Suara bising di depan televisyen telah membangunkan Katrine dari tidur yang lena. Suara anak-anaknya bergaduh di awal pagi, mesti mereka berebut untuk melihat kartun kegemaran masing-masing. Cuti hujung minggu inilah, Katrine boleh berehat panjang setelah penat kerja selama lima hari.
"Abang, kakak nak tengok kartun My Little Pony ni, janganlah tukar. Kakak tak nak tengok Ben 10."
"Tak ada, abang yang bangun dan buka televisyen dulu jadi kakak kena tengok kartun ini dulu."
"Abang dah tengok televisyen dari tadi jadi sekarang turn kakak pulak tengok kartun," rungut Qairin.
"Tak boleh!" Qazrin mengeleng-geleng sambil menonton televisyen.
"Kakak cakap dengan mama, abang tak bagi kakak tengok kartun kakak."
"Pergilah, abang tak kisah pun," ejek Qazrin.
Qairin terus memasamkan muka dan terus berlari mengetuk pintu bilik Katrine.
"Mama... mama... tengoklah abang ni, dia tak nak bagi kakak tengok kartun kakak. Abang dah lama tengok kartun dia," adu Qairin sambil mengetuk pintu bilik mamanya.
Katrine yang masih mamai kerana tidur selepas selesai solat subuh dan membuat sarapan pagi tadi berjalan ke arah pintu dan membuka pintu. Katrine melihat jam di dinding menunjukkan pukul sepuluh pagi.
"Kenapa ni kakak? Pagi-pagi dah bergaduh dengan abang. Mama nak tidur dan rehat kejap pun tak boleh?" marah Katrine.
"Abang tu mama, dia tak bagi kakak tengok kartun kakak," adu Qairin lagi yang sudah mencebikkan mukanya.
Katrine berjalan menuju ke ruang tamu. Qazrin yang khusyuk melihat kartun kegemarannya tidak menyedari kehadiran Katrine.
"Abang, boleh tak mengalah dengan kakak? Abang dah tengok kartun dari tadi, kesian kakak. Abang sayang mama kan," kata Katrine kepada Qazrin.
Qazrin yang melihat Katrine lalu mengangguk.
"Kalau macam tu, abang bagi kakak tengok televisyen dan abang pergi ambil telefon mama sana," ujar Katrine sambil menunjukkan telefonnya di atas meja dapur.
Qazrin bangun dan terus berjalan ke arah meja dapur sambil menjeling ke arah Qairin yang sedang tersenyum sinis.
"Kamu ni semua dah basuh baju dan kasut sekolah belum?" soal Katrine.
"Belum, mama," jawab mereka serentak.
"Mama bagi kamu tengok televisyen dan telefon tiga puluh minit sahaja selepas itu abang dengan kakak pergi basuh baju dan kasut."
"Okey, mama."
Katrine memang mengajar anak-anaknya untuk membasuh baju dan kasut sekolah dari mereka masuk pra sekolah. Dia tidak k mahu memanjakan sangat anaknya. Mereka pun sekarang tidur di bilik masing-masing.
Katrine mengasingkan mereka tidur kerana maknya ada berpesan supaya anaknya tidak tidur lagi bersama Katrine dan Kamal. Lagipun mereka lelaki dan perempuan dan sudah besar tidak elok jika masih tidur bercampur.
Katrine terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk mandi. Suaminya masih lagi tidur kerana semalam dia balik pukul tiga pagi. Kamal perlu menghantar barang kilangnya ke Perak. Aku pun kadang-kadang tak faham macamlah dekat Perak sana itu tiada kedai menjual hardware. Bila ditanya soalan tersebut, Kamal hanya menjawap bos abang dah bagi arahan, abang ikut je.
Setelah siap mandi, Katrine mengejut suaminya untuk bangun mandi dan bersarapan.
"Abang, bangunlah dah pukul sepuluh pagi. Cepat bangun dan pergi mandi sana," arah Katrine.
YOU ARE READING
KAU YANG KEDUA
RomanceKisah cinta kedua bagi Katrine Airis dan Idham Mikail. Masing- masing sudah melalui pengalaman cinta pertama yang berakhir dengan perpisahan. Perkenalan pertama akibat dari kecuaian Katrine yang tertinggal telefon di sebuah restoran mendetikkan hat...