Selimut yang menutup tubuh ditarik tarik Darin kemudian tangannya pula menggosok gosok matanya, Rafael yang sedang tidur berdengkur di sebelah dipandang Darin sekilas. "Sedapnya dia tidur yang aku ni kesejukkan."
Itulah Darin sangat sensitif pada keadaan atau suasana yang sejuk dan yang paling penting dia benci salji. Dia sangat bersyukur kerana dia dilahirkan di Negara yang tiada salji dan dia juga berpendapat pada musim salji banyak pakaian kena dipakainya dan ianya mesti mahal.
Kakinya terus di bawa turun daripada katil. Dia perlu melunaskan hajatnya dahulu kalau tidak dia perlulah mengejut Rafael pada tengah malam kerana ingin menukar cadar tapi tidak pernah lagi dia berbuat begitu.
Kakinya cepat sahaja melangkah masuk ke arah tandas.
Setelah selesai Darin membasuh mukanya di sinki kemudian di memusingkan badannya daripada melihat cermin yang berada di depannya. Kemudian Mukanya menunduk melihat lantai gaya spanish catalina yang bercorak dan berwarna putih hijau dan kuning. Sangat cantik di pandangan orang, dan hati dia pula gundah gulana kerana kejadian siang tadi.
Macam mana dia boleh leka, Macam mana dia boleh tidak perasan, macam mana dia boleh tidak menghalau dari awal lagi. Yang lebih parahnya adalah dia juga turut terbuai dengan layanan Rafael yang lembut.
Dia buntu, dia cuba untuk menjadi Darin yang Rafael kenal tapi dia juga tidak mengenali Darin yang Rafael kenal. Sukar bukan?.
Dia rimas dengan pemikirannya, dia memandang kembali cermin di depan dan diusap wajah, rambutnya yang panjang ditarik Darin kebelakang semua.
Selepas selesai pintu tandas terus dibuka Darin.
"Ahhhh..." jerit Darin.
"Hey, Tenang." Kata Rafael sebaik menutup mulut Darin daripada terus menjerit. Darin terus mengangguk.
"Kenapa awak jerit."
"Orang gila jelah tak jerit kalau tiba tiba ada orang dekat depan pintu masa pintu di buka. Dengan rambutnya lagi." Kata Darin marah lalu rambut panjang Rafael ditarik Darin kebelakang.
"Awak rambut panjang ni mati bini ke?" Soal Darin tiba tiba. Rafael terus tergelak.
"Bini saya kat depan ni dan kalau nak tahu dulu awaklah yang sibuk sibuk suruh saya rambut panjang sebab nak sama dengan drama spanish kat tv tu. Saya bela rambut ni cantik je okey." Kata Rafael tak nak kalah. Darin hanya memandang sahaja Rafael.
"Dengan harapan Darin awak pulang." Kata Darin perlahan. Rafael terdiam.
Mereka terdiam cukup lama sampailah suara Rafael kembali bersuara.
"Awak sejuk?." Darin terus mengangguk dengan kata kata Rafael. Rafael terus menarik tangan Darin kearah katil.
"Kalau sejuk mari sini." Kata Rafael. Secara spontan Darin menarik balik tangganya dari Rafael.
Rafael tersenyum dan sambil baring di atas katil dan mendepakan tangannya.
"Apa?." Soal Darin.
"Sayalah kehangatan awak." Kata Rafael selamba.
Darin diam.
"Nak tak?." Soal Rafael.
"Tak nak."
"Okey kalau sejuk padan muka."
"Kan ada pemanas."
"Jangan nak buka, nanti saya yang panas. Nanti saya telanjang awak nak?." Kata Rafael selamba lagi. Darin terus berkerut wajah dengan gelengan laju.
"Okey tawaran lagi. Nak saya peluk tak." Soal Rafael lagi tetapi lebih lembut dan manja. "Saya tak buat apa apa, cuma peluk je. Tak dosa, pahala lagi."
Darin mula mengalah dengan perlahan Darin terus mendekati Rafael lalu Rafael memeluknya.
YOU ARE READING
DUS2: memori
Roman d'amourDarin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya. Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengejarnya bersama Rafael. "Lari Darin.... cepat...." ka...