Yunhyeong tahu, apa yang dia buat ini salah. Apa yang dia buat ni, tak betul sama sekali. Namun, dia tetap kena lakukan benda ni. Dia dah tak boleh lewatkannya lagi.
Yunhyeong mengeluh. Dia memandang lama tape bernombor 12 yang sengaja dia ambil. Dia sudah tahu bahawa tapenya adalah tape yang ke dua belas. Jadi, dia perlu dengar terlebih dahulu untuk memastikan bahawa Jinhwan bercakap benar. Kalau Jinhwan bercakap benar tentang semuanya, mungkin Yunhyeong perlu segera bertindak dan melaporkan kaset tersebut kepada pihak polis.
Tangannya memasukkan kaset tersebut lalu ditekan punat play. Lalu, dia pun segera menggigit giginya apabila suara Jinhwan mula memenuhi udara.
Kim Hanbin, kaset ini adalah untuk kau.
Yunhyeong terkaku. Dia terus membuka semula kaset tadi untuk melihat nombornya. Namun, dia yakin bahawa laset itu adalah kaset yang betul.
Yunhyeong menutupnya semula dan menyambung pendengaran itu.
Kau lah yang terkejam di antara yang kejam.
Kau dah merogol aku dan anggap tu bukan apa-apa.
Yunhyeong terkaku. Kaset itu terus ditutupnya. Dia tak sanggup untuk menyambung pendengarannya lagi. Dia sudah sangat tidak sanggup.
Yunhyeong segera memandang kaset terakhir iaitu kaset ke 13. Yunhyeong menukar mereka dan mula mendengar kaset terakhir. Dia mengeluh apabila kaset itu mula bermain. Suara Jinhwan memenuhi ruang udara di dalam biliknya lagi.
Kedudukannya bertentangan dengan jendela di atas kerusi itu membuatkan dirinya menoleh ke luar tingkap sambil telinganya fokus pada bunyi yang dialirkan melalui earphones.
Hai, ni masih Jinhwan.
Ni merupakan kaset terakhir dan sejujurnya kaset terakhir adalah sebenarnya alasan kenapa aku tak mahu bunuh diri tetapi aku perlu bunuh diri. Aku sangat perlu bunuh diri.
Kaset terakhir ni, adalah untuk partner in crime aku.
Song Yunhyeong.
Kawan yang tak pernah mengambil kesempatan ke atas aku.
Yun, aku sayang kau.
Aku tahu, mungkin kau cakap aku sepatutnya teruskan hidup daripada buat kerja bodoh dengan bunuh diri. Tapi, tak. Mungkin bukan bagi aku.
Alasan pertama adalah kerana Jiwon yang mementingkan duit.
Jisoo yang pentingkan kekasih, iaitu Donghyuk.
Donghyuk dengan salah sama seperti Jisoo, ditambah permainan murahan dia yang memalukan aku.
Seunghoon yang menjadi stalker dan suka tangkap gambar aku secara sembunyi dan sebarkan gambar aku berciuman.
Jennie yang gunakan aku untuk lepaskan diri daripada masalah sendiri.
Seungyoon yang dah lakukan sexual assault ke atas aku.
Junhoe yang pengecut dan tak mampu nak pertahankan cinta walaupun semuanya bermula dengan sebuah permainan bodoh dia dengan kawan kawan dia.
Minwoo yang sebarkan sajak memalukan aku dalam majalah sekolah.
Parents yang langsung tak hiraukan permintaan aku untuk berpindah sekolah. Tapi, aku sayang eomma dan appa.
Semuanya dan semuanya.
Sehinggalah Hanbin menggunakan aku.
Lelaki bodoh yang masih pandai buat bodoh walau dia dah buat sesuatu yang sangat buruk.
Sebab itulah, aku bunuh diri.
Yunhyeong tidak sedar air matanya yang sedang mengalir turun.
TBC
Pendek je sbb den x de mood gila. :c
YOU ARE READING
[C] 13 Reasons Why ; iKON
FanfictionSemuanya bermula dengan satu kematian. inspired by : 13 Reasons Why storyline : 50% tv shows 50% mine characters : iKON Original Published : 1st June 2018 2nd Published : 2nd June 2018 Finished : 7th June 2018