A L E R T !
abcdef untuk kejadian lepas ketika Jinhwan masih hidup.
abcdef untuk suara Jinhwan melalui kaset.
.
.
."Kau tak akan nampak benda tak nyata. Kalau kau nampak aku, maknanya aku nyata. Yunhyeong." Jinhwan mendekati Yunhyeong. Dia tertawa kecil sebelum menarik tangan Yunhyeong untuk duduk di sebelahnya di atas katil.
Dalam masa sejenak, wajahnya bertukar muram dan lebam di mata akibat menangis.
"Yun, awak kena tolong saya." Jinhwan mengenggam erat pergelangan tangan Yunhyeong, membuat Yunhyeong terkaku. Dia dapat rasakan sentuhan itu dengan nyata sekali.
"Tapi, kau dah mati Jinhwan."
"Sebab tu awak kena tolong saya. Tolong saya dapatkan kebenaran. Saya mati kerana mereka semua, Yun. Sebab mereka!"
Jinhwan berdiri, perwatakannya tetiba berubah agresif. Dia memandang ke sekeliling dengan amarah di dada yang penuh.
Yunhyeong tidak faham. Dia turut berdiri dan memandang Jinhwan. "Apa maksud kau?"
Jinhwan tersenyum sinis. Dia menyuruh Yunhyeong duduk kembali di tempat duduknya tadi. Bahkan, dia membantu Yunhyeong memasangkan headphone.
Jinhwan tersenyum lemah.
"Awak dengar, dan awak akan tahu sebabnya."
Jinhwan menarik kerusi lalu duduk di sebelah Yunhyeong. Dia memberi pandangan penuh harapan kepada Yunhyeong.
"Tolong saya, Yun."
Yunhyeong akhirnya mengangguk.
"Jadi, apa sebab sebenar kau bunuh diri.?"
Jinhwan memutar matanya, jejarinya memutih kerana mereka saling mengenggam dengan erat.
"Dengarlah, sampai habis."
Daripada detik itu, segalanya pun bermula.
.
.Yunhyeong masuk ke kelas dan duduk di tempatnya. Kelas bermula namun diriny sentiasa memandang ke arah kerusi kosong Jinhwan.
"Class, saem tak nak percaya yang kamu semua tak buat bacaan yang saem suruh semalam. Jadi...."
Mata si guru meliar mencari mangsa untuk disoal.
"Yunhyeong?"
Yunhyeong mendongak dan menggeleng cepat. "Saya tak buat bacaan tu cikgu."
Si guru mengeluh. "Yunhyeong, awak kena ingat. Awak bukan macam ni okay?"
Yunhyeong angguk. Si guru pun mengalih perhatian kepada pelajar yang mewakilkan diri untuk menjawab. Yunhyeong melirik ke arah Jinhwan,si pelajar baru. Serentak itu juga, loceng berbunyi.
"Okay, class. Boleh pergi rehat."
Semuanya beransur meninggalkan kelas.
Yunhyeong menoleh pada Jinhwan yang sedang mengemas sesuatu. Wajahnya tampak suram.
"Jinhwan?"
Jinhwan menoleh.
"Ya?"
"Saya suka rambut awak." Yunhyeong melirik pada rambut Jinhwan yang baru sahaja dipendekkan ke paras bahu.
Jinhwan tersenyum kelat. Dia berterima kasih sebelum keluar daripada kelas.
YOU ARE READING
[C] 13 Reasons Why ; iKON
FanfictionSemuanya bermula dengan satu kematian. inspired by : 13 Reasons Why storyline : 50% tv shows 50% mine characters : iKON Original Published : 1st June 2018 2nd Published : 2nd June 2018 Finished : 7th June 2018