Pintu bilik Harith dibuka perlahan. Kakinya melangkah perlahan saat melihat Susana bilik yang sunyi.
Rafael mencari di mana anak sulungnya itu berada. "Harith..." panggilan Rafael, tiada sebarang sahutan daripada mulut anaknya itu.
Pintu bilik air di buka Rafael. Harith tiada di situ lalu kakinya melangkah ke bilik bacaan Harith, tetap juga Harith tiada disitu dan Rafael berakhir di closet milik Harith. Suara sayu tangisan kedengaran di gegendang telinganya.
Rafael cuba mencari suara itu di dalam closet. Kakinya berhenti melihat Harith yang sedang duduk sambil memeluk lutut dengan tangisan.
"Harith." Wajah merah Harith memandang ayahnya. Rafael duduk di sebelah Harith.
"Mama tanya Harith siapa." Harith memandang Rafael dengan wajah sendunya. "Mama tak kenal Harith... tapi kenapa..."
Shuittt...
Rafael cuba memujuk anaknya itu lalu dipeluk anaknya itu. "Mama sakit sikit. Mana mungkin mama tak kenal Harith."
"Tapi.."
"Hey...dengar cakap ayah. Mama kenal Harith." Kata Rafael. Harith hanya mengangguk kecil.
"Harith tak boleh macam ni. Harith abang." Kata Rafael memujuk anak itu .
"Kalau Harith sedih nanti adik adik pelik tengok Harith . Lepas tu diorang tanya macam macam soalan kenapa abang mereka sedih. Lagi lagi Quds, Quds banyak tanya." Kata Rafael bergurau sedikit lalu tergelak. Harith juga tersenyum bila mengenangkan Quds.
"Harith kuat. Nanti mama sembuh..." Sambung Rafael cuba meredakan perasaan anaknya itu. Rafael melihat wajah anaknya itu. Terseksa jiwanya apabila berkata bohong kepada anak anaknya tentang ibu mereka, sangat terseksa. Tetapi dia hanya seorang ayah yang hanya mampu memendamkan rasa sedihnya. Dia tidak mahu terlihat lemah di penglihatan anak anaknya.
Dia perlu memulakan segala galanya. Dia perlu memikirkan agar Darin dapat menerima anak anaknya. Lebih lebih lagi Rora. Rora sangat memerlukan Darin yang hanya usia lapan bulan. Bayinya itu dan anak anak lelakinya tidak memiliki salah apa apa.
"Harith" panggil Rafael. Harith menoleh kearah Rafael.
"Macam mana Harith boleh tahu mama dekat mana." Soal Rafael, Harith tergamam dengan soalan ayahnya.
"Ayah jangan marah Harith , lagi satu ayah jangan marah abang kimi." Kata Harith.
"Kimi?." Harith mengangguk Dengan perkataan ayahnya.
" Harith dengar ayah cakap dekat cik Su mama accident. Harith minta tolong abang kimi ikut ayah pergi Hospital. Baru Hari ini Harith dapat tengok mama." Kata Harith memandang ayahnya.
Rafael memandang Harith lalu tersenyum kecil.
"Harith tak sengaja." Kata Harith laju kerana takut dimarahi Rafael.
"Okey..." kata Rafael. "Bijak kamu ehh suruh abang kimi ikut ayah." Kata Rafael tersenyum bangga.
"Ayah jangan marah abang kimi." Kata Harith berusaha tidak meledakkan kemarahan ayahnya.
Rafael menggeleng dan tersenyum. "Dah esok. Harith dan adik adik boleh ikut mak long balik langkawi." Harith terus mengangguk suka "bagus anak ayah." Kata Rafael lagi
Kemudian kedua dua lelaki itu bangun dan beredar dari ruangan closet tersebut.
※※※
Langkah kaki Rafael berhenti di depan pintu bilik Quds dan Abid dengan perlahan dia membuka pintu bilik tersebut dan terus masuk. Dari jauh dia dapat melihat Abid dan Quds sudahpun tidur. Rafael terus mendekati katil Abid kemudian Rafael melihat Abid yang sedang memeluk kuat baju Darin.
"Abid rindu mama?." Kata Rafael seperti anaknya itu dapat mendengar apa yang dikatakannya kemudian dia menoleh kearah Quds pula yang sedang tidur terlentang. Saat itu juga selimut Quds terjatuh daripada katil. Rafael terus mengambilnya.
"Lasaknya." Kata Rafael sambil membelai rambut anaknya.
"Mama..Quds lari laju, mama tak boleh lari..hahaha" Quds mengigau dengan kata kata bangga lalu dia tergelak. Rafael tersenyum dengan telatah Quds, selimut yang jatuh diangkat lalu diselimutkan anaknya itu kemudian Rafael terus beredar daripada bilik Quds dan Abid.
Ya, Allah besarnya pengaruh Darin kepada anak anaknya. Apa yang harus Rafael lakukan sekiranya Darin bertanya siapa mereka.
Kali ini Rafael telah pun membuat keputusan. Dia telah bersepakat dengan Daria untuk menghantar anak anaknya balik ke Langkawi pada esok hari memandangkan cuti sekolah telah bermula.
Harith sahaja yang memahami kenapa ayahnya membuat begitu tetapi tidak Quds dan Abid.
Rafael menarik nafas lega saat Harith dapat memujuk adik adiknya itu untuk berjumpa sepupu sepupunya yang berada di Langkawi.
Macam macam yang Harith cerita untuk menarik minat adik adiknya daripada selalu memikirkan keberadaan mamanya. Dia sangat bersyukur kerana dia memiliki Harith yang pandai bertindak tanpa diarah.
Si bongsu Rora sahaja yang akan menemaninya di sini. Hari esok akan sunyilah rumahnya itu. Dia akan ditemani dengan suara tangisan Rora, itu lebih baik bukan.
Rafael buat semua ini untuk tidak mahu kekacauan berlaku kerana esok hari jugalah dia perlu membawa Darin pulang ke rumah mereka. Dia mahu Darin bertenang dan cuba selesakan diri. Dan dia berharap Rora mampu menghidupkan jiwa ibu yang ada pada diri Darin saat Darin melihat Rora.
Ingatannya terus pada perbualannya bersama Daria selepas bertemu dengan doktor.
"Dia lupa ingatan.. ingatan dia ada pada empat belas tahun yang lepas. Sangat lama." Kata Daria memandang Rafael yang menunduk seperti memikirkan sesuatu
"Empat belas tahun." Kata Rafael. Empat belas tahun yang lepas di mana dia merogol Darin. Katakanlah itu adalah memori yang tidak ada pada ingatan Darin. Rafael berharap sangat. Tetapi apabila melihat reaksi Darin melihatnya seperti...
"Memori terakhir dia yang dia ingat.. kau rogol dia." Kata Daria pedih dengan kenyataan itu.
Rafael terpaku dengan kata kata Daria. Apa yang ditakutinya tadi telahpun terjadi. Memori terakhir isterinya ada dia yang jahat.
Daria dan Rafael tertunduk dan terdiam dengan kenyataan itu. Rafael buntu apa yang harus dia lakukan untuk kembalikan isterinya yang lama. Dia perlu melakukannya seperti tahun tahun yang lepas. Dia perlu memulakan segalanya kembali. Segala galanya kembali.
"Kak Ya." Panggil Rafael. Daria terus memandang Rafael.
"Kak Ya tolong Rafael." Daria hanya memandang wajah kusut adik iparnya itu.
"Tolong jangan ungkit dengan Darin.... pasal Ara."
.
.
.Maaf sekiranya terdapat kesalahan dan hambar.
😘🌟💛
YOU ARE READING
DUS2: memori
عاطفيةDarin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya. Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengejarnya bersama Rafael. "Lari Darin.... cepat...." ka...