Part 3

5 1 0
                                    

Vivian terjaga dari tidur apabila terdengar suara ketawa dari luar. Dengan perlahan duduk sambil menggosok matanya. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. 'Awal lagi ni, kenapa macam ramai pula urang becerita di luar ni.' Vivy menguap lagi. Matanya terpandang ada beg kain di tepi katil. Dia hairan sekejap. 'Siapa punya?' dia berfikir sendiri. Tiba2 dia tersentak! Fikirannya kembali ke alam nyata. Belum sempat dia berfikir panjang, pintu terbuka. Kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam. Dia terkaku melihat lelaki tersebut berdiri di betul2 di tengah2 biliknya.

"Hai, sudah bangun kah?" Kata Alvin. memulakan perbualan.

"Argggghhhhh!!!! Keluar!" suara Vivy berteriak kedengaran di seluruh rumah. Vivy bukan sahaja berteriak, dia turut melontar dua biji bantalnya ke arah Alvin. Alvin segera keluar. Semua mata memandangnya. Kemudian kedengaran lagi semua orang ketawa. Alvin jadi serba salah. Apa yang harus dilakukan. Vivy tiba2 meluru keluar, dipeluknya Sarah ketat2. Dia menoleh ke arah Galvin dan Helen. "Mamy, dady, siapa tu  apa dia buat di bilik saya. Kenapa.. kenapa kamu ketawa pula ni. " bilang Vivy terketar2.

"Aduhai Vivy.. Baru kemarin kawin, nda kan lah kau lupa sudah laki kau tu." Galvin bersuara sambil tersenyum memandang kelakuan anak perempuannya.

"Haaah! Kawin? Kemarin?" Vivy terpingga2.

"Iya bah Vy, kau ni. nda malu kah buat kecoh pagi2 ni. Laki kau tu, c Alvin, bukan perompak,bukan perogol. Tapi LAKI kau. faham! LAKI kau.! " sengaja Sarah menegaskan perkataan LAKI. kemudian dia ketawa lagi. Diikuti yang lain.

Vivy terdiam mendengar penjelasan Sarah. Dia seperti tersedar dari mimpi. Dia teringat kejadian kemarin. Ya, kejadian perkahwinan dia dan Alvin. Tapi kemarin dia tidak sempat melihat wajah Alvin. Wajar juga dia tidak kenal Alvin. Dia tertunduk malu.

"Sudah lah. Pigi kau mandi dulu, nanti kita breakfast sama2 semua orang." Helen segera menyuruh Vivy mandi. Kesian pula dia melihat anaknya jadi bahan gurauan. Vivy mengangguk dan terus masuk semula ke bilik.

****

"Hah Vy, sudah siap? Mari kita breakfast dulu. Sebelum tu, sini dady kasi kenal dulu kau sama Alvin. Ini lah laki kau yang kau kawin kemarin. Mari sini. Salam dulu laki kau ni."

'Ishh.. dady ni, macam lah saya yang beriya2 mau kawin c Alvin, dady cakap macam tu'. bisik hati Vivy

"Hai. Sayalah Alvin. Maaf semalam nda sempat berkenalan." Alvin hulur tangan untuk bersalaman. Vivy sambut juga. Perlahan. Cepat2 Vivy lepaskan.

"Ini ibu mentua kamu. Sally." Galvin menunjuk ke arah Sally. Vivy dan Sally bersalaman. Tiada kata2 yang terucap. Hakikatnya,Vivy masih segan dengan kejadian tadi. Sally senyum sahaja melihat menantunya.

Semua duduk di tempat masing2. Baru sahaja Vivy menarik kerusi sebelah ibunya, Galvin berdehem dan mengisyaratkan Vivy untuk duduk di sebelah Alvin. Vivy akur lagi. Tiada daya dia hendak melawan perintah Galvin.

"Eleh.. Duduk sebelah laki ja pun Vy, bukan sebelah singa. Suka saya tingu kamu dua ni, padan butul. Kan dady?" Sarah sengaja mengusik Vivy. Vivy membulatkan matanya melihat Sarah. Sarah menjelirkan lidah lagi, seperti biasa. Galvin berdehem lagi. Vivian bertambah geram melihat Sarah tersenyum2 di hadapannya.

Selesai breakfast mereka semua kembali duduk di ruang tamu. Cuma Vivy sahaja yang terus masuk ke bilik.
Vivy segan untuk berdepan semua orang. Terutama sekali Alvin dan Sally. Vivy berdiri memandang keluar jendela. Dia menarik nafas dalam2. Fikirannya kembali melayang.

****

"Saya fikir, tengahari ni saya kena balik duluan sudah ni, esok ada baja mau kena hantar di ladang, nanti susah tiada urang berani sign d/o. C Vivy esok saja lah Alvin bawa pulang." -Sally

"Eh, awal juga. Esok pagi saja bah. Tidur dulu sini ni malam." -Helen.

"Susah kalau esok pagi, takut nda sempat. Jauh bah gia perjalanan."-Sally.

