Bahan-bahan
1 cawan UHT Whipping Cream
3/4 cawan susu pekat manis
200 gram cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
200 gram biskut cream crackers
2 biji mangga (dihiris memanjang)
2 keping biskut cream crackers (dihancurkan)Loyang segi empat 9x3x3 alaskan dengan plastik supaya mudah untuk dikeluarkan apabila sejuk.
Cara-cara
1- Putar whipping cream hingga pekat dan ketepikan
2- Putar krim cheese hingga licin dan tidak berketul kemudian masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati,masukkan whipping cream tadi dan gunakan teknik kaup balik hingga adunan sebati3- Susun kepingan biskut di dalam loyang dan masukkan adunan cream chesse serta ratakan
4- Kemudian susun hirisan mangga di atasnya dan ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis
5- Untuk lapisan atas, ratakan cream cheese dan taburkan serbuk crackers tadi
6- Tutup loyang dengan plastik wrap dan sejukkan hingga mengeras kedalam freezer selama 1 jam atau di sejukkan di dalam chiller selama 5-6 jam sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Tarik lebihan plastik td untuk mengeluarkan dan potong mangga dadu untk hiasan di bahagian atas
selamat mencuba :)
credit ; gambar google..
YOU ARE READING
Cakes, Cookies And Desserts Recipes
General FictionFor Those Who Loves Baking And Eat.. #Semua Resepi Diambil Daripada Pemilik Asal, TETAPI Diolah Semula Mengikut Citarasa Sendiri..Jika 100% Daripada Pemilik Asal, Saya Akan Kreditkan Nama Beliau #Feel Free To REcopying All Of These Recipes.. #LotsOf...