Katrine tergamam melihat empunya diri di hadapannya.
"Idham..." perlahan Katrine menyebut nama Idham.
"Kat, awak okey?" soal Idham seraya duduk di sebelahnya.
Selepas beberapa minit mereka berdua duduk di tepi jalan, datang dua orang pegawai polis membawa beg tangan Katrine yang diragut tadi. Bersinar-sinar mata Katrine.
"Thank you, sir," ucap Katrine.
Katrine terus memeriksa begnya, passport, kunci bilik, map dan yang paling penting telefon pintarnya. Duit juga masih ada.
"Alhamdulillah, tak hilang beg ni. Jika tidak, pasti susah nanti."
"Lain kali jangan cuai," nasihat Idham.
"Terima kasih. Macam mana Id ada dekat sini? Ikut Kat ya?" soal Katrine sambil menunding jari ke arah Idham.
Idham seakan-akan terkejut dengan soalan yang diutarakan oleh Katrine.
"Eh! Taklah, Id memang ada kerja di kawasan ini," balas Idham.
Katrine sudah tersenyum malu.
'Apalah kau ni Kat, suka buruk sangka. Padan muka, malu sendiri,' monolog Katrine.
"Hurm... Kat pula yang boleh berjalan sampai ke sini ni, kenapa pula? Jauh sangat ni dari hotel?"
"Sebenarnya tadi Kat membeli sedikit souvenir untuk anak-anak dan keluarga Kat. Lepas tu, tekak ni haus sangat. Jadi, Kat berhenti minum di kedai minum berhampiran deretan kedai. Tiba-tiba, ada bunyi letupan. Ada seorang pemuda menjerit ada bom. Apa lagi Kat keluar dan terus berlari. Tup tup sampai sini. Kat nak buka GPS dekat sini tak ada signal jadi Kat berjalan sampai sini untuk mencari balai polis atau hotel. Sampailah kejadian ragut ni berlaku."
"Wow! Bahaya Kat jalan seorang macam ni. Esok kalau nak keluar ke mana-mana, ajak Id teman. Id tak izinkan Kat berjalan seorang-seorang lagi. Ingat kalau nak keluar ajak Id."
Terkedu Katrine mendengar percakapan Idham.
"Boleh ke? Id kan masih ada kerja?"
"Kerja Id dah habis. Ni pun baru selesai berjumpa dengan client berhampiran hotel dekat sana tu."
Mereka berdua berjalan hingga ke perkarangan hotel. Nasib baik hanya satu kilometer setengah dari kawasan tersebut.
📌📌📌
Katrine duduk termenung menghadap laut. Angin bayu laut yang bertiup membuatkan Katrine sesekali menggigil kesejukan.
'Abang, kalau abang ada. Mesti hal petang tadi tak berlaku.'
Katrine menatap wajah arwah suaminya di skrin telefon pintarnya.
"Abang, nasib baby baik. Ada seorang lelaki yang tolong baby. Dah banyak kali baby terserempak dengan dia. Dia juga dulu yang pulangkan telefon ini masa telefon ini tertinggal tempoh hari."
Sedang Katrine melayan perasaan rindu terhadap arwah suaminya, satu mesej masuk.
Idham
Jom, turun makan.Katrine
Assalamualaikum.Idham
😂 Waalaikumusalam. Jom turun makan. Id takut ada orang tu sesat lagi nanti.Katrine hanya tersenyum membaca mesej perlian daripada Idham.
Katrine
Tunggu, lima minit. Kejap lagi Kat turun.Selepas Katrine bersiap, dia menutup lampu dan pendingin hawa. Katrine membuka pintu, terkejut dia apabila melihat Idham sedang berdiri di hadapan biliknya.
"Eh, kenapa tak turun dulu? Tak perlu la tunggu Kat."
"Siapa tunggu Kat? Id tunggu kawan Id," balas Idham dengan muka serius.
"Eh, ye ke? Sorry, Kat terperasan pula," Katrine tersenyum malu.
'Adoi, apasal hari ini aku asyik perah santan sangat ni,' bisik hati Katrine.
Selepas itu Katrine terdengar bunyi ketawa di sebelahnya. Katrine pelik melihat Idham tiba-tiba sahaja ketawa. Dia ada buat lawak ke tadi?
"Kenapa? Ada yang pelik ke dekat muka Kat?"
"Tak la, Id gurau jelah. Id memang tunggu Kat."
"Ish! Main-main ya dengan Kat. Benci tau."
"Alah... jangan la benci dengan Id. Kalau suka dekat Id tak apa. Id suka," seloroh Idham.
"Dah jom turun, Kat dah lapar," kata Katrine lalu berjalan dahulu. Malas nak layan loyar buruk Idham.
Tiba sahaja di restoran, mereka mengambil tempat berhadapan dengan laut. Seusai mengambil makanan, mereka mula menjamu selera.
Sedang mereka menjamu selera, telefon Katrine berbunyi. Di ambil telefonnya di dalam beg tangan. Senyum Katrine melihat nama si pemanggil.
"Assalamualaikum, anak mama," ucap Katrine.
"Ya, sayang. Mama sudah beli yang abang dan kakak nak. Ya, mama tak lupa."
"Kakak dan abang jangan nakal-nakal duduk dengan tok mak dan mak ngah, okey."
"Mama sayang abang dan kakak juga."
Idham tersenyum melihat Katrine berbual-bual dengan dengan anaknya, tetapi dia berasa pelik mengapa Katrine tiada langsung bercakap dengan suami dia.
"Id..." kata Katrine sambil tangannya diawangkan di hadapan Idham.
Idham yang masih tidak perasan lagi yang Katrine memanggilnya kerana dia ralit melihat Katrine.
"Idham...!"
Katrine memetik-metik jarinya.
"Ha! Kenapa?" soal Idham kebinggungan.
"Id menung apa? Kat panggil dua kali tak jawab," balas Katrine.
"Eh, tak apa-apalah."
Katrine menyambung semula aktiviti makan malamnya.
"Kat...."
Katrine mendongak, lalu mengangkat sedikit dagunya membuat isyarat kenapa?
"Kenapa berbual-bual dengan anak Kat je? Husband Kat mana?"
Katrine yang mendengar soalan Idham terus meletakkan sudu dan garpu di sebelah pinggannya. Katrine menghela nafas. Dia mencari kekuatan untuk memberitahu tentang Kamal.
"Suami Kat sudah tiada."
"Ha! Pergi mana?"
"Dia dah meninggal dunia lebih kurang lima bulan lepas."
"Maafkan saya, tak ada niat saya nak buat Kat sedih."
"It's okay, no need to say sorry," kata Katrine seraya menyeka air matanya yang tiba-tiba menitis.
"Boleh saya tahu meninggal sebab apa? Itupun kalau tak keberatan nak cerita."
"Husband accident semasa menghantar barang ke Selangor. Dia kerja sebagai driver lori."
"Salam takziah, ya."
Katrine hanya menghadiahkan senyuman nipis kepada Idham. Hatinya sayu teringatkan arwah suaminya.
📌📌📌
07.02.19
1154 pm
YOU ARE READING
KAU YANG KEDUA
RomanceKisah cinta kedua bagi Katrine Airis dan Idham Mikail. Masing- masing sudah melalui pengalaman cinta pertama yang berakhir dengan perpisahan. Perkenalan pertama akibat dari kecuaian Katrine yang tertinggal telefon di sebuah restoran mendetikkan hat...