IDHAM merenung gambar di skrin telefon pintarnya itu. Hatinya sudah rindu untuk berjumpa dengan empunya gambar tersebut. Setelah seminggu pulang dari Thailand, dia tidak lagi dapat berjumpa dengan Katrine, ini kerana faktor tempat mereka yang jauh serta masa yang tidak mengizinkan untuk Idham berjumpa dengan Katrine. Idham di Johor Bahru manakala Katrine di Melaka. Idham hanya menelefon dan berbalas mesej untuk menghilangkan rasa rindu kepada Katrine.
"Suami saya sudah tiada, dia kemalangan jalan raya pada tahun lepas," kata Katrine membalas pertanyaan Idham tentang suaminya.
Sejak mendengar ungkapan itu daripada Katrine, Idham sudah berazam untuk memiliki wanita tersebut tetapi hatinya seolah-olah tidak yakin kerana mustahil Katrine akan menerima cintanya. Katrine baru sahaja kehilangan suami tidak sampai setahun. Mesti Katrine tidak akan melupakan suaminya dengan mudah.
Tapi... hati aku ni sudah meronta-ronta untuk memiliki hati seorang insan perempuan bernama Katrine Airis, getus hati Idham.
Perh! Kemaruk sangat ke aku ni. Macam tak ada perempuan lain je nak buat isteri. Tapi kalau dah hati ni memang dah tersangkut dengan miss janda tu nak buat macam mana? Bicara hati Idham diikuti dengan gelengan dan tawa.
Tawa Idham terhenti apabila bunyi deringan telefonnya berirama rancak lagu Bruno Mars.
"Mesti Kat si cinta hati aku yang call ni, tadi kata nak call sebab nak jumpa kerana ada barang aku tertinggal di dalam beg dia" bicara Idham sendirian.
Senyuman di bibir Idham mati di kala terlihat nama si pemanggil, terus butang merah ditekan dengan kasar.
Telefon Idham berdering lagi minta diangkat. Idham hanya membiarkan sahaja telefonnya berdering kerana dia tahu siapa yang membuat panggilan.
Telefon berdering buat kali ketiga, hati Idham sudah terpercik perasaan amarah.
"Hish! Perempuan ni tak faham bahasa ke?!" rengus Idham.
Telefon diambil terus diangkat telefonnya itu.
"Kau nak apa lagi!?" bentak Idham dengan kuat.
"Saya... sorry..."
Idham termanggu seketika, kenapa suara si pemanggil macam suara si dia? Cepat-cepat Idham melihat nama si pemanggil.
Adoi, bodohlah kau Id. Itulah lain kali tengok siapa yang call kau, getus hati Idham seraya menepuk dahinya.
"Sorry, Kat. Id ingat orang lain tadi," kata Idham dan berharap Katrine tidak menamatkan panggilan telefon itu.
"Emm... kalau Kat kacau Id, tak apalah. Kat telefon lain kali..."
"Eh... jangan letak dulu!" jerit Idham memotong percakapan Katrine. Bukan senang Katrine hendak menelefonnya. Ini kira bernasib baik Katrine mahu menelefonnya tetapi boleh pula Idham membuat hal.
"Id mintak maaf kalau buat Kat terkejut tadi. Id betul-betul mintak maaf dekat Kat," ucap Idham.
"Okey," balas Katrine.
Idham menghela nafas lega apabila Katrine masih mahu bercakap dengannya.
"Esok Kat turun JB, bila urusan Kat selesai Kat akan jumpa Id untuk pulangkan buku Id," kata Katrine.
"Okey."
Selepas itu kedua-duanya senyap seribu bahasa.
"Okey nanti kita jumpa ya. Assalamualaikum," ucap Katrine memecahkan kesunyian itu.
"Okey, waalaikumusalam," balas Idham.
Panggilan terus dimatikan oleh Katrine.
Hish! Yang kau diam je tadi kenapa? Petang tadi konon dah fikir nak sembang apa dengan dia, itulah kau ni Id. Lambat, kutuk hatinya.
Katrine mahu berjumpa dengan Idham kerana buku kerja Idham tertingal di dalam beg Katrine gara-gara Idham tertinggal telefonnya di dalam tandas semasa di lapangan terbang. Selepas dia mendapatkan telefonnya, terus dia bergerak ke kereta Farok. Terlupa dia tentang buku yang dia berikan kepada Katrine. Katrine mahu menghantar buku itu melalui perkhidmatan courier tetapi Idham tidak mahu kerana selepas balik dari Thailand, dia tiada di rumah kerana ada kerja luar di Singapura. Inipun baru petang tadi dia balik dari sana.
Sebenarnya boleh sahaja Katrine menghantar buku itu melalui perkhidmatan courier tetapi Idham tidak mahu kerana dia boleh menjadikan buku itu sebagai alasan untuk dia berjumpa dengan Katrine.
Niat hatinya untuk menjadikan Katrine sebagai suri hatinya masih lagi belum disampaikan kepada Katrine kerana tidak mahu nampak Idham seperti tergila-gilakan Katrine walaupun hakikatnya memang iya. Sejak dari pandangan pertama hatinya sudah terpaut dengan Katrine. Dia tidak tahu apa yang membuatkan hatinya terpikat kepada Katrine. Farok masih tidak tahu lagi tentang Katrine. Jika Idham menceritakan tentang Katrine dan status sebenar Katrine, mesti Farok akan berkata
"Kau ni agak dah tak ada anak dara ke nak buat isteri sampai tangkap cinta dengan janda ni?"
Idham sudah masak dengan perangai Farok. Dia memang anti sangat dengan perempuan yang bergelar janda gara-gara ayahnya yang tangkap cintan dengan seorang janda bergetah. Sampai mamanya masuk hospital akibat serangan sakit jantung. Nasib Farok cepat bertindak. Farok dan Idham bersemuka dengan perempuan tersebut. Farok memberi kata dua kepada perempuan tersebut. Dua keping cek yang bernilai seratus lima puluh ribu diserahkan kepada perempuan itu sebagai ganti rugi untuk meninggalkan papanya. Farok tahu perempuan itu mendekati papanya hanya kerana duit dan harta. Selepas diberikan cek tersebut, perempuan itu tidak lagi menggangu papanya.
Idham berharap mama dan papanya dapat menerima Katrine dan anak-anaknya.
Tit tit
Satu mesej masuk.
Ira
Please pick up my phone.😘Idham mendengus seraya membaca mesej tersebut.
"Apa lagi yang kau nak perempuan, tak kacau aku tak boleh ke!?" rengus Idham.
Setelah mereka berdua berpisah, Idham tidak lagi berhubung dengan Ira tetapi Ira yang selalu menghubungi Idham. Semua panggilan dan mesej daripada Ira tidak diendahkan oleh Idham.
📌📌📌📌
17.10.19
YOU ARE READING
KAU YANG KEDUA
RomanceKisah cinta kedua bagi Katrine Airis dan Idham Mikail. Masing- masing sudah melalui pengalaman cinta pertama yang berakhir dengan perpisahan. Perkenalan pertama akibat dari kecuaian Katrine yang tertinggal telefon di sebuah restoran mendetikkan hat...