Chapter 8

119 20 55
                                    

.
.
.



Yunhyeong menarik nafas panjang sebelum dia menoleh ke kanan memandang Chanwoo yang mengangguk yakin ke arahnya. Yunhyeong angguk sambil menarik nafas yang panjang buat kali kedua. Lalu, dia menghembus nafas itu dengan rasa gundah.

"Mulut kau bau, Yun." Chanwoo segera menegur sambil mengibas di udara, kononnya zarah dari gas yang dikeluarkan oleh mulut Yunhyeong sudahpun memenuhi atmosfera.

Yunhyeong terus menjeling tajam Chanwoo. Chanwoo hanya mampu tersengih.

Yunhyeong terus mengetuk pintu rumah yang berada di hadapannya. Ianya merupakan rumah kedua ibu bapa Jinhwan.

Pintu itu terbuka perlahan-lahan.

Yunhyeong tersenyum kelat sambil menunduk memandang kotak yang ada di tangannya apabila Puan Kim tunduk memandang kotak di tangannya. Yunhyeong menghulurkan kotak tersebut.

"Saya rasa, ada sesuatu yang puan perlu dengar tapi puan masih tak dengar dan tak tahu."

Puan Kim terus terkedu. Matanya terus berair teringatkan anaknya, Jinhwan. Tangannya laju membuka penutup kotak tersebut. Air matanya terus mengalir apabila melihat banyak kaset di dalam sana.

"Ahjumma dah agak, yang Jinhwan akan tinggalkan sesuatu. Nota. Atau sesuatu." Puan Kim memeluk ketat kotak itu sambil terus menangis dengan tangisan yang lebih kuat.

Chanwoo terus menepuk bahu Yunhyeong, berasa bangga dengan tindakan berani Yunhyeong.

"Aku sebenarnya tak nak cakap ni, tapi kau lah paling berani antara kami yang ada dalam kaset tu." Chanwoo tunduk berbisik ke telinga Yunhyeong.

Yunhyeong tertawa kecil.







.





Ruangan sekolah dipenuhi dengan anggota polis. Yunhyeong dan Chanwoo yang tiba di sekolah bersama saling tersenyum antara satu sama lain. Akhirnya kematian Jinhwan akan terbela.

Keduanya terus berpaling apabila terdengar bunyi bising daripada arah kiri. Mereka melihat Hanbin yang diberkas oleh dua anggota polis. Hanbin terus terusan mengamuk kerana dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Yunhyeong berpaling ke arah kanan pula. Dia memandang Jisoo, Junhoe, Donghyuk dan juga Jiwon yang berjalan ke arah mereka berdua.

"Kami, nak minta maaf. Sebab senyapkan diri dan tak siasat bahawa Hanbin memang buat macam tu dekat Jinhwan." Jiwon memulakan percakapan.

Chanwoo memandang siling sambil bersiul. "Nampaknya ada yang nak bina skuad."

"Jom kita ke kuil untuk doakan Jinhwan harini." Jisoo tersenyum sambil mengatakannya.

Junhoe angguk setuju. "Kita pergi bersama. Mulai harini, kita bersatu dan jangan sesekali kita roboh."

Yunhyeong tersenyum puas.







.
.
.



Mata Yunhyeong memandang satu per satu sahabatnya yang mula meninggalkan tempat ibadah itu. Yunhyeong telah memberitahu mereka untuk meninggalkannya sendirian di dalam tempat itu.

Yunhyeong bangun dari tempatnya duduk. Dia menghadap ke arah pintu utama dan dia tersenyum lega. Namun, matanya terus meluas apabila melihat kelibat Jinhwan yang melangkah ke arahnya.

Jinhwan kemudian berhenti apabila jarak mereka sudahpun stabil. Jinhwan tersenyum.

"Terima kasih, Yunhyeong."

Serentak itu juga, Jinhwan berpaling dan berjalan ke arah pintu utama itu kembali.

Yunhyeong terus berasa sedih. Suaranya untuk menahan tidak keluar. "Sekejap!"

Jinhwan menoleh apabila tangannya sudah mula memulas tombol pintu.

"Ya, Yun?"

"Aa..Aku cintakan kau. Aku sayang dekat kau, Jinhwan. Kaulah sahabat aku yang terbaik." Air mata Yunhyeong terus mengalir apabila dia melaung kuat untuk mengatakan hal tersebut.

Jinhwan tersenyum lebih lebar. Dia mengangguk lalu dia pun menghilang di sebalik pintu itu.

Akhirnya, dia terus benar-benar hilang untuk selamanya.

Yunhyeong tersenyum bahagia walaupun yang mengalir di pipinya hanyalah air mata.


THE END







Maafkan den. Terpaksa, sebab den kekurangan idea untuk buat tiga chapter so den decide untuk habiskan dalam satu chapter secara cepat.

Yeay, Jinhwan dah peroleh kebahagiaan dia.

Btw, thanks for reading !

Btw, buku baru akan di publish harini iaitu buku yang terinspirasi dari tv show Teen Wolf MTV.

It's gonna be real lit this time.

Btw, harini hari yang paling memenatkan bagi den.

Tapi, banyak rezeki yang Allah kurniakan harini.

Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan semoga berjumpa lagi di buku iKON yang seterusnya.

BYE !

Den ❤

7th June 18 , Thursday.

[C] 13 Reasons Why ; iKONWhere stories live. Discover now