"Awak!"
Katrine sudah ketawa melihat Idham di sebelahnya. Menggeleng sedikit Katrine apabila melihat Idham. Apakah ini kebetulan yang disengajakan atau takdir?
"Kat, awak pun menginap dekat sini?"
Katrine hanya mengangguk. Satu senyuman dihadiahkan kepada Idham.
"Awak nak pergi mana?"
"Saya mahu turun ke pantai untuk mengambil angin petang."
"Saya teman Kat boleh?"
"Ha...!" Katrine terkejut sedikit dengan soalan Idham.
"Kenapa nak teman saya?" soal Katrine.
"Saja, kalau tak boleh tak apa? Saya jalan seoranglah nampaknya," balas Idham yang seakan merajuk.
Katrine hanya diam dan meneruskan langkahnya untuk turun ke bawah, tetapi langkahnya terhenti apabila dia perasan Idham masih tidak berganjak dari depan pintu biliknya.
"Tadi ada orang tu kata nak teman kita jalan-jalan, tapi boleh pulak berdiri jadi tugu negara depan pintu," perli Katrine.
Idham yang mendengar perlian Katrine sudah tersenyum lebar. Wah! dia bagi green lightlah.
"Haha, saya ingat Kat tak sudi."
Mereka turun bersama-sama ke lobi hotel. Tiba di lobi, telefon Idham bergetar tanda ada panggilan masuk. Idham menyeluk poket seluarnya. Dikeluarkan telefon pintarnya. Dilihat nama pemanggil, selepas itu riak muka Idham berubah serta merta, terus ditekan butang merah.
Katrine pelik dengan kelakuan Idham. Tadi okey je ketawa bersamanya, tetapi sekarang mukanya lansung tiada garis senyuman di bibirnya. Hendak bertanya tetapi takut dicop kepohci pula. Jadi, Katrine hanya berdiam sahaja berjalan di sebelah Idham.
Tiba sahaja di pantai, mereka berdua berjalan menyusuri pantai. Sesekali ombak pantai menyentuh kaki mereka, automatik Katrine melompat mengelak buih air laut mengena kakinya. Suasana yang aman damai ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan Katrine. Mata Katrine sungguh asyik melihat kanak-kanak berlari di tepian pantai sambil bermain air. Di satu sudut lain pula, ada sepasang kekasih sedang membina istana pasir. Sungguh tekun sang teruna mengikut arahan si dara. Selepas siap istana pasir itu dibina, satu kucupan dihadiahkan oleh si dara untuk sang kekasih hati. Tersenyum Katrine melihat pasangan kekasih itu. Setelah setengah jam berjalan menyusuri pantai, mereka mencari tempat untuk berehat.
"Kat... kalau saya tanya boleh?"
Katrine hanya mengangguk. Tiupan angin yang kuat telah membuatkan tudung Katrine menjadi senget-benget.
"Kenapa awak pergi bercuti ke sini?" tanya Idham sambil kakinya menguis-guis pasir pantai.
"Emm... saja," balas Katrine.
"Saja?" Idham sudah mengerut dahinya.
"Awak pula, kenapa bercuti ke sini?" tanya Katrine. Dia sengaja membiarkan soalan Idham tergantung.
"Saya ada urusan sikit tentang kerja. Alang-alang saya dah tiba sini, saya nak tenangkan fikiran dan berehat."
Katrine hanya mengangguk, matanya asyik melihat deruan ombak yang berlumba untuk sampai ke permukaan pantai. Sungguh putih pasir pantai ditambah dengan air laut yang berwarna kebiruan. Sungguh indah ciptaan tuhan.
Sedang mereka berdua berbual-bual, ada sepasang suami isteri meminta Idham mengambil gambar mereka berdua.
"Thank you, sir," ucap lelaki mat saleh tadi.
"Welcome."
"Can I take your photo with your wife, both of you looks like sweet couple," pinta isteri mat saleh tadi.
"Ha!" Idham terkaku seketika apabila suami isteri mat saleh itu menganggap dia dan Katrine adalah pasangan suami isteri.
Idham melihat Katrine, Katrine hanya tersenyum sedikit untuk menghilangkan rasa kekoknya.
"Okay." Teragak-agak Idham untuk bercakap.
"Okay, you two smile."
"Sir, can you hug your wife?" pinta isteri mat saleh itu lagi.
Sekali lagi Idham dan Katrine saling berpandangan. Isteri mat saleh tadi terus menarik tangan Idham lalu meletakkan tangan Idham di bahu Katrine. Semasa lelaki mat saleh itu mengambil gambar mereka, Katrine sudah berdiri tegak sahaja. Senyuman palsu dipamerkan.