"Ya bah kan. Bah, saya panggil c Vivy dulu. Dia ni pun, terus pula bekurung di bilik. Bukan mau melayan tetamu. Bukan urang lain, mentua juga. Sekejap ar Sally." Helen bangun hendak memanggil Vivy, tetapi pantas Galvin melarang.

"Sayang, duduklah. Biar Alvin saja yang panggil." -Galvin.

"Ya. Biarlah saya ja yang panggil mamy." Alvin bingkas bangun menuju ke bilik.

****

"Kalau iya pun mau bunuh diri, nda kan mau terjun dari situ" Tersentak Vivy dari lamunan mendengar teguran Alvin.

"Kau ni kuat mengelamun kah?" Bilang Alvin lagi. Vivy tunduk lagi.
Dalam hatinya bergelora. Hanya mereka berdua dalam bilik. Dia tidak tahu mahu buat apa. Alvin menghampiri Vivy. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia harus mendekati Vivy. Semakin dekat dia dengan Vivy, semakin laju hatinya berdebar2 tetapi dia tetap maju menghampiri Vivy. Diamati wajah Vivy dekat2. Vivy semakin tidak tentu arah. Dia mahu teriak. Tapi tidak jadi. Dia teringat kejadian semalam. Adakah Alvin yang angkat dia masuk bilik. Apa yang Alvin sudah buat. Adakah Alvin sudah .. Vivy mendongak melihat Alvin. Pertama kali dia melihat wajah Alvin begini dekat. Hatinya berdegup kencang.

"Kau.. Kau.. apa kau buat sama saya semalam..?" tanya Vivy. Suaranya sedikit bergetar. Senyuman Alvin meleret mendengar soalan Vivy. Dia mendekatkan lagi mukanya ke arah Vivy.

"Semalam kan malam pertama kita sebagai laki bini. Kau nda ingat kah, kita sama2 enjoy semalam." balas Alvin. Sengaja dia mengusik Vivy. Vivy menolak pantas dada Alvin. Tapi Alvin sedikit pun tidak tergerak. Alvin menangkap pergelangan tangan Vivy.

"Kau Vivian, sudah jadi bini saya sekarang. Apa saya mau buat sama kau, saya boleh buat. Kau wajib ikut cakap laki mulai dari sekarang. Faham?" Alvin bersuara sedikit tegas. Vivy terkesima mendengar ucapan Alvin. Dia jadi takut. Adakah itu satu amaran. Ya Tuhan, selamatkanlah saya. Bisik Vivy dalam hati.

"Sudah lah, marilah keluar, mama mau balik duluan tu tengahari." Alvin merasa kasihan pula dengan Vivy. Dia sendiri tidak tahu apa maksud dia bercakap sedemikian. Ucapannya tadi keluar secara spontan. Dia melepaskan tangan Vivy.

"Tunggu apa lagi. Cepat ikut saya keluar!" kata Alvin lagi. Vivy cepat2 mengikut langkah Alvin.

"Vy, mari sini duduk sebelah mentua kau ni. Kejap lagi dia mau balik sudah tu. Marilah bercerita2 dulu kau sama dia." Vivy menurut kata Helen. Dia duduk di antara Helen dan Sally.

"er..emm. Aunty.. emm. Mama.. mama mau balik sudah kah?" Vivy tergagap2 menegur mentuanya, Sally. Sally senyum lagi.

"Iya Vy, mama ada kerja mau buat esok pagi di ladang tu. Jadi terpaksa balik ni hari juga. Vivy esok saja lah ikut Alvin ar." lembut saja suara Sally bercakap. Tapi Vivy sedikit terkejut dengan cakap Sally.

"Eh. Ikut Alvin pigi mana?" tanya Vivy

"Kau ni Vy, hilang ingatan lagi kah. Kau kan sudah kawin sama Alvin. Jadi kau mesti lah bah ikut dia balik." sampuk Galvin. Vivy tidak sedap hati. Ikut Alvin?

"Oh. Tapi dady, nda bulih kah kami tinggal sini saja. Lagipun, saya kan masih lagi kerja di Tadika tu." Vivy mencari alasan. Kalau boleh dia mahu tinggal di sini saja. dia tidak mahu ikut Alvin.

"Vy, kan kau ganti saja di Tadika tu. Sudah juga habis kontrak kau minggu lalu. Ngam lah bah kau ikut Alvin. Ada juga kawan mama mentua kau sana nanti." bilang Helen lagi.

"Vy, jangan kau takut bah. Mama ada juga. Bukan kau sama Alvin saja di rumah tu nanti. Mama janji, mama akan jaga kau baik2 nanti di sana." Sally lagi cuba memujuk Vivy. Dia memang berharap sangat menantunya dapat tinggal bersamanya nanti.

"Yalah mama. Esok saya ikut Alvin" Vivy terpaksa mengalah juga. Teringat amaran Alvin tadi, kecut perut Vivy.

Yang TerakhirWhere stories live. Discover now