Katrine sedang ralit melihat telefon pintarnya, sesekali matanya meliar memandang sekeliling. Sekarang dia berada di lapangan terbang KLIA. Dia sedang menunggu penerbangan ke Phuket yang akan berlepas pukul sebelas pagi. Dia hanya pergi seorang diri untuk mencari ketenangan diri kerana selama dua bulan lebih ini dia banyak termenung hingga menjejaskan kualiti kerjanya. Ini membuatkan ketua bahagiannya memberi Katrine cuti selama seminggu untuk bercuti bagi menenangkan fikirannya. Anak-anaknya ditinggalkan bersama mak dan adiknya.
Ini merupakan kali pertama Katrine menaiki kapal terbang, perasaan gugup terserlah di riak mukanya. Pelbagai andaian negatif bermain di mindanya. Bagaimana jika kapal yang dinaiki terhempas atau kena bom macam kejadian yang berlaku ke atas dua kapal terbang Malaysia Airlines? Tetapi andaian itu cepat-cepat ditepis keluar. Dia harus berfikiran positif. Dia harus yakin dengan pilot dan semua kru kapal terbang.
Suara pengumuman untuk penerbangan ke Phuket telah menyentakkan lamunan Katrine. Katrine segera bangkit dari duduknya, dia memeriksa semula tiket dan passport yang diletakkan ke dalam beg sandangnya. Setelah diperiksa semua ada, Katrine berjalan menuju ke pintu gate perlepasan antarabangsa.
Sedang Katrine berjalan menuju ke pintu gate, tiba-tiba bahunya telah dilanggar oleh seseorang dengan kasar. Habis terjatuh passport dan tiket Katrine. Katrine menoleh ke sisi. Ada seorang pemuda sedang tertunduk mengutip passport dan tiketnya yang terjatuh tadi.
"Maaf, saya tak sengaja," ujar pemuda yang melanggar Katrine.
"Tak apa, saya okey. Terima kasih." Katrine mengambil pasport dan tiket yang dihulurkan kepadanya.
Apabila pemuda tadi mendongak, terkejut Katrine kerana pemuda yang melanggarnya adalah pemuda yang memulangkan telefon bimbitnya yang tertinggal tempoh hari.
"Eh, awak?" Katrine bersuara.
"Katrine kan?"
"Ya, siapa nama awak saya lupa? Sorry."
"Idham, Idham Mikhail."
"Ya, Idham. Sorry sebab saya tak ingat nama awak."
"It's okay, nak bercuti ke mana ni?" soal Idham.
"Saya nak pergi ke Phuket," balas Katrine.
"Eh, saya pun hendak pergi ke Phuket. Macam berjanji je kita ni," ujar Idham.
Katrine hanya tersenyum sahaja.
"Kat seorang je pergi? Husband dan anak-anak tak ikut?"
"Ya, saya seorang. Mereka tak ikut."
Dikala Idham menyebut perkataan suami membuatkan mata Katrine mula berkaca tetapi cepat-cepat kelopak matanya dikedip berulang kali supaya air mata tidak tumpah. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihannya di hadapan Idham.
"Berani pulak suami awak lepaskan awak pergi seorang? Tak takut ke awak kena kacau dengan orang lain? Awak dahlah cantik dan manis orangnya."
Katrine tersenyum kelat, dia terasa kali ini lidahnya menjadi kelu untuk bersuara apabila Idham menyebut perkataan suami untuk kali kedua. Apabila tiada balasan dari Katrine membuatkan Idham serba salah. Adakah dia tersalah cakap?
"Jomlah kita daftar diri, nanti terlambat pulak nak masuk," pelawa Idham.
Katrine mengikut langkah Idham dari belakang.
📌📌📌📌📌📌
Semasa kapal terbang naik ke atas awan, Katrine hanya memejam mata dan mulutnya terkumat kamit membaca selawat dan mengucap dua kalimah syahadat. Setelah kapal terbang selamat naik di awangan, baru Katrine berani untuk membuka kelopak matanya. Idham yang berada di sisinya hanya tersenyum memandang Katrine. Kebetulan apakah ini apabila nombor tempat duduk Katrine bersebelahan dengan Idham.
YOU ARE READING
KAU YANG KEDUA
RomanceKisah cinta kedua bagi Katrine Airis dan Idham Mikail. Masing- masing sudah melalui pengalaman cinta pertama yang berakhir dengan perpisahan. Perkenalan pertama akibat dari kecuaian Katrine yang tertinggal telefon di sebuah restoran mendetikkan hat...