Mata Darin tidak lepas lepas memandang luar tingkat kereta range rover yang dia berada sekarang.
Hatinya sakit saat kakaknya sendiri meninggalkan dirinya keseorangan bersama lelaki tak guna yang duduk dengan tenang di sebelahnya.
Mata Darin curi melihat Rafael yang segak memakai suit berwarna kelabu dan kemeja putih. Dia takut, sangat takut. Mata Darin kembali toleh keluar tingkap.
Dia cuba memikirkan sesuatu helah untuk membuatkan dia dapat terlepas daripada Rafael. Pemandu yang duduk di bahagian hadapan di pandang Darin kemudian matanya melihat seorang lagi di sebelah pemandu. Kedua dua mereka tidak kelihatan sebagai pemandu ataupun kawan Rafael melainkan bodyguard Rafael. Apatah lagi kedua duanya memakai pakaian suit serba hitam.
Mata Darin cuba melihat kereta dibelakang melalui cermin pandang belakang. Kereta di belakang juga memiliki model kereta yang sama dengan kereta yang didudukinya sekarang.
Macam mana nak lari. Marah Darin pada nasibnya. Dia memikir dan terus memikir.
Rafael dipandang dan Darin mulakan perbicaraan. "Saya haus." Kata Darin takut takut kepada Rafael. Jangan takut Rin.
Rafael terus memandang Darin yang bersuara disebelahnya. "Awak haus?." Darin terus mengangguk dengan pertanyaan Rafael.
"Zarul, pergi beli air mineral." Arah Rafael kepada salah seorang bodyguardnya. Orang yang bernama Zarul itu terus memberi isyarat kepada pemandu kereta.
Kereta berhenti kemudian kunci kereta telahpun dibuka. Zarul yang duduk di sebelah pemandu terus keluar untuk membeli air mineral.
Mata Darin terus melihat luar kereta. Dia cuba mengawal perasaan takutnya. Dalam beberapa minit kemudian kelibat Zarul kembali kelihatan keluar daripada kedai dan terus berjalan kearah kereta.
Zarul mula membuka pintu penumpang dan saat itu juga Darin membuka pintunya dan terus berlari laju selaju mungkin.
"Darin!!!" Jerit suara dalam Rafael kedengaran di gegendang telinganya. Darin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya.
Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengajarnya bersama Rafael.
"Lari Darin.... cepat...." kata hatinya memohon. Saat itu juga badannya di tarik dari belakang dan terus dipeluk oleh lengan yang memakai suit berwarna kelabu.
"Tolong!!!..." jerit Darin meminta bantuan tetapi orang awam yang ada di situ tidak menghiraukannya langsung malah mereka hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Lepas kan aku, Aku tak buat apa apa salah. Lepasss!!." Jerit Darin meronta dan terus meronta untuk dilepaskan.
"Maaf" kata Rafael sepatah dan saat itu juga Rafael memegang kepala Darin. Mata Darin terus tertutup dan badanya lemah.
Rafael terus memeluk badan Darin yang pengsan lalu tubuh itu dicempung menuju ke arah kereta.
"Balik Mansion cepat." Arah Rafael sambil memangku kepala Darin yang terbaring lemah.
※※※
Matanya dibuka perlahan melihat sekelilingnya. Kepalanya terasa pening dan Pijar seketika. Ditutup Matanya lalu dibukanya kembali berulang kali bagi menstabilkan penglihatannya.
Darin memegang kepalanya yang terdapat balutan. Beberapa helaian rambutnya ditarik sedikit agar rasa pening di kepalanya hilang.
Darin cuba mendudukkan dirinya dengan berhati hati. Matanya terus terpaku saat melihat seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi mewah sambil memandang tajam kearahnya.
Lelaki itu terus bangun dari duduknya lalu mendekati Darin. Lelaki itu Rafael, lelaki yang sangat ditakutinya.
Kekasaran yang Rafael lakukan pada dirinya sungguh terjelas masih lagi baru. Dia takut.
Darin mula mengesot kesisi katil. "Haus?." Tanya suara dalam Rafael, Darin hanya mengangguk laju.
Kemudian Rafael duduk disisi katil sambil menyuakan Darin segelas air putih. Darin terus mengambilnya dan terus meminumnya dengan rakus sehingga habis tiada sisa. Gelas yang kosong itu diletakkan Darin diantara tengah tengah rafael dan dirinya.
"Mr Gonandez, saya nak balik tolonglah jangan buat macam ni." Kata Darin mula merayu. Rafael hanya menatap Darin dengan pandangan yang sukar Darin tafsirkan.
Rafael hanya mendiamkan diri dan hanya menatap Darin wajah ketakutan Darin. "Mr Gonandez." Panggil lagi Darin. Dia akan cuba dan terus mencuba sehinggalah di dapat kebenaran untuk balik. Dia tidak mahu menangis didepan lelaki itu, dia cuba untuk bertahan.
"Awak dah balik. Inilah rumah awak." Darin melihat sekelilingnya sebuah bilik yang berukuran sangat besar dan luas serta terdapat perabot mewah yang tersusun cantik dan elok.
Darin terus menggeleng. "Ini bukan tempat saya. Saya nak balik rumah. Saya janji saya takkan report polis apa yang Mr Gonandez dah buat dekat saya. Saya janji." Kata Darin membuat tangan ikrar.
"Kejadian itu empat belas tahun yang lepas. Benda tu dah lama. kita dah lupakan sama sama benda tu" Darin menggeleng dengan kata kata Rafael. Apa yang Rafael kata adalah Benda yang sama Daria memberitahunya semalam.
"Awak lupa ingatan. Awak isteri sah saya, saya suami awak." Kata Rafael mula melembut. Darin terus menatap Rafael dengan reaksi terkejut.
"Saya isteri Mr Gonandez?." Tanya Darin, muka Darin terus berubah raeksi
"Mana mungkin saya kahwin dengan perogol saya sendiri." Kata Darin tepat ke batang hidung Rafael. kening lelaki itu mula berkerut dengan kata kata yang baru sahaja Darin lontarkan.
"Jangan panggil saya dengan nama tu!!" Marah Rafael, tulang rahangnya bergerak menandakan dia menahan amarah.
"awak takkan balik!!!. Ini rumah awak!!!. Awak tak boleh tinggalkan saya!!!." Tengking Rafael lalu berlalu keluar daripada bilik dengan langkah yang marah.
Darin terus tergamam dan takut dengan tengkingan Rafael.
.
.
..
.
.
Maaf sekiranya hambar dan tak menarik. 😊😘🌟
YOU ARE READING
DUS2: memori
Roman d'amourDarin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya. Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengejarnya bersama Rafael. "Lari Darin.... cepat...." ka...