Chapter 2

255 30 50
                                    

A lil intro.

Hannah mati bunuh diri dalam tab tapi den buat Jinhwan bunuh diri dekat gelanggang bola keranjang :)

.
.
.

Kaki panjang itu berjalan dengan laju menapak ke atas tanah berumput hijau dan keperangan. Matanya meliar mencari sebaris nama yang masih tidak luput dari ingatan dan juga hatinya. Junhoe menghela nafas panjang apabila dia akhirnya melihat nama itu.

Jinhwan..

Junhoe menunduk melihat bunga di tangannya. Dia merendahkan dirinya dengan bercangkung. Bunga itu diletakkan di atas tanah yang masih baru itu. Dia memandang lama petak di mana Jinhwan dikebumikan.

June, awak janji tak akan tinggalkan saya?

Junhoe terus meraup mukanya untuk menghilangkan memori yang mula kembali ke dalam ingatannya.

"Kau buat apa dekat sini?"

Junhoe menoleh.

Yunhyeong.

"Apa masalahnya kalau aku datang sini?" Junhoe memeluk tubuhnya.

Yunhyeong menggeleng. "Kau.. ada kaitan dengan kematian Jinhwan?"

Mata Junhoe terus meluas. "Apa kau gila ke?" Dadanya terus membara melihat wajah curiga Yunhyeong. Mana mungkin dia ada kaitan dengan kematian Jinhwan! Dia sayang Jinhwan!

"Tak. Tak." Yunhyeong terus menggeleng. Dia meletakkan bunga di atas makam Jinhwan sebelum berlalu. Dia tahu ekor mata Junhoe mengikuti kelibatnya.

Yunhyeong melompat naik ke atas basikalnya dan menuju ke arah rumahnya. Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, basikal dibiar jatuh begitu sahaja. Dia melangkah lesu ke arah pintu rumah. Kakinya yang tersadung membuatkan matanya menunduk ke bawah.

Terus pandangannya jatuh ke atas kotak yang dia letak di hadapan rumahnya. Kotak kaset Jinhwan yang dia sudah balut. Dia sebenarnya sudah bersedia untuk membakar kotak itu sebelum bertolak ke makam Jinhwan tapi dia terlupa.

Yunhyeong mengeluh berat. Dia tunduk dan mengambil kembali kotak itu. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Kotak itu dilempar ke atas katil sebelum dia turun untuk makan bersama ayah dan ibunya.

"Ada berita tentang Jinhwan?" Soalan dari si ibu terus menghantar rasa senak di dadanya.

"..Tak."

"Yunhyeong nampak lain semenjak kebelakangan ni. Eomma tahu Jinhwan dah tak ada. Tapi, eomma taknak nanti Jinhwan ambil Yunhyeong dari eomma pula. Eomma perlukan anak eomma balik."

Yunhyeong mengangguk laju. "Yun tahu. Yun tahu Yun bukan diri sendiri sangat sekarang. Tapi, Yun tak akan pernah abaikan keluarga Yun."

"Dahlah, makan." Si ibu menghidangkan sepinggan lengkap makanan tradisional korea, membuahkan senyuman lebar di bibir Yunhyeong.

"Terima kasih, eom-."

"Hai, dah makan tanpa tunggu appa?" Encik Song masuk ke dapur kering dan mula mengambil tempat.

Yunhyeong hanya tersengih.



.
.
.





Bobby atau nama asalnya Jiwon itu hanya memandang Hanbin yang sedang merenungnya tajam. Mereka saling bertukar pandangan sehinggalah Hanbin ketawa mengekek. Bobby turut tersenyum sama.

Bobby mengeluh dalam masa yang sama. "Aku.. tak boleh teruskan lagi."

Hanbin terus mencerlung tajam merenung Bobby.

[C] 13 Reasons Why ; iKONWhere stories live. Discover now