Oreo Chocoball

361 9 0
                                    

Bahan - bahan: 

1. Biskut Oreo
2. Cream Cheese
3. Coklat Bar
4. Manik warna warni untuk perhiasan

Cara - cara:

1. Blendkan biskut oreo sehingga  hancur.

2. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam cream cheese. Gunakan separuh daripada cream cheese tersebut (125gm)

3. Uli biskut hancur tadi dengan cream cheese sebati seperti doh.

4. Coklat bar dicairkan (double boiler)

5. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat, saiz mengikut citarasa dan kesesuaian papercup yang digunakan

6. Selesai bulat-bulatkan, celup dengan coklat cair tadi & masukkan kedalam papercup yang telah disediakan

7. Masukkan kedalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dimakan

*Cadangan Hidangan: chocoball perlu dikeluarkan dari peti sejuk lebih kurang 5minit sebelum dihidangkan untuk  mendapatkan inti yang lebih cair didalamnya

Cakes, Cookies And Desserts RecipesWhere stories live. Discover now