Rainbow Caramel

403 10 1
                                    

Kek Karamel

Bahan A - Gula Hangus

2 1/2 sb gula pasir

Cara-Cara:

Sediakan loyang bulat 8 inci.

Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.

Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.

Bahan B - Adunan Karamel

1 tin susu cair
60gm gula castor
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
3 kuning telur

Cara-Cara:

Kacau susu dan gula hingga gula larut. 

Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan supaya tidak berbuih.

Satukan kedua dua bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.

Bahan C - Adunan Kek 

140 gm tepung gandum
60 gm gula kaster
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sk baking powder

Cara-Cara:

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.

Masukan sikit sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.

Bahan D - Bahan Meringue

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70 gram gula castor
1 sk serbuk cream of tar-tar

Cara-Cara:

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.

Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)

Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.

Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.

Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal awal memang akan terapung di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap)

Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna. 

Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapisan warna. Lorekkan atas adunan dengan lidi. Tapi jangan sampai ke lapisan telur. 

Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja. 

Kaedah Steam Bath: 

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.

Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam 10 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 

Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. 

Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang. Guna pisau kek sekeliling kek, jika mahu. Sendengkan loyang untuk mengeluarkan air karamel sambil tangan sebelah lagi memegang kek supaya tidak jatuh. Letakkan kertas tisu dapur supaya menyerap air.

Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan supaya tak terendam).

Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan di kala sejuk.

Cakes, Cookies And Desserts RecipesWhere stories live. Discover now