Selepas pasangan itu beredar, cepat-cepat Idham memohon maaf.
"Kat, saya mintak maaf. Saya tak sangka mereka anggap kita pasangan suami isteri."
"Tak apa, bukan salah awak."
.....
Seusai mandi dan memakai baju, Katrine bersiap untuk turun makan sarapan. Hari ini dia mahu berjalan di sekitar kawasan dan membeli sedikit cerdermata untuk di bawa balik. Dia terus turun ke restoran di sebelah kanan lobi hotel untuk sarapan. Sesekali Katrine menoleh mencari kelibat Idham.
'Dia sudah pergi keluar uruskan kerja dia kot. Eh! yang aku nak cari dia dah kenapa?' omelnya sendiri lalu tertawa sedikit.
Selesai bersarapan, Katrine berjalan di sekitar kawasan hotel. Kagum Katrine dengan kawasan sekelilingnya. Walaupun tempat yang dia pergi ini bukanlah di daerah yang besar tetapi penduduknya pandai berbicara dalam bahasa inggeris dan ada juga yang boleh berbahasa melayu.
Katrine masuk ke dalam beberapa kedai cerdermata dan pakaian. Pelbagai ragam penjual dan pembeli yang Katrine jumpa. Kata orang jika kita sudah tawar menawar, tetapi tidak jadi membeli kita akan dimarah oleh penjual. Memang benar, Katrine tidak jadi untuk membeli baju selepas tawar-menawar, penjual itu memarahi Katrine. Katrine yang segan apabila beberapa pengunjung tersenyum sinis ke arahnya membuatkan Katrine mengambil keputusan membeli juga baju tersebut untuk mengelakkan kekecohan yang lebih teruk. Setelah Katrine berjalan beberapa jam, kakinya penat lalu berhenti berehat di sebuah kedai makan.
Katrine meminta minuman sejuk untuk membasahkan tekaknya yang kering akibat keadaan sekarang yang panas terik. Matahari sudah terpacak di atas kepala. Tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah luar kedai. Katrine menjadi cemas apabila melihat beberapa pengunjung berlari keluar kedai.
"Run... run...!"
"Bomb...!"jerit seorang lelaki muda berbaju hitam.
Semua berlari keluar, Katrine juga berlari keluar tetapi dia tidak tahu ke mana arah yang mahu dia tujunya. Dia hanya mengikut ke mana sahaja kakinya berjalan. Setelah Katrine penat berjalan dan tiada lagi kedengaran bunyi riuh orang ramai, Katrine berhenti berjalan. Katrine melihat keadaan sekeliling.
"Aku sesat ke ni?" katanya bersendirian.
Dia sudah jauh dari kedai minuman tadi. Dia tidak tahu di mana dia berada sekarang? Katrine mengeluarkan telefon pintarnya tetapi tiada signal. Katrine duduk di tepi tembok. Dia buntu mahu pergi ke mana. Mahu bertanya dengan orang di sini, dia tidak tahu berbahasa Thailand. Setakat sawadekap sahaja dia tahu. Katrine mula berasa cemas apabila terpandang beberapa orang pemuda tempatan melihat dan merenungnya dari atas ke bawah berulang kali.
Katrine sudah tak tentu arah, cepat-cepat dia berjalan meninggalkan kawasan itu. Dalam hatinya, tidak putus-putus berdoa supaya dia dapat pulang ke hotel dengan selamat. Tiba-tiba, beg tangannya direntap kuat. Menjerit Katrine kerana terkejut apabila ada seorang pemuda meragut beg tangannya. Katrine sudah menangis kerana ada beberapa dokumen penting seperti passport dan kad pengenalan diri. Katrine sudah jatuh terduduk, air mata sudah berjuraian turun.
Sedang Katrine menangis dan menunduk, bahunya disentuh. Tanpa melihat siapa, tangan itu terus ditepis kuat.
"Aduh!" jerit gerangan yang menyentuh bahunya tadi.
Katrine terkejut mendengar suara itu.
.....
Tq untuk Desyal_ untuk cover baru story sis.😘😘😘
YOU ARE READING
KAU YANG KEDUA
RomanceKisah cinta kedua bagi Katrine Airis dan Idham Mikail. Masing- masing sudah melalui pengalaman cinta pertama yang berakhir dengan perpisahan. Perkenalan pertama akibat dari kecuaian Katrine yang tertinggal telefon di sebuah restoran mendetikkan hat...