Darin terus berkerut dahi saat melihat Hakimi yang berada di luar sedang mengawasi Quds dan Harith yang asyik melompat di atas trampoline.
Darin terus mendekati Hakimi dengan langkah perlahan dan saat itu juga Hakimi terus memandang Darin. "Kerja?" Soal Darin setelah mendekati Hakimi.
Hakimi memberi senyuman kepada Darin. "Ya puan."
"Selama ni saya tak pernah nampak pun awak dekat sini pada hujung minggu?." Soal Darin lagi.
"Saya kerja hujung minggu juga, cuma hari ahad saya cuti bergilir dengan pekerja lain untuk awasi keluarga puan." Darin hanya mendengar sahaja kata kata Hakimi.
"Oh..."kata Darin.
"Mereka dah mula start kelas taekwondo."kata Hakimi tiba tiba, Darin memandang Hakimi pelik.
"Sebelum ni mereka tak ada pun pergi mana mana kelas taekwando."
"Sebelum ni ada tapi ada masalah sikit dengan guru taekwando mereka yang lama, ni mereka sedang tunggu Abid."
"Abid?."
"Ya." Kata Hakimi lagi.
"Mereka dah siapa ke?." Tanya Darin.
"Dah, Quds yang paling awal sudah siap. Mereka pakai seluar sahaja, baju taekwando nanti dekat sana mereka pakai." Kata Hakimi. Darin terus memandang Quds dan Harith yang memakai seluar warna putih.
"Terima kasih sebab tolong saya." Kata Darin tiba tiba.
"Itu tugas saya, selain menjaga Harith, keluarga puan pun saya perlu jaga." Kata Hakimi.
"Kalau tak ada awak saya tak tahu apa jadi dekat Rora." Hakimi hanya tersenyum dengan kata kata Darin.
"Boleh saya tanya awak satu soalan?." Tanya Darin kepada Hakimi. Hakimi mengangguk dengan pertanyaan Darin.
"Awak kenal tak budak yang nama Ara Afrina?." Hakimi terdiam seperti berfikir sesuatu.
"Baru pertama kali saya dengar nama tu. Maaf puan saya tak kenal." Kata Hakimi.
"Betul." Kata Darin menginginkan kepastian, Hakimi terus mengangguk dengan pertanyaan Darin lagi.
"Kalau macam tu tak apalah." Kata Darin. Di wajah Hakimi sangat jelas menunjukkan lelaki itu tidak tahu menahu tentang nama Ara Afrina.
Sejak melihat video itu fikirannya tidak boleh mengabaikan nama budak itu. Sentiasa ingin tahu. Jawapan yang diberikan oleh Rafael membuatkan Darin tidak senang duduk. Dia merasa bahawa Rafael tidak jujur dengannya. Dan dia juga tidak mahu menyalakan api kemarahan Rafael sekiranya dia mengungkit nama budak perempuan itu di depan Rafael. Memang Rafael tidak marah tetapi berjaga jaga itu penting bukan.
"Dahhhh..." suara Abid tiba tiba muncul.
"Harith, Quds." Panggil Rafael yang mendekati Darin dan Hakimi.
Quds terus berlari mendekati Rafael manakala Harith hanya berjalan mendekati ayahnya itu.
"Dah ready." Soal Rafael kepada anak anak lelakinya kemudian dia didekati oleh bodyguard lain pula.
"Okey" Kata Rafael kemudian tersenyum kearah Darin.
"Salam mama." Kata Rafael kepada anak anaknya. Abid dan Quds menyalaminya dengan ciuman dipipi darin manakala Harith hanya bersalam sahaja sambil diawasi oleh Rafael akan kelakuan Harith, Darin hanya membiarkan sahaja dan tersenyum memandang Rafael. Setelah itu Darin hanya membatu sambil melihat kesemua lelaki didepannya berjalan ke arah depan rumah kecuali Rafael.
"Sunyilah rumah ni." Kata Darin kepada Rafael.
"Saya ada apa." Kata Rafael.
※※※
YOU ARE READING
DUS2: memori
RomanceDarin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya. Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengejarnya bersama Rafael. "Lari Darin.... cepat...." ka...