi badannya pada Alvin.

"Alvin. Siang sudah ni. Bangunlah." katanya lagi. Digoncang2 kan lagi bahu Alvin. Tiba2 Alvin menarik Vivy kedalam pelukannya. Vivy terjatuh ke atas katil kerana Alvin memeluknya dengan erat. Sekali lagi jantung Vivy berdegup kencang.

"Alvin, apa kau buat ni. Jangan lah macam ni." Vivy meronta minta dilepaskan.

"Shhhh.. " bisik Alvin.

"Alvin bangun lah. Kau bilang mau jalan awal kan." kata Vivy lagi. semakin rimas dengan perbuatan Alvin.

"Shhhh.. Diam Vy, kau bini saya. Jangan melawan! kata Alvin. Sedikit tegas. Vivy terdiam. Dia berfikir sendiri apa yang harus dia lakukan.

Alvin menyentuh pipi Vivy. Dia mendekatkan mukanya dan mencium dahi Vivy. Vivy menutup mata. Nafasnya turun naik. Alvin merenung wajah Vivy beberapa saat. Dia akui, dia mula menyayangi Vivy. Tapi dia tidak pasti dengan perasaan sendiri. Adakah sayang atau simpati untuk Vivy. Dia lepaskan Vivy perlahan2. Kedua2 mereka bangun dan duduk membelakang.

"Maafkan saya." Kata2 Alvin sungguh mengejutkan Vivy. Maaf? Untuk apa. Vivy tertanya2 sendiri. Dia diam seribu bahasa.

"Maafkan saya sebab saya lupa janji saya dengan kau mahu bawa kau balik rumah dady kau. Maaf juga sebab buat kau macam tu tadi. " habis sahaja Alvin bercakap terus dia bangun dan melangkah ke bilik mandi. Tinggal Vivy yang masih bingung dengan tingkah laku Alvin.

'Alvin. Apa yang kau fikirkan. Kenapa kau macam ni. Mungkinkah ada harapan untuk kita bahagia Alvin.'-Vivy

Vivy menarik nafas dalam2. Hatinya senang bila Alvin memeluknya. Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia merasa aman dalam pelukan Alvin.
Tapi Vivy cuba menepis andaian2 yang hadir dalam fikiran Vivy. Yang pasti, dia tidak mahu simpan harapan tinggi terhadap Alvin. Dia tidak mahu kecewa suatu saat nanti.

****

Dalam kereta, keadaan sunyi tanpa perbualan. Seperti biasa, hanya bunyi radio yang kedengaran.

Separuh perjalanan, keadaan masih lagi sunyi. Masing2 tidak mahu memulakan perbualan. Alvin singgah di stesen minyak. Vivy ikut turun. Kesempatan untuk mencari tandas bagi Vivy.

"Mau pigi mana ?" tanya Alvin.

"Tandas." jawab Vivy.

"Nda boleh. Duduk ja. sampai rumah baru kau cari tandas." Alvin sengaja lagi mengusik Vivy. Sengaja dia tegaskan suaranya. Vivy masuk balik dan tutup pintu kereta. Tersenyum sendiri Alvin melihat reaksi Vivy.

'Ishhh. dia ni. ndakan pigi tandas pun nda bulih. Jauh lagi ni sampai rumah. Ama. terkencing di seluar lah ni.'- Vivy

Nda lama Alvin masuk dan start enjin kereta. Dia parking betul2 depan tandas.

" Pigi lah bah. Kau ni, saya gurau saja pun tu. Kalau kau terkencing sini bikin malu saja kan." kata Alvin. Ada ketawa kecil kedengaran di hujung suara Alvin. Vivy menoleh ke arah Alvin.

"Mau pigi ka nda, kalau nda saya jalan ni," kata Alvin lagi. Pura2 mahu drive balik.

"Ihhhh. kau ni ar. Jangan suka main2 bah. bingung saya oh gaya kau ni." cepat2 Vivy buka seat belt.

"Haha. Cepat lah, nanti terkencing kau sini ni." usik Alvin lagi. Kali ini ketawanya lebih kuat. Berlari2 Vivy ke tandas.  Dalam tandas dia tersenyum sendiri mengingat guraun Alvin. Lama dia tidak nampak Alvin ketawa macam tadi. Hatinya kembali senang melihat perubahan Alvin yang cuba bermesra dengannya.

Yang TerakhirWhere stories live. Discover now