KYK2 -03

93 12 0
                                    

Esok merupakan hari ulang tahun anak Katrine yang ke tujuh tahun dan kebetulan jatuh pada hari sabtu. Tahun ini mereka sudah memujuk Katrine untuk celebrate birthday mereka di McDonald's. Mula-mula memang Katrine tidak mahu kerana bukan mereka tidak pernah makan di McDonald's. Rasa-rasanya tiap-tiap bulan Katrine akan ke sana untuk membeli Happy Meals untuk mereka. Tetapi mereka berdua tetap berkeras hendak juga menyambut di sana.

Mereka ada mengajak beberapa kawan mereka dan jiran terdekat dengannya. Jadi birthday party mereka di buat di McDonald's. Kamal sudah mengambil cuti awal untuk meraikan birthday kembar mereka yang jatuh pada 05 Oktober.

"Selamat pagi anak-anak mama. Wah! Awal pagi bangun ni. Semangat nak sambut birthday petang nanti ya," kata Katrine sambil duduk di sebelah Kamal yang sedang membaca surat khabar.

"Mestilah mama, kakak tak sabarlah, mesti best kan abang kita nak sambut birthday dengan kawan-kawan nanti," ucap Qairin sambil memandang Qazrin .

"Emm..." jawab Qazrin ringkas.

Majlis sambutan hari lahir kembarku meriah. Beberapa acara di jalankan antaranya, cabutan bertuah, teka bunyi dan lagu serta rebut kerusi antara kawan-kawan anakku. Anak-anak aku cup gembira pada hari ini. Semoga kegembiraan mereka berterusan.

Banyak hadiah yang mereka terima. Katrine dan Kamal memberi mereka hadiah lawatan ke Legoland,Johor pada cuti sekolah nanti. Bersorak gembira Qazrin dan Qairin kerana memang dah lama mereka mengidamkan untuk pergi ke sana.

Katrine bersyukur dianugerahkan suami yang baik dan sering bertolak ansur dengan perangai kepala anginnya. Tetapi sejak berkahwin dengan Kamal perangai kepala angin Katrine berkurangan semenjak peristiwa duka yang terjadi pada tiga tahun lepan. Katrine telah keguguran anak ketiga sebulan sebelum tarikh ulang tahun perkahwinannya yang kelima.

Ya, Katrine pernah keguguran anak ketiga semasa kembarnya berumur empat tahun. Kamal orang yang paling gembira selepas menerima berita bahawa Katrine disahkan mengandung. Mereka telah menunggu selama empat tahun.

Katrine disahkan mengandung buat kali kedua semasa ulang tahun Kamal yang kedua puluh sembilan. Kamal menjaga Katrine bagaikan menatang minyak yang penuh. Segala kemahuan Katrine, Kamal akan berusaha untuk mendapatkannya.

Katrine ingat lagi satu malam, dia mengidam mahu makan laksa pada pukul dua pagi.

"Abang... abang, bangunlah," Katrine mengejutkan Kamal yang sedang enak dibuai mimpi.

"Kenapa ni baby kejut abang pagi buta ni?" Kamal bangun sambil melihat jam di telefon pintarnya yang menunjukkan pukul dua pagi.

"Baby..."

"Baby nak apa?" soal Kamal.

"Baby... baby nak... nak ma.. makan laksa," balas Katrine tergagap kepada Kamal.

"Ha! Laksa, sayang. Manalah ada kedai buka pagi-pagi buta ni baby, esok pagi ya abang belikan," pujuk Kamal.

"Tapi... baby nak makan sekarang. Abang memang tak kesian dekat anak kita kan, " rajuk Katrine.

Katrine sudah berpeluk tubuh, air matanya mula turun kerana tidak dapat apa yang dia mahukan.

"Adoi! Peninglah abang macam ni. Kejap abang call kawan abang yang kerja dekat RnR, dia boleh tolong belikan tak?" Kamal mengibas-gibas rambutnya tanda geram dengan perangai ngidam Katrine pada waktu awal pagi ini.

Kamal terus menelefon kawannya Azwan. Katrine bernasib baik kerana kawan Kamal boleh membelikannya laksa. Selepas kawan Kamal Aku makan laksa itu dengan begitu selera pada pagi tu. Kamal hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat isterinya makan. Katrine hanya tersenyum sinis kepada Kamal.

"Sayang abang... kalau tak dapat makan ni, nanti baby kita lahir meleleh je air liur Dia tau, sebab tak dapat makan laksa ni" kata Katrine sambil mencium pipi Kamal.

Tapi Allah lebih sayangkan anak syurga Katrine, dia keguguran diketika usia kandungannya mencecah lima bulan.

Punca keguguran adalah kerana Kayla yang sentiasa sibuk dengan kerja out station. Kamal ada menegur Katrine supaya jangan lagi kerja ke luar kawasan tetapi Katrine memujuk Kamal dengan mengatakan pada usia kandungan cukup 6 bulan semua kerja luar ini akan di ambil oleh pembantu barunya.

Satu bulan Katrine kemurungan akibat keguguran tersebut. Kerja pun Katrine sudah tidak ambil peduli. Katrine mengambil cuti untuk berpantang dan merawat luka emosi dan fizikal. Tetapi Katrine reda dengan takdir Allah. Kamal dan mak Katrine yang banyak memberi kata nasihat dan sokongan supaya Katrine menerima berita keguguran itu dengan sabar. Mereka memberi nama bayi lelaki itu dengan nama Qasiem Bin Kamal yang bermaksud yang cantik.

Tiba-tiba air mata Katrine jatuh ke pipi. Kamal mengusap pipi Katrine.

"Kenapa ni baby nangis ni?" Risau Kamal melihat tiba-tiba Katrine mengalirkan air mata semasa hendak tidur.

"Saya teringatkan arwah Qasiem, sayang. Kalau dia hidup mesti dah berumur tiga tahun dia sekarang," kata Katrine sambil mengengam tangan Kamal.

"Sudahlah jangan nangis, sayang. Kita sedekahkan alfatihah untuk anak kita, Qasiem anak syurga kita," pujuk Kamal sambil menadah tangan untuk membaca kan surah AlFatihah untuk arwah anaknya Qasiem Bin Kamal. Amin. 

Surah AlFatihah.

Surah AlFatihah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KAU YANG KEDUA Where stories live. Discover now