Se acabó el amor
Se acabó el amor entre tú y yo
Se acabó el amor
Aunque yo te ame, por eso hoy te digo adiós...."Sia camela mor enturo.." nyanyi Darin sambil mengikut ngikut nyanyian yang di putarkan di radio, Rafael yang memandu disebelah Darin hanya tersenyum sahaja dengan nyanyian Darin.
"Itu lagu orang putus cinta tau.. awak putus cinta ke?" Soal Rafael yang tiba tiba menurunkan suara radio.
"Manalah saya tahu. Yang saya tahu lagu tu sedap dinyanyikan." Marah Darin kepada Rafael kerana menurunkan suara radio.
"Tapi lagu tu lagu sepanyol ke latin?." Soal Darin ingin tahu.
"Dua dua boleh."
"Takkan tak ada perbezaan."
"Bahas sepanyol dengan latin. Tak banyak beza. Diorang cakap spanish jugak. Cuma sebutan sahaja ada perbezaan" Kata Rafael memandang Darin sekilas dengan cermin mata hitamnya.
"Macam kalau huruf Z (zè) dan C (sè) orang sepanyol dan latina akan sebut huruf tu lain. Orang sepanyol akan sebut bunyi TH manakala Latina akan sebut bunyi S ." Kata Rafael lagi
"Contoh macam perkataan gracias . Maksudnya terima kasih. Orang sepanyol akan sebut GraTHias manakala orang latin akan sebut graSias. Bunyi dia bezakan."
"Contoh lain, Zapato.. kasut" Rafael memberi contoh lain pula.
"Thapato"
" Sapato"
Terkulat kulat Darin mengikut kata kata Rafael. Rafael hanya menggelakkan Darin saat Darin mengulang perkataan yang dia sebut.
"THena, Sena"
"THumo, Sumo"
"MarTHo, marSo"
"espeaTHialmente, espeSialmente"
Dia berusaha sebaik mungkin mengikut kata kata Rafael manakala Rafael tergelak kecil dengan sebutan Darin.
"Awak ejek saya ke.. alah kalau suruh orang sepanyol kat sini cakap melayu pun diorang mesti pelat." Marah Darin menjeling Rafael.
"Bila kita nak sampai?, lamanya." Soal Darin memandang kembali Rafael. Dia mula merungut.
"Kejap je lagi." Mata Darin mula berlari keluar tingkap, mulut Darin mula ternganga apabila melihat laut biru yang terbentang luas yang tidak jauh daripada kereta mereka.
"Wowwww, subahanallah cantiknya." Kata Darin memegang cermin kereta mewah Rafael. Dia teruja melihat laut yang memenuhi pandangannya. Dia sangat suka akan laut. Sangat suka.
"Kita dah sampai.... welcome to Alicante." Kata Rafael ceria kepada sang isteri.
Mata Darin kembali melilau kiri dan kanannya yang terdapat pelbagai bangunan dan orang ramai. Matanya tetap memandang dan terus memandang tanpa suara. Dia begitu takjub melihat kota Alicante.
Dan tanpa dia sedari kereta yang dipandu Rafael juga telah berhenti di bahu jalan. Pintu kereta di bahagian Darin terbuka dan itu membuatkan lamunan Darin terhenti.
Seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam menunduk hormat kepada Darin, Darin pula hanya membalas tundukan tersebut lalu tersenyum.
"Hola." Kata Darin menatap lelaki itu, lelaki itu hanya memberikan senyuman kepada Darin.
" jom" kata Rafael sambil menghulurkan tangannya kepada Darin.
"Kita nak pergi mana?." Soal Darin.
"Jalan jalan." Kata Rafael sambil menyuakan tangannya sambil menunggu Darin sambut.
YOU ARE READING
DUS2: memori
عاطفيةDarin berlari dan terus berlari tidak menghiraukan pekikan Rafael yang terus menerus memanggilnya. Darin menoleh seketika di belakangnya. Dia terkejut saat ramai orang yang memakai suit hitam mengejarnya bersama Rafael. "Lari Darin.... cepat...." ka...