Hari yang ditunggu sudah tiba. Vivy menutup mata cuba bertenang. Dia sudah siap untuk hari keramat dalam hidupnya. Hari dimana dia akan dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenali. Semalaman dia berdoa, supaya lelaki ini adalah lelaki yang tepat untuknya. Dia juga mahu merasakan kebahagiaan. Walaupun dia sendiri harus mencari kebahagiaan tersebut nanti.
Dia menarik laci meja solek dihadapannya. Dikeluarkan satu kotak kecil dari dalam. Dalam kotak tersebut ada seutas rantai leher berbentuk hati pemberian Fred. Dia masih ingat lagi semasa Fred menghadiahkan dia rantai tersebut. Ada dua utas rantai. Yang berbentuk hati untuk Vivy, sementara yang berbentuk kunci untuk Fred. Kenangan terindah yang harus dipadam selama-lamanya."Selamat tinggal, Fred." Vivy memasukkan rantai tersebut di dalam kotak dan membuangnya ke dalam tong sampah kecil di sudut bilik.
Dari luar kedengaran suara Sarah memanggil2 Vivy. Vivy bergegas keluar dan mendapatkan Galvin, Helen, Sarah dan Harry, adik lelaki bongsu Vivy yang baru berumur 17 tahun.
"Jom lah. " kata Vivy, mengukir senyuman. Segera dia mencapai pintu kereta. Tetap tangan Helen cepat menarik tangan Vivy. Vivy terhenti.
"Kenapa mamy?" katanya perlahan.
"Nak," ujar Helen. Sayu.
"Mamy sama dady minta maaf sayang, kerana kami terpaksa buat semua ni. Tapi Vy jangan risau, kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Vivy. " Helen megusap lembut pipi anaknya. Dia tahu anaknya sedih, dia tahu perasaan anaknya saat ni. Tapi apa lagi yang mampu dia lakukan. Dia juga hanya menurut amanat terakhir ibu mentuanya.
"Ihhh. Mamy ni, janganlah berdrama sangat. Sudah make up lawa2 begini, nanti rusak lagi kalau menangis2 sini. Sudah lah tu mamy, kita doa baik2 saja bah. K mamy. Marilah jalan." Vivy berusaha menutup perasaanya. Dia mahu berfikir positif sahaja. Dia segera masuk ke dalam kereta diikuti Helen di belakang.
Semasa dalam ruangan mendaftar perkahwinan, Vivy tunduk sahaja. Berat rasanya hendak mengangkat muka. Dia langsung tidak melihat muka Alvin dan ibunya Sally. Hatinya berkecamuk. Nafasnya sesak. Fikirannya juga melayang. Entah apa yang bermain di fikiran. Hanya suara Galvin dan pegawai pendaftaran sahajaa kedengaran. Yang lain bercakap bila perlu sahaja. Selesai semua urusan, mereka semua berdiri untuk beredar dari bilik tersebut. Vivy yang masih duduk diam perlahan2 berdiri. Helen segera mendapatkan Vivy.
"Vy, sayang, mari lah. siap sudah nak. Tahniah Vy, Sekarang Vy sudah jadi bini orang," bisik Helen. Vivy terkesima mendengar ucapan ibunya. Badanya seram sejuk. Lututnya terketar2, tangannya terasa sejuk. Tiba2 pandangannya gelap..
****
Sesekali Alvin menoleh ke arah Vivy di sebelahnya, namun dia tidak dapat melihat wajah Vivy sepenuhnya. Dari tadi Vivy berdiam diri. ' Ah sudah. Nda kan lah saya dapat bini bisu ni. Jangan2 saya kena suruh kawin sama dia sebab dia ni oku, tiada urang mau. Habislah saya' Alvin berfikir sendiri. Macam2 juga bermain dalam fikirannya.
Selesai semua urusan Alvin cuba menghampiri Vivy kerana Sally memberikan isyarat untuk berbuat demikian. Alvin akur. Namun belum sempat dia memdekati Vivy, Helen sudahpun mendahului. Hasrat Alvin terbantut. Tetapi beberapa saat kemudian dia melihat sendiri wajah pucat Vivy semasa Helen berbisik kepadanya. Alvin terkejut bila tubuh Vivy tiba2 jatuh. 'Dia pengsan?' Alvin masih lagi dengan fikirannya sendiri.
"Alvin, sini, tulung dady angkat Vivy dulu. Dia pengsan ni" tersentak Alvin mendengar suara garau Galvin yang memberikan dia arahan. Alvin segera menurut perintah.
Lebih 15 minit berlalu, tiada tanda2 Vivy akan sedarkan diri.
"Macamana ni bang." Helen bertanya pada Galvin.
"Nda payah lah risau. Kau bukan nda tau Vivy ni, kalau panik mimang mau pingsan. Kadang2 dia pingsan turus tatidur sampai pagi." Tenang saja suara Galvin.
"Beginilah, Alvin, kau angkat bini kau ni bawa dalam kereta kau. Kau drive saja ikut kereta dady di belakang. Sempit sudah kereta dady ,4 urang kami di dalam, kalau Vivy lagi ikut kami nanti dia sesak nafas. Lagipun dia bini kau sudah kan. Tanggungjawab kau sudah tu jaga dia." Galvin berdiri sebaik sahaja selesai bercakap. Macam biasa, semua ikut sahaja arahan Galvin.
" Uii.. Abang ipar, jaga kakak saya bagus2 ar," Bilang Sarah. Sempat lagi dia cuit bahu Alvin.
"Iyalah, kita sama2 juga balik rumah kamu bah. cuma lain kereta saja." Bilang Alvin.
'Ishhh.. Berat juga ni urang. Urang kah badak sumbu ni. Nampak ja badan kicil, mangkali tulang besi ni dia' Mula lagi Alvin bercakap dalam hati.
'Baru berapa minit lepas kawin, sudah kau menyusahkan saya, vulum lagi, 1hari, 1minggu,1bulan. apalagi 1 tahun. Habislah saya. ' fikir Alvin lagi. dia membetulkan kedudukan Vivy di seat belakang. Alvin terpana sendiri melihat wajah Vivy. Hatinya tiba2 berdebar2.
'Bulih tahan juga lawa bini saya ni Bulih jadi unduk ngadau oh. Tapi sudab jadi bini saya, mana lagi buloh jadi unduk. Hmm bertuah juga saya dapat bini lawa. Hmmm. bertuah ka ar.' Tidak habis2 Alvin bercakap dalam hati hingga dia terlupa ibunya Sally sudah pun duduk di seat depan.
"Bah, sudah ka. Marilah jalan, dorang mentua ko kasi signal sudah tu. Sampai bila kau mau renung muka bini kau tu" bilang Sally. Alvin tersengih. Cepat2 dia masuk kereta. Sally tersenyum sendiri melihat gaya anak lelakinya yang baru sahaja bergelar suami orang.
YOU ARE READING
Yang Terakhir
RomanceVivian; Seorang wanita yang sederhana dan baik hati. Hidupnya dikelilingi orang yang menyayanginya. Namun dia harus berkorban demi menunaikan permintaan terakhir neneknya. Dia harus berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali untuk merapatkan hubung...