ayuh bangsaku
bangkitlah bersama
kita menentang
melawan perang
yang kita cipta
sendiri..
angkatlah senjata
menadah tangan
ke atas sana
dengan sejuta
kemaafan
dan keikhlasan
di hati
tanpa niat yang suci
kita akan kembali
tersungkur ke tanah
dabikkan dada
teriakkan di udara
katakan bahawa
ya kita boleh!
lawan selagi
boleh lawan
takkan kita tersungkur kembali
jikalau darah pahlawan
sudah mengalir di dalam diri
