Perjalanan pulang ke rumah Alvin mengambil masa lebih 3 jam. Selama 3 jam itu juga tiada perbualan tercipta antara Alvin dan Vivy. Hanya bunyi radio kedengaran. Vivy memang tidak merancang untuk berbual pun. Dia lebih selesa berdiam diri. Alvin pula berlagak tenang sahaja. Dari semalam mereka tidak bercakap apa2. Masing2 dengan dunia sendiri.
Sally menyambut kedatangan anak dan menantunya dengan penuh kegembiraan. Dia segera mendapatkan Vivy dan memaut tangan Vivy hingga ke dalam.
"Duduklah Vy. Rehat dulu sekejap. Mama sudah sediakan air ni. Minum dulu. Nanti mama tunjuk bilik Vy ya. " kata Sally.
"Ma..Vy sama bilik kah, sama Alvin?" ketawa Sally mendengar soalan Vivy.
"Yalah Vy. kamu kan laki bini. Nda kan lain2 bilik" jawab Sally.
"Oh.." pendek saja jawapan Vivy. Dia jadi malu bertanyakan soalan tadi. Sally kemudian minta diri untuk ke dapur. Mahu sambung masak katanya.
"Oi. Kau mau duduk guyang kaki saja kah. Angkat beg kau ni. Berat bukan main. Kau bawa batu bata ka.?" Tiba2 kedengaran suara Alvin. Vivy bergegas mengangkat beg2nya. 'Ya ampun. Betul2 berat macam batu-bata.' Bisik Vivy.
"Astaga Vy, kenapa juga kau angkat sendiri. Alvin, kau tulung bah bini kau ni angkat. Tanggungjawab kau bah ni." tiba2 muncul Sally dari dapur. Senang hati juga Vivy, bila Sally mempertahankannya depan Alvin. Dia tersenyum melihat Alvin. Alvin membesarkan matanya melihat Vivy. Automatik hilang senyuman Vivy.
Sampai saja di bilik, Alvin terus menghempaskan diri atas katil.
"Ambilkan saya air. Saya haus ni" Vivy cepat2 turun mencari air di bawah. Sempat lagi dia fikir. Air apa yang Alvin mahu. Vivy angkat segelas air yang Sally hidang tadi. Dia terus naik atas mendapatkan Alvin. Sampai saja di bilik, dia nampak Alvin sudah tertidur.
"Alvin. Ni kau punya air." Vivy cuba kejutkan Alvin. Tiada respon.
"Alvin. Kau tidur sudah kah ni?" tanya Vivy lagi. Tetap tiada respon dari Alvin.
'Punya cepat kau ni tidur. Tapi kesian juga. Penat bah tu driving 3 jam lebih dari rumah tadi.' -Vivy
Vivy memerhati wajah Alvin dari jauh. Terbit rasa kasihan di hati Vivy.
'Hmm. dari saya kasian kau, bagus saya kasian diri sendiri. Macamana lah hidup saya dalam rumah ni nanti. Tiada sudah suara dorang dady, mamy, Sarah dan Harry. Baru sekejap saya kasi tinggal dorang, rindu sudah saya oh. Ya Tuhan, tulung lah saya. Permudahkan semuanya bagi saya Tuhan. Saya nda kuat😭"- Vivy
****
Sudah genap 3 bulan Vivy dan Alvin hidup sebagai suami isteri. Semua berjalan baik. Alvin banyak mengusik Vivy dengan caranya yang tegas membuatkan Vivy kurang bercakap dengannya. Vivy hanya bersuara bila perlu sahaja. Mereka tidur sebilik, tapi tidak pernah sekalipun mereka melakukan hubungan seks. Masing2 tidak pernah mengutarakan soal tersebut dan Vivy lebih selesa untuk tidak bercakap tentang hal itu.
"Wah... Mama, berbunga sudah saya punya bunga ros ni. Cantik oh ma. Kembang betul ni, warna pun lawa."
Senang hati Vivy melihat bunga ros yang ditanamnya sudah mengeluarkan bunga."Wahh.. Betul2 cantik oh Vy. Ngam ni tangan kau kalau bercucuk-tanam" jawab Sally. Hubungan mereka semakin rapat. Sally begitu bahagia dengan kehadiran Vivy di rumahnya. Dia juga sudah sangat sayangkan Vivy.
'Ni kalau mamy tau ni bunga saya tanam sudah ada bunga begini mesti mamy bangga.' -Vivy.
Tiba2 Vivy teringat Helen ibunya. Rasa rindunya menebal. Sudah 3 bulan dia tidak balik. Padahal bukan jauh sangat pun. Vivy rasa menyesal sebab tidak belajar memandu. Kalau tidak pasti dia selalu balik melawat ibubapanya sendiri. Vivy tidak mahu menyuarakan isihatinya untuk balik, kerana dia sendiri segan untuk minta bantuan Alvin.
"Vy, kau nda rindu ka, dorang mamy dady kau, adik2 kau. Kau nda mau balik kah. Melawat dorang. Lama sudah ko nda balik sana." Sally seolah2 dapat membaca fikiran menantunya. Vivy menggeleng. Memang dia rindu, tapi dia tidak mahu mengaku.
"Nak, balik lah. Bawa Alvin. Dorang pun rindu kau tu." kata Sally lagi.
"Ishh.. nda apa lah mama. Bikin susah Alvin saja. Dia pun sibuk urus ladang. Mana dia ada masa mau cuti tu. Nanti kalau saya mau balik saya balik ja naik teksi." Jawab Vivy. Dia teringat dulu dia minta izin Alvin untuk balik melawat ibubanya naik teksi, tapi Alvin larang. Tunggu ja dia ada cuti baru balik sama2. Sudah dua bulan Vivy tunggu Alvin tunaikan janji. Tapi Alvin langsung tiada tanda2 mau bawa dia balik.
"Nda apa, nanti mama bincang sama Alvin k." Kata Sally. Dia kasihan melihat Vivy disisihkan oleh anaknya. Dia sudah berusaha pujuk Alvin supaya layan Vivy baik2. Namun Alvin tidak pernah mahu peduli.
****
Vivy sibuk menyiapkan makan malam. Hari ini dia sengaja menyuruh Sally berehat sahaja. Dia yang akan masak makan malam. Sally mulanya tidak setuju, tapi Vivy beriya2 hendak masak. Sally akhirnya mengalah juga. Selesai saja makan Vivy terus membersihkan meja makan dan cuci piring. Dia berkeras mahu suruh Sally berehat sahaja malam itu. Sally akur. Sally bergerak ke ruang tamu. Alvin juga duduk bersama ibunya di sana.
Tidak lama kemudian Alvin bergerak ke dapur mendapatkan Vivy. Dilihatnya Vivy menyanyi kecil semasa mencuci piring. Vivy tidak sedar dia diperhatikan. Alvin baru teringat janji dia dua bulan lalu untuk ambil cuti dan bawa Vivy balik ke rumah Galvin.Kalau bukan Sally yang buka mulut suruh dia bawa Vivy balik, mungkin sampai bila2 Alvin lupa dengan janjinya.
"Lepas ni kau naik lah atas. Rehat awal. Esok kita awal jalan. " suara Alvin mengejutkan Vivy.
"Mau pigi mana esok?" tanya Vivy.
" Balik rumah dady. Bawa pakaian untuk tiga hari." jawab Alvin. Habis saja bercakap terus dia jalan keluar.
Hati Vivy bersorak. Akhirnya boleh lah dia melepaskan kerinduan nanti. Cepat2 Vivy menyiapkan kerja di dapur. Tidak sabar tunggu hari esok.
Malam tu Vivy siapkan apa yang patut. Baju2 dan keperluan Alvin juga semua dia sediakan. Vivy menyanyi2 lagi dengan suara perlahan. Tidak lama Alvin masuk. Terus Vivy berhenti menyanyi.
"Happy nampak.😏" kata Alvin. Mood dia pun baik saja malam ini.
"Mestilah. Mau jumpa family kan.😁"Jawab Vivy dengan senyuman. Tapi dia membelakang dengan Alvin sebab tu dia mampu senyum. Kalau berdepan, dia memang tidak mahu senyum sama sekali. Dia tidak suka layanan Alvin yang tegas dan serius. Tapi dia tetap menghormati Alvin sebagai suami. Semuanya kerana pesanan Galvin dan Helen supaya Vivy memghormati Alvin.
"Hmm. Jangan happy sangat. urang bilang nda bagus juga kalau telampau happy nanti ada benda nda bagus mau terjadi." sengaja Alvin mengusik perasaan Vivy.
"Janganlah cakap begitu. Minta dijauhkan lah bah." jawab Vivy.
"Sudah kol dorang ka?" tanya Alvin.
"Tiada. Saya mau kasi surprise😁😁" jawab Vivy. Dia menoleh kebelakang. Rupanya Alvin sedang duduk memerhatikan dia dari tadi. Serta merta wajah happy Vivy berubah jadi serius. Jantungnya berdegup kencang. Pandangan mata Alvin seolah2 tembus ke dasar hati Vivy. Sebab tu dia selalu mengelak bila bertentang mata dengan Alvin.
Alvin tiba2 bangun dan menarik perlahan Vivy kepangkuannya. Sekelip mata saja Vivy berada dalam dakapan Alvin. Vivy kalut. Jantungnya semakin laju. Vivy kaku. Dia biarkan saja Alvin memeluknya beberapa saat.
"Vy, kenapa kau setuju kawin sama saya." tanya Alvin. Kali ini suaranya lain. Tidak kasar. Vivy tidak dapat berfikir. Dia cemas. Dia takut apa yang bakal Alvin lakukan padanya.
"Vy, saya tanya ni kenapa kau mau kawin sama saya.?" tanya Alvin lagi. kali ini dia lepaskan pelukannya, tapi tangannya memegang kemas bahu Vivy.
"Sa.. saya.." Vivy tidak tahu mahu cakap apa. Dia risau jawapannya nanti boleh menimbulkan masalah.
"Hmm. nda apalah. Kau sambung lah kerja kau. saya mau tidur. Penat saya ni. Esok kasi bangun saya awal." Alvin melepaskan tangannya. Terus dia baring dan membiarkan Vivy yang masih bingung.
'Kenapa kau Alvin. Apa kau mahu dari saya. Kenapa tiba2 saja kau peluk saya. Jangan bagi saya harapan Alvin. Saya tidak mahu terlalu berharap. Ya Tuhan, tulung saya.'- Vivy
YOU ARE READING
Yang Terakhir
RomanceVivian; Seorang wanita yang sederhana dan baik hati. Hidupnya dikelilingi orang yang menyayanginya. Namun dia harus berkorban demi menunaikan permintaan terakhir neneknya. Dia harus berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali untuk merapatkan hubung